Friday, June 29, 2012

Panduan Untuk Kesihatan Payudara


Perkara yang mesti diketahui mengenai kanser payudara
"Kanser payudar adalah kanser yang paling banyak berlaku dan membawa maut di kalangan wanita di sserata dunia. Pada tahun 2000, kanser payudara telah mengkibatkan anggaran kematian sebanyak 189,000 nyawa di negara-negara maju dan 184,000 di negara-negara sedang membangun. Ini masing-masing menyumbang 16 dan 12 peratus dari jumlah kematian wanita." (Sumber: Majalah 'The Outlook' , Vol. 19 No. 4 Mei 2002)
- 1 wanita setiap 3 minit disahkan menghidap kanser payudara di Amerika Syarikat.
- 1 wanita setiap 11 minit mata akibat kanser payudara di Amerika Syarikat.

Sejarah dan Tabiat Anda
- "Lebih dari 70% kes-kes berlaku di kalangan wanita yang tidak dikenal pasti faktor risikonya. (Sumber: The National Alliance of Breast Cancer Organization (NABCO) Website, New York)

Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara. Berikut adalah beberapa faktor yang menigggikan risiko anda
- Pernah menghidap kanser payudar
- Penuaan
- Sekiranya ahli keluargasebelah ibu atau ayah pernah menghidap kanser payudara - terutama sekiranya ahli keluarga terdekat itu disahkan menghidapinya pada usia muda.
- Wanita yang awal mengalami haid dan lampay putus haid atau melahirkan anak selepas usia 30 tahun atau tidak pernah melahirkan. Bersenam, diet rendah lemak dan mengawal berat badan boleh MENGURANGKAN risiko anda terhadap kanser payudara.


Kesihatan Payu Dara anda
Kesan kanser awal menyelamatkan nyawa. Terdapat kadar survival 80% hingga 90% bila kanser payudara disahkan di peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian2 lain badan.
Luangkan sedikit masa. Ikutlah panduan kesan anser awal seperti berikut. Sekiranya anda ahli keluarga pernah menghidapi kanser payudara, sila rujuk dengan doktor anda dan mulakan langkah2 awal dari nota berikut.

Pemeriksaan Sendiri Payudara
Mula pada usia 20 tahun, lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan pada masa sama, 3 hari selepas tamat haid. Ikuti langkah2 berikut:
                                           
cara pemeriksaan sendiri payu dara

Pemeriksaan payu dara secara klinikal
- Mulai usia 30 tahun, amalkan PSP sebulan sekali dan dapatkan pemeriksaan payudara secara klinikal dari seorang pakar kesihatan sekurang-kurangnya setiap 3 tahun
- Pemeriksaan tersebut terlebih fahulu akan memeriksa anda berdasarkan perubahan saiz dan bentuk
- Dengan tapak jari-jemari, si pemeriksa tersebut akan memerhatikan sekitanya terdapat bonjolan dalam payudara dan dibawah lengan. Beliau juga akan menelitikan bentuk dan tekstur payudara anda.

Mammogram
- Pada usia 40 tahun, selain dari amalan PAP sebulan sekalidan pemeriksaan payudara secara klinikal setiap tahun, dapatkan pemeriksaan mammogram setahun sekali di pusat rawatan berlesen.
- Ujian mammogram mengambil masa selama 20 minit. Setiap hempitan mengambil masa beberapa saat saja.
- Anda mungkin rasa kurang selesa tapi tidak menyakitkan. Untuk mengurangkan rasa kurang selesa, jangan lalui ujian mammogram serta merta sebelum atau semasa haid.

Simptom, di luar kebiasaan dan perubahan
Sekiranya anda ada pertanyaan atau terdapat apa-apa perubahan, pergi jumpa doktor. Simptom tidak semestinya sakit tapi ambil berat. Simptom termasuklah dan tidak terhad kepada perkar-perkar di bawah:
- Perubahan Visual termasuk
   * Saiz payudara, termasuk bengkak
   * Puting terbenam, kelihatan seakan-akan terbenam
   * Payudara berlekuk atau mengelupas
- Ada sesuatu keluar dari puting
- Ada bonjolan di payudara/kawasan bawah lengan


Sumber : Panduan Maklumat Avon


No comments:

Post a Comment