Friday, June 22, 2012

Ingat Tak Lagi ... biskut gula




Biskut Gula ..... apa yang anda kenangkan?
Bila tengok gambar nie, ghasa-ghasa ingat tak lagi biskut nie?
Seingat eza masa kecik-kecil dulu, kalau makan biskut nie mesti makan hat yang gula warna-warni dulu, last-last sekali baru makan biskut. Siap pilih warna kegemaran lagi bila nak makan,. Warna yang tak suka, warna tu yang dimakan dulu.
Tak tau sebab apa, mungkin takut oang mintak kot, hahaha buruknya perangai. Tapiii ... kalau ditanya, eza ghasa semuanya buat macamana yang eza buat, makan gula dia dulu. Betul tak!!!
Biskut nie dah lama eza tak nampak, supermarket ada jual tak??? Atau eza yang tak perasan.Tapi pasar pagi ahad kat kamunting eza ghasa eza pernah terperasan biskut nie, tapi tak beli pun dan tak teringat pulak nak beli untuk anak-anak eza.
Biskut gula dalam entri nie, adik eza yang beri untuk bawa balik, itu pun lebihan kenduri cukur jambul anak dia Qaseh. Biskut nie untuk kanak-kanak bersama jajan yang lain. Dan sesuatu yang menarik eza perhatikan cara makan biskut nie tetap sama, makan gula dulu. Eza tengok dari anak buah eza yang berusia 4 tahun hingga anak eza sendiri yang berusia 14 tahun, apa yang mereka buat sama macam cara eza makan biskut nie masa eza kecil-kecik dulu.
Walaupun masa dah berlalu tapi caranya tetap sama. Mungkin kerana gulanya yang berwarna warni membuat kita tertarik untuk memakannya dulu.


sekitar majlis cukur jambul Qaseh



No comments:

Post a Comment