Tuesday, June 5, 2012

Bentuk Tubuh & Kesesuaian Jenis Pakaian

Yang mana bentuk tubuh anda?

                             


Pemilihan pakaian memainkan peranan penting dalam menjadikan penampilan kelihatan lebih memikat dan menyakinkan


Tips pemilihan pakaian

 

Segi empat bujur
Wanita yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau pun tiada langsung, sesuai memakai baju yang mempunyai lapik di bahu, vest, jaket, atau fabric lembut untuk bahagian atas
Berlian
Bentuk berlian di kategorikan kepada wanita yang mempunyai pinggul atau perut yang agak besar daripada dadanya. Kalau nak Nampak kurus perlulah mengenakan asksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, atau gaun tanpa lengan dan vest terbuka... amat sesuai.. tapi untuk yang beragama islan tidak digalakkan untuk memqkai gaun tanpa lengan.. kalau ada lapik luar yang menutup aurat dibenarkan...janganla pulak jarang ya, sampai menunjukkan bentuk badan.
Bujur telur
Bagi wanita yang mempunya bentuk badan bujur telur pula ... mereka sesuai sekali memakai baju yang mempunyai garis leher berbentuk V. Corak garis menegak, corak garis geometri ataupun  memilih pakain daripada warna2 asli gelap hingga sederhana. + mereka juga boleh mengenakan kasut bertumit  sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna –warni untuk mengalih perhatian.
Hourglass
Bentuk badan di idamkan sebagai seorang wanita yang mempunyai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya 25cm(10 inci) lebih kecil daripada dada atau pingulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai dengan apa sahaja pakaian. Dan proses membeli belah pun sangat mudah bagi mereka, pun begitu bentuk tubuh seperti ini juga menghadapi masalah dalam memadankan seluar, yang mana lazimnya saiz pinggang lebih kecil daripada peha menyebabkan kesukaran dalam memilih seluar.
Segi tiga terbalik
Bentuk badan  seperti ini juga bentuk badan ke2 yang diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A. Terstur yang garang, corak bergaris mendatar serta berseluar labuh, atau meminimumkan bahagian atas badan blaous berkolar luas.
Segi3( buar pear)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Ia dapat dilihat pada bahagian atas tubuh yang kecil dan melebar dibahagian bawah. Wanita seperti ini perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu dan berwarna cerah supaya bahagian atas lebih  tertumpu. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian skirt ataupun seluar bagimenyamarkan pinggul dan peha yang besar. Hindari penggunaan seluar jenis garis2 horizontal khususnya dibahgian pinggul dan peha kerana ia akan membuat pinggul dan peha kelihatan lebih besar.



 cut n paste - sharing is caring

No comments:

Post a Comment