Thursday, June 21, 2012

Hobi atau minat ???

Wow! jangan terkejuz, sekarang nie eza ada hobi baru.
eemmmm ... lamanya termenung sebab dok pikior bolehkah dikategorikan sebagai hobi atau cuma minat aje? Minat yang baru muncul akhir tahun lepas. hahaha ..... baru nak citer.
Dalam entri yang lepas2 eza ada sebut dalam bab masak-memasak nie, eza memang 'OUT'. Standatd setakat untuk keluarga aje. Masak untuk mertua yang sesekali datang bertandang pun dok ketaq lagik, walaupun dah hampir 19 tahun (21/8) eza berkahwin.Tapiii... dalam dok ketaq-ketaq pun kalau masak kari confirm jadikkkk. Bukan nak puji tapi ia adalah satu kenyataan. Kalau masak untuk open house & dulu-dulu birthday party anak eza, sekarang dah besar tak dak dah birthday party lagi, eza masak yang eza confirm jadik saja macam bihun sup, laksa, bihun goreng, mee goreng, rendang, nasi impit dan agar-agar, walaupun kekadang tu buat agar-agar pun, ada masa lembut ada masa keras bangat.
Berbalik pada minat MEMASAK yang baru timbul. weyyy!! besornyer tulisan memasak tu.
Citernya begini .......
Semuanya bermula bila eza selalu sangat terjah masuk ke blog-blog masakan. Eza tengok bukan saja tuan punya blog nie pandai dalam acara masak-memasak (cam acara sukan pulak) tapi ..... yang lebih menarik gambar hasil masakan yang diposkan ke blog, tersangatlah menarik dan menyelerakan membuat sesiapa yang melihat terasa ingin mencuba resepi yang disertakan termasuklah diri eza yang memang tak berapa nak pandai.
Dalam hati berdetik ......
Kalaulah eza pun boleh masak macam tu, alangkah bangganya. Kita ignore dulu bab-bab decoration atau macamana nak post posisi yang paling menark hasil masakan. Itu kita belajar kemudian yang penting kita belajar macaman nak masak seperti gambar dalam blog tu.
Wah! Semangat gitu.
Maka ... percubaan eza yang pertama ialah membuat kek. Nak buat kek butter pun tak lepas, malunya .... tak tau, kat mana yang silap, eza follow bulat-bulat resepi yang eza salin. Awat tak jadik ??? rasa ada tapi awat tak nak naik membukit cam dalam gambar kat blog tu???
wokay .... eza cuba resepi lain pulak tapi keputusannya sama.
Percubaan seterusnya .... kali nie, eza talipon mak uda eza pulak. Mak sedara eza nie menetap bersama anaknya di Bentong Pahang. Mak sedara eza nie memang terror merror dalam bab membuat kek n biskut. Hasilnya .... rasanya sama cam kek yang mak sedara eza tu buat tapi masih tak mau naik-naik. Aduhhhh ... kuciwanya eza.
Walaupun setiap kali kek yang eza cuba buat tidak menepati standard tapiiii .... tetap habis dimakan hb & anak-anak eza. Yang eza puji tentang hb eza, dia tak pernah complain apa yang eza masak, walaupun hasilnya tak memberangsangkan. Anak-anak eza kata, "sedap tapi tak naik, lain kali umi buat lagi". Alamak terharulah pulak.
Akhirnya percubaan eza berjaya jugak. Yang membanggakan bila abah eza kata kek yang eza buat "macam tok (arwah -alfatihah) buat".
Sebelum nie resepi-resepi yang eza pernah cuba, eza poskan didalam blog ezataiping.blogspot.com tapi mulai sekarang setiap resepi yang telah eza cuba, dan yang pernah eza poskan pada enti-entri yang lepas akan eza kumpulkan ke dalam blog:
dari dapur eza - BILA DAPURKU BERASAP
kepada yang sudi boleh klik link dibawah

http://daridapureza.blogspot.com/






No comments:

Post a Comment