Wednesday, November 28, 2012

Bahaya daging merah dimasak dengan kuali leper




Penyelidik dari Universiti of Southern California (USC) dan institut Penceghan Kanser California (CPIC), Amerika Syarikat (AS) mendapati dging merah yang dimasak pada suhu tinggi terutmany dengan menggorengnya di atas kuali leper, berisiko meningkatkan risiko kanser prostat sehinga 40 peratus.

Sebelum ini, banyak kajian memberi penekanan mengenai kaitan pengambilan daging yang tinggi dan risiko kanser prostat namun bukti mengeninya adalah terhad. Bagaimanapun, cara masakannya menunjukan bahawa risiko kanser prostat mungkin disebabkan karsinogen kimia yang terbentuk apabila daging terdedah pad sushu tingi.

Kami mendapati lelaki yang memakan lebih daripad 15 hidangan daging yang digoreng menggunakan kuali leper dlam semingu meningkatkan risiko kanser prostat lanjutan sebanyak 30 peratus.

Mereka yang memakannya lebih daripada 2.5 hidangan tersebut yang dimasak dengan suhu tinggi, adalah40 peratus lebih berisiko, kata profesor di USC, Maiana Stern yang mengetuai analisis berkenaan.

Penyelidik juga mendapati leleki yang banyak memakan daging ayam dan itik yang dipanggangrendah kemungkinan untuk mendapat kanser prostat lanjutan, manakala pengambilan makanan serupa yang digoreng meningkatkan risiko tersebut.


Sumber
Kosmo 23/11/12


Monday, November 26, 2012

Surah Mengubati Kesedihan



SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. Al Khausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Dengan membaca surah ini sekerap yang mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yang dialami akan hilang.

Thanks for Info
sumber 
 

Tuesday, November 20, 2012

Tips Mengambil Hati Pasangan



Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.

2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.

3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh


Tips mengambil hati isteri

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda

2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta

4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.




Thanks for Info
Sumber

Monday, November 19, 2012

8P Tips Kebahagian Rumahtangga





1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.




Thanks for info
sumber

Bagaimana Isteri Anda Mengacau Air





Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam?

Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.




Terima kasih untuk info
sumber

Sunday, November 18, 2012

8 Tips Kebahagian Rumahtangga


   

1. Puji
2. Peluk
3. Penghargaan
4. Perhatian
5. Persefahaman
6. Pergaulan
7. Percutian
8. Permohonan (doa)


Saturday, November 17, 2012

Cuba Buat Ini


1. Pejamkan mata
2. Tekapkan tangan pada dada - jantung
3. Rasai degup jantung itu
4. Dengan perlahan tarik nafas melalui hidung kemudian hembus melalui mulut sambil sebut Kalimah Allah
5. Ulang 3 kali
# beri komen apa yang anda rasa


Bahaya Telefon Bimbit


Mengikut kajian Universiti Tokyo, Jepun, remaja yang mengunakan telefon bimbit pada waktu malam berkemungkinan terdedah dengan masalah mental kerana tidak cukup tidur.
Kajian yang sama juga mendapati remaja yang kerap menrggunakan telefon bimbit sehingga lewa malam lebih cenderung mendapat masalah mental dan potensi bunuh diri berbanding dengan orang yang tidak menggunakan telefon mereka pada waktu yang sama.
Para penyelidik juga v kaji selidik terhadap 18,000 remaja yang' sedang menuntut di sekolah menengah dan tinggi di Jepun.
para peserta diminta mnejawab soalan yang telah direka untuk menilai tahap kemurungan mereka.
Kajian itu mendapati kebanyakan daripada mereka yang menjawb mempunyai pemikiran untuk membunuh diri.
Selain itu, peserta juga menyatakan jumlah jam mereka tidur pada waktu malam dan berapa kerap bercakap menerusi telefon bimbit selepas waktu tidur.


Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah


Selamat menyambut
Awal Muharram




Cuti Time


Salam sayang buat semua blogger.
Hari ini masih dalam mood cuti, sambung cuti Deepavali dan cuti Maal Hijrah.
Selamat menyambut 'Maal Hijrah'.
Lega rasanya bila dapat 'memalas' dan 'memanjakan' diri.
Tak adalah sampai nak ke spa untuk memanjakan diri. Manjakan diri cara 'eza-eza saja'.
Bukan senang nak nak dapat cam nie tau!
Kebetulan cuti sekolah pulak tu so .... jadi 'mandor' lah untuk tiga hari cuti nie. Biasalah jawatan mandor kan arah dan lihat saja jadikkkk . . . apalagi dengan kuasa yang ada eza suruhlah anak-anak eza yang buat semua kerja rumah.
Ialah kan, dari dok melangut depan tv layan rancangan yang entah berapa kali asyik dok ulantangan tu baik tolong eza buat 'house keeping'.
Bagilah pulak 'chan' kat umi nie layan program tv 'pèberet' dia.
Best ape baring2 atas sofa sambil nonton tv dengan remote yang sentiasa dalam gengaman. Kalau remote tu boleh menjerit rasanya dah lama dia jerit, mana tahan kalu asyik dok tukar channel jer.
Nak layan pokok bunga, petang jer hujan,
Memandangkan sekarang nie musim hujan pada waktu petang maka banyaklah aktiviti yang tergendala.
Pokok kelapa yang dibawa balik dari kampung tu dah dekat sebulan dok kat penjuru tu, entah bila anak eza nak tanam pun entahlah.
Mau pokok kelapa tu tumbuh kat penjuru rumah pulak.
Baik hujan mahu pun panas, ia adalah rahmat Allah untuk kita.


Saturday, November 10, 2012

10-11-12

Tarikh hari ini apa yang menarik?
mmmm . . .
kalau eza lah kan, turutan angka untuk hari ini cam best aje.
Ialah 10,11,12 nampak cantik kan!. Ngam jer
Mesti ramai pasangan yang mengadakan majlis akad nikah atau
majlis walimatul urus pada hari ini,
ialah masing2 nak kejar tarikh nie,
alah kira cam kategori tarikh keramat lah.
Bukan apa selain susunan angkanya yang menarik,
ia juga senang untuk diingat.
Ada ke pasanan yang 'terlupa' tarikh2 penting dalam hidup mereka?
Rasanya tak ada kot!
Seorang ibu dan ayah tak akan lupa bila tarikh anak2 tersayang dilahirkan walaupun dikurniakan dengan bilangn anak yang ramai.
Walaupun pada zahirnya tidak diucapkan,
yang pasti setiap ibubapa akan berdetik didalam hati
"esok ulangtahun si... yang ke..."
dan yang pastinya doa sentiasa dititipkan untuk si anak.
Setiap hari adalah hari yang istimewa untuk eza dah keluarga.
Semoga hari esok,
kita akan menjadi seorang insan dan hambaNya yang lebih baik daripada hari ini.


Thursday, November 8, 2012

cuba try test - part 2

Cuba aplikasi nie pulak Bloger- droid. Harap2 lebih mudah nak update blog, tak lah blog eza nie bersawang, berhabuk dan segala 'ber' lagik.
Jadik . .
kita minum duluuuu
. . . to be continue
Published with Blogger-droid v2.0.9

Cuba Try Test

Cuba2 update blog guna tablet dari aplikasi Play Store - Blogger

‎7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya



1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

*Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

Mari Kita Amalkannya... :)

sumber : cut n paste dari fb ~ Ustaz Don Daniyal