Showing posts with label #Tips #Info. Show all posts
Showing posts with label #Tips #Info. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

5 Senaman Untuk Besarkan Payudara


5 Senaman Untuk Besarkan Payudara

  Setiap wanita inginkan payudara yang cantik dan menarik. Tapi berbeza dengan budaya barat, setahu saya breast implants sememangnya haram di sisi Islam. Baiklah, payudara anda diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara anda.
Jadi berikut ada beberapa contoh senaman yang anda boleh lakukan untuk membesar dan menegangkan payudara.

Tapi ingat:
  1. Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
  2. Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
  3. Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.
1. Chest Press
Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.
Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.


Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).

2. Push Up Pectoral atau Plank
Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu anda. Sekarang, cuba angkat badan anda ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. Ulang untuk 5 set.

3. Dumbbell Pullover
Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada anda. Dengan perlahan, gerakkan tangan anda ke belakang kepala sejauh yang anda boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada anda. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. Lakukan 3 set juga.


4. Pec Deck Flyes
Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda. Tangan anda sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.


Di rumah? Kalau tiada peluang untuk ke gym. Anda boleh lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, anda boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain

5. Dips Bench atau Kerusi
Senaman dips ini memang bagus dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah).
..Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah…
Untuk semaman dip kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. Sekarang bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah. Pulang ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu.



 sumber : klik disini




Monday, June 24, 2013

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong



Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari
dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

contoh pengiraan:
Berat badan anda ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3,500 ml

Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 3,500 ml atau 3.5 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Anda minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi anda perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil

500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.





Friday, June 21, 2013

Memagar Diri Dan Rumah



Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.( jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan.
Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal!
Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua.

Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah

Caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. - Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam.

- Bahu sebelah kiri berada didinding rumah.
- Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali tandas.
- Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
- Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak. 





Petua Awet Muda Cara Islam - 2


Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
Urutkan wajah dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita 





Petua Awet Muda Cara Islam - 1


Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

* Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

* Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

* Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

* Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

* Amalkan solat tahajud.

* Sentiasa tenang dan bersikap positif.

* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

* Maafkan semua orang sebelum tidur.


Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita





Friday, June 14, 2013

Tips Tanan dan Jaga Bunga Kertas



Entri kali nie eza nak share tentang tajuk di atas. Walaupun sebelum nie eza pernah tulis entri pasal 'pokok oh pokok' klik sini, kebanyakan pokok dalam entri tersebut dah lama berkubur yang masih bertahan cuma pokok bunga kertas yang ala-ala malu sudi mewarnai laman rumah eza. Bila tengok laman tetangga berwarna-warni eza pun teringinlah jugak kan so .... kita beli dan tanam. Ada rezeki insyallah pokok tersebut akan hidup dengan suburnya kalau tak ..... hati akan berkata 'habis duit aku beli pokok nie' walhal yang membeli tu saper lagik laku bukan orang yang dok menaip nie yang sebenarnya kureng arif bab-bab penjagaan dan penanaman pokok. Kepada pembaca yang tak berapa arif bab-bab nak tanam bunga kertas cam eza nie boleh lah klik sini untuk info. Bunga kertas nie kalau berbunga memang cantik. Nanti eza cuba letak gambar pokok bunga kertas di laman rumah eza. Walaupun pokok bunga kertas orang lain lebih cantik dari yang ada dilaman ghumah eza tapiii .... eza berbangga sebab itu semua eza yang tanam dan jaga. Gambar di atas hanya sekadar hiasan (terima kasih pada tuan punya gambar).




Monday, June 10, 2013

KEGUNAAN & KHASIAT HALIA






Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Banyak Kegunaan

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.






Thursday, December 6, 2012

Strategi Jual Pakaian di Lelong & eBay





Sekiranya anda perhatikan jenis barangan jualan di portal eBay dan Lelong, pakaian adalah antara barangan yang laris jualannya. Ini termasuklah pakaian wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak dan sebagainya. Mungkin anda berkesempatan untuk menggunakan strategi ini untuk menjana wang tambahan.

Pilihan jenis pakaian

Pertama sekali, anda perlu faham bahawa anda mempunyai pilihan jenis pakaian sama ada pakaian baru ataupun pakaian terpakai untuk dijual. Kedua-dua jenis pakaian ini mempunyai golongan peminat yang tersendiri.

Seterusnya, anda juga mempunyai pilihan untuk memfokuskan perniagaan pakaian anda kepada niche tertentu, seperti pakaian mewah atau eksklusif, atau pakaian dewasa, pakaian Muslimah, pakaian bayi, pakaian sukan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin, anda boleh fokus kepada niche yang lebih kecil seperti tudung Muslimah sahaja, atau jersi bolasepak sahaja.

Mencari pembekal pakaian

Sebelum memulakan perniagaan pakaian, anda perlu mengenalpasti pembekal pakaian yang sesuai untuk anda. Terdapat sekurang-kurangnya 3 sumber untuk anda mendapatkan pakaian untuk tujuan jualan semula:

1. Pakaian milik anda atau ahli keluarga anda

Sudah tentu terdapat pakaian terpakai di dalam almari di rumah anda yang masih elok tetapi anda sudah tidak gunakan lagi. Pilihan ini paling menjimatkan kos kerana anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan semata-mata untuk mendapatkan barangan jualan, kerana pakaian tersebut memang sedia milik anda atau ahli keluarga anda.

2. Pemborong pakaian

Anda mungkin tinggal di kawasan yang berhampiran dengan pemborong pakaian, sama ada mereka membuat dan mengeluarkan pakaian di tempat tersebut ataupun mereka sendiri mendapatkan pakaian dari tempat lain bagi tujuan jualan semula. Anda boleh menggunakan peluang ini untuk berunding mendapatkan harga borong untuk pakaian yang anda ingin pasarkan di kedai online anda di portal eBay dan Lelong.

3. Kaedah dropship

Anda pernah mendengar perniagaan dropship? Perniagaan dropship ialah sejenis perniagaan di mana anda dilantik sebagai ejen pembekal untuk memasarkan barangan mereka tanpa perlu menyimpan stok atau mengeluarkan kos permulaan mendapatkan barangan tersebut. Apabila anda berjaya mendapatkan pelanggan dan pelanggan tersebut membuat pembayaran kepada anda, barulah anda memesan barangan yang dibeli oleh pelanggan tadi daripada pembekal, membuat bayaran kepada pembekal, dan di sini, pembekal yang akan membuat pembungkusan dan penghantaran di atas nama anda sebagai penjual. Sebarang berbezaan antara harga yang dibayar oleh pelanggan kepada anda, dan harga yang dibayar oleh anda kepada pembekal, adalah dianggap keuntungan anda.

Menetapkan harga jualan
Setelah anda mengenalpasti sumber untuk mendapatkan pakaian untuk dijual, perkara seterusnya yang anda perlu lakukan ialah menetapkan harga jualan bagi pakaian tersebut. Terdapat beberapa teknik untuk menetapkan harga jualan pakaian, namun 3 teknik yang paling disarankan ialah:

1. Harga jualan ialah harga kos mendapatkan pakaian tersebut ditambah dengan keuntungan yang anda inginkan daripada urusniaga tersebut. Ini adalah berdasarkan formula:

Harga jualan = Harga kos + Keuntungan


2. Harga jualan ditetapkan dengan mengkaji permintaan pelanggan berdasarkan penjenamaan, iaitu apakah nilai yang sanggup dibayar oleh pelanggan bagi mendapatkan pakaian tersebut. Teknik ini boleh diaplikasikan untuk barangan berjenama, ataupun barangan terpakai yang masih elok dan boleh digunakan.

3. Harga jualan ditentukan oleh nilai sentimental pakaian tersebut, sebagai contoh anda mempunyai jersi bola sepak yang telah ditandatangani oleh pemain bola sepak profesional bertaraf antarabangsa, anda mungkin boleh mendapatkan harga yang tinggi bagi pakaian tersebut kerana ia mempunyai nilai sentimental yang agak tinggi.

Teknik jualan terbaik

Langkah seterusnya ialah untuk menyenaraikan pakaian tersebut untuk dijual di portal eBay dan Lelong. Berikut disertakan beberapa tips mudah untuk anda aplikasikan:

1. Gunakan gambar yg jelas – elakkan daripada mengambil gambar dari internet. Sebagai tambahan, sebaiknya gambar pakaian tersebut dipakai oleh seseorang individu dan tidak dihamparkan di tempat yang rata seperti di atas lantai atau cuma digantung di tepi dinding dengan penyangkut baju.

2. Nyatakan semua maklumat penting di dalam posting anda. Oleh kerana urusniaga eBay dan Lelong berasaskan online, anda perlu memberikan maklumat terperinci kepada prospek pelanggan anda untuk mereka menilai untuk membeli atau sebaliknya.

3. Nyatakan sebarang kecacatan atau kerosakan pakaian tersebut, seperti zip rosak, atau terdapat sebarang koyak.

4. Berikan maklumat penjagaan pakaian tersebut, sebagai contoh cucian tangan sahaja, tidak boleh diseterika dan sebagainya.

5. Berikan saiz. Bagi tujuan ini, sebaiknya anda mendapatkan pita ukur dari kedai berhampiran untuk mengukur sendiri saiz pakaian tersebut.

6. Dalam memutuskan sama ada untuk memaparkan posting anda melalui fungsi Buy it now atau Auction, maka disarankan anda menilai berdasarkan kepada permintaan pelanggan. Sekiranya permintaan tinggi, maka anda boleh mempertimbangkan untuk Auction.




Sumber

Wednesday, December 5, 2012

Tips Menghadapi Ujian Hidup




Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.


Sharing is Caring

Saturday, November 17, 2012

Bahaya Telefon Bimbit


Mengikut kajian Universiti Tokyo, Jepun, remaja yang mengunakan telefon bimbit pada waktu malam berkemungkinan terdedah dengan masalah mental kerana tidak cukup tidur.
Kajian yang sama juga mendapati remaja yang kerap menrggunakan telefon bimbit sehingga lewa malam lebih cenderung mendapat masalah mental dan potensi bunuh diri berbanding dengan orang yang tidak menggunakan telefon mereka pada waktu yang sama.
Para penyelidik juga v kaji selidik terhadap 18,000 remaja yang' sedang menuntut di sekolah menengah dan tinggi di Jepun.
para peserta diminta mnejawab soalan yang telah direka untuk menilai tahap kemurungan mereka.
Kajian itu mendapati kebanyakan daripada mereka yang menjawb mempunyai pemikiran untuk membunuh diri.
Selain itu, peserta juga menyatakan jumlah jam mereka tidur pada waktu malam dan berapa kerap bercakap menerusi telefon bimbit selepas waktu tidur.


Friday, July 8, 2011

BOHONG (Part 2)



Apabila ibu bapa mendapati anak mula bercakap tidak benar, maka sudah tentu ibu bapa perlu mencari langkah mengubatinya. Untuk memberi pengubatan yang efektif, maka ibu bapa haruslah memerhatikan dengan jelas faktor pembohongan tersebut. Lingkungan anak yang paling hampir dengannya adalah keluarga dan juga sekolahnya. Lingkungan inilah yang perlu diselidiki agar ibu bapa dapat menjalankan pengubatan atau menyelesaikan dengan tepat. Tindakan memukul atau memarahi anak untuk berhenti bercakap bohong bukanlah tindakan yang tepat, malah kemungkinan sifat bohong itu akan lebih parah dalam diri anak.

Perlu diyakini oleh ibu bapa juga bahawa anak yang mula bercakap bohong perlu diubati. Jangan sampai anak terasa ‘nikmatnya’ berbohong sehingga anak terus-menerus mengulanginya.

Jika ibu bapa ingin anaknya terhindar dari sifat bohong, maka pertama sekali yang harus dilakukan oleh ibu bapanya adalah menaruh kepercayaan penuh kepada anak. Dengan kepercayaan itu, anak akan berkembang dengan positif tanpa mempunyai perasaan atau pemikiran negatif terhadap orang sekelilingnya terutama ibu bapanya.
Pengakuan anak atas kesalahannya perlulah dihormati, bukanlah di ungkit dan dimarahi. Dengan pengakuan inilah anak akan mula jauh dengan sifat bohong sekiranya ditangani dengan tepat.

Menurut Dr. Abdul Aziz Al-Qushi, untuk menjamin suatu kebenaran dan pengakuan, maka sikap saling memahami (give and take) mestilah diletakkan pada tempatnya yang benar serta menempatkan kasih sayang dan cinta di atas kekuasaan dan kekerasan.

Anak yang tumbuh dalam lingkungan yang menghormati kebenaran serta sering menepati janji, maka dengan sendirinya ia akan tumbuh dengan sikap yang positif, baik tindakannya mahupun ucapannya. Jika hal ini dapat direalisasikan, maka anak tidak akan berlindung dalam topeng tebal kebohongan. InsyaAllah. Anak tidak anak mengganti kekurangan atau menutupinya dengan cara berbohong.

Jika sikap bohong pada diri anak dibiarkan terus berkembang, maka kelak ketika umurnya meningkat dewasa, tidak mustahil ia akan menjadi seorang pembohong besar!

Berbohong merupakan asas kepada keburukan dan kunci kepada kerosakan. Berbohong juga merupakan ciri-ciri kemunafikan yang nyata. Rasulullah pernah menegaskan hal ini dalam Hadith:

“Tanda-tanda munafiq itu ada tiga, iaitu ketika berbicara selalu berbohong, ketika berjanji sentiasa mengingkari dan jika diberi kepercayaan selalu mengkhianatinya.”



BOHONG (Part 1)

dari Persepsi Anak -

Siapa pernah menghadapi anak berbohong? Anak kecil, ape la yang dia tahu. Yang penting dia dapat perhatian. Dapat pujian dan kasih sayang.

Mereka inginkan kasih sayang dan perhatian sehingga perlu berbohong? Bagaimana ia boleh berlaku?

Bohong nampaknya tersebar luas di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak melakukan hal-hal yang tiada asas dari kenyataan yang sebenar. Ibu bapa mengetahui anaknya berbohong biasanya akan marah dan mengatakan bahawa bibit-bibit kenakalan mula muncul dari diri anaknya. Menurut ibu bapa juga, kenakalan anaknya dipengaruhi keturunan dan juga pengaruh luar yang negatif. Seolah-olah ibu bapa tidak bersangkut paut dengan pembohongan ini.

Sebahagian ibu bapa bersikap keras dengan memukul anaknya apabila anaknya berbohong, dengan sangkaan bahawa dengan perbuatan itu, anak tidak lagi berbohong. Namun, tindakan sedemikian tidaklah dapat menghentikan kobohongan anaknya. Anak-anak akan terus berbohong kerana dorongan pengaruh dalam hatinya.

Anak-anak tidak berbohong kerana nalurinya atau fitrahnya seperti yang disangkakan oleh ramai orang. Mereka menyangka manusia memang mempunyai naluri untuk berbohong. Hal ini kerana berbohong merupakan cara khusus yang digunakan oleh seseorang dalam kehidupannya yang diperolehinya dari lingkungan sekitarnya atau dari gaya pembelajaran yang diterimanya sejak kecil.

Yang penting, sebelum ibu bapa memberi hukuman kepada anaknya yang berbohong, mereka harus mencari sebab utama dan motif jiwa yang mendorong anaknya berbohong. Kerana hal ini lebih baik daripada sekadar “mengubati” ketika anaknya berbohong.

Banyak sebab mengapa anak berbohong, antaranya :

1.Kekerasan dan kesedihan
2.Kesukaran memiliki sesuatu yang diingini
3.Mudah terkenal
4.Cemburu
5.Dapat menyakiti orang lain
6.Pembohongan yang fiktif (khayalan)



Tuesday, June 28, 2011

Tip untuk Mendisiplinkan Anak Degil

Anda mungkin selalu menghadapi situasi ini, anak anda enggan makan malam bersama bila diajak. Dia berdiam diri apabila diminta mengemas barang mainannya. Membuat bising apabila adik tidur dan lari ketika disuruh mandi. Dia degil, tetapi mengapa dia degil?

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Tanda dia sudah membina identitinya sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Kalau anda ingin tahu, berdegil adalah cara untuknya menunjukkan ketegasannya. Jadi apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu anda, “saya tidak sukakan peraturan mama.” Jadi apa yang boleh anda buat?

Cuba memahaminya.
Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, paksaan hanya akan membuatkan dia menangis. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika dia sibuk bermain, datang kepadanya, dakap dia dan beritahu dia mengapa perlu makan. Ini untuk memberitahunya secara psikologi, anda sebenarnya mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan marah dia tetapi pastikan juga dia makan apa yang sepatutnya.

Tetapkan hadnya.
Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua itu ada hadnya. Beritahu dia, anda menyayanginya dan apa yang anda lakukan untuk kebaikannya. Jika dia ada masalah mematuhinya (selalunya memang begitu) fikirkan cara terbaik menyelesaikan keadaan itu. Contohnya, jika dia tidak mahu tidur dalam gelap, beri dia lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram.

Tunjukkan sikap yang baik.Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal dan degil, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.

Jika Kita Sendiri Bersikap Buruk Bagaimana Dia Membesar Dengan Mengamalkan Sikap Yang Baik?
Contohnya jika bergaduh suami isteri di hadapan anak dengan suara tinggi dan sepak terajang, bukankah logik anak akan membesar dengan sikap yang sama? Anda tentu malu sendiri kalau dia berkata, mengapa abang tidak boleh cakap menjerit-jerit tetapi mama boleh menjerit-jerit pada ayah?

- Ingat juga mendisiplinkan anak bukan bermaksud mengawalnya. Sebaliknya, ia bermaksud mengajar dia untuk mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin akan membuat dia lebih berdisiplin tetapi jika hukuman itu tidak ‘menakutkan’ anak. Dia akan berasa lebih selesa berbuat baik atas kesedarannya sendiri bukan kerana takut dirotan ibu bapa.

- Jika kedegilannya benar-benar mencabar, cuba bertenang dan buat dia selesa. Jika rasa marah anda membuak, jauh diri darinya. Bila anda rasa tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut.

- Beri dia peluang untuk membuat pilihan. Mulakan dengan benda yang mudah, beri dia pilihan memilih pakai¬an sendiri. Satu lagi cara membuat dia rasa dia punyai hak mengawal dirinya beritahu dia apa yang dia boleh buat. Jika dia bermain badminton di dalam rumah, daripada berkata ‘jangan bermain badminton dalam rumah’, ajak dia bermain di luar. Jika dia mahukan ais krim pada waktu malam, alihkan perhatiannya dengan memberinya pilihan, kakak hendak makan buah apple atau hendak makan anggur?

- Jauhkan situasi yang mungkin membuatkan anda malu dengan kedegilannya. Misalnya jika berjalan-jalan di kompleks membeli belah, dan anda tahu dia sukakan ais krim tetapi anda tidak mahu membelinya, jauhkan dia dari kedai yang menjual ais krim.

- Hormati dunia unik anak anda. Mungkin dia sedang leka bermain waktu anda hendak keluar. Dia tidak punya masa untuk memakai kasut dan anda sudah berada dalam kereta. Dia tentu akan membuat perangai kerana takut anda meninggalkannya. Jadi, beritahu dia lima minit sebelum keluar, ‘mama hendak keluar, kalau abang nak ikut, cepat pakai kasut’

Memang semua ini bukan jaminan untuk dia tidak lagi berdegil atau merungut, tetapi dengan kesabaran anda, dia sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
Sumber Maklumat: Berita Minggu


Mengatasi Masalah Anak Yang Degil


untuk dikongsi bersama

Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.

Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.

· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.

· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat
sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.


Wednesday, June 8, 2011

Tip Mahir Bahasa Inggeris

( untuk dikongsi bersama)

* Tahu 300 patah perkataan
Anda perlu tahu sekurang-kurangnya 300 patah perkataan bahasa inggeris. Anda bukan sahaja perlu tahu perkataan tersebut tetapi juga menggunakannya dalam struktur ayat.

* Jatuh cinta dengan kamus
Jadikan kamus sebagai sahabat akrab. Setiap kali menemui perkataan baru yang tidak diketahui maksudnya atau diragui tentang cara penggunaannya, segeralah membaca kamus dan cari makna perkataan tersebut.

* Tulis perkataan
Selepas mencari perkataan yg anda tdk tahu dlm kamus, ambil sebuah buku dan pen. Kemudian catatlah perkataan tersebut dlm buku itu bersama maknanya sekali. Setiap kali mencari makna sesuatu perkataan dlm kamus, senaraikan kemnbali dlm buku catatan itu. Justeru, anda akan lebih mengingati perkataan tersebut malah ia memudahkan rujukan anda pd masa depan.

* Anggap senang
Jgn sesekali menyemai tanggapan dlm diri bahawa subjek bahasa inggeris itu sukar. Secara psikologi, itu akan membuatkan fikiran anda menolak utk menyukai subjek tersebut seterusnya membuatkan anda terus lwmah dlm penguasaannya.

* Rajin membaca
Anda perlu rajin membaca buku2 dlm bahasa inggeris, nove,l majalah, risalah dan jurnal bahasa inggeris. Daripada situ, anda boleh memahirkan diri dalam bahasa tersebut.

* Rancangan Inggeris
Menonton rancangan Inggeris di tv jg blh menjadikan anda mahir dlm bahasa itu. Bagi anda yg selalu menonton filem2 atau program animasi, anda digalakkan utk menonton filem atau program animinasi yg menggunakan bahasa inggeris. Anda jg digalakkan menonton filem2 luarnegara yg menggunakan sari kata dlm bahasa inggeris. Ia dpt menambah perbendeaharaan kata seterusnya berupaya membina tatabahasa.

*Jangan malu
Jgn malu bercakap dlam bahasa inggeris biarpun penggunaan ayatnya tidal betul atau bertutur dalam bahasa 'rojak'. Tingkatkan keyakinan diri utk bercakap dgn org yg mahir dlm bahasa tersebut. Secara tdk langsung, anda blh belajar drpd rakan yg mahir cara bertutur dgn betul. Jgn malu jika ditegur apabila membuat salah. Anggap teguran tersebut sebagai penguat semangat utk anda memperbaiki diri.



Monday, June 6, 2011

Hormat Orang Tua

(untuk dikongsi bersama)

Berikut panduan berguna kepada ibu bapa dan anak dalam membentuk akhlak yang mulia:

* Salam dan cium tangan ibu bapa pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur atau pada waktu lain yang munasabah.

* Doakan keampunan bagi mereka seperti doa: "Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku sejak kecil dulu."

* Tidak masuk ke kamar ibu bapa sebelum mendapat keizinan mereka.

* Meminta izin daripada ibu bapa apabila hendak keluar rumah.

* Tidak melunjurkan kaki ketika duduk di hadapan ibu bapa.

* Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu bapa duduk melainkan mendapat izin mereka.

* Tidak memotong percakapan ibu bapa terutama ketika kedua-duanya berbual mengenai sesuatu perkara sama ada secara serius atau sebaliknya.

* Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi sedangkan ibu bapa duduk di bawah.

* Tidak lalu atau melintas di hadapan orang tua kecuali meminta keizinan.

* Menjawab panggilan ibu bapa dengan segera walaupun anda melakukan amalan sunat.

* Segera melakukan suruhan dan patuh meninggalkan larangan.

* Jangan mengejutkan ibu bapa dengan tujuan mengusik atau bergurau kerana cara sedemikian dianggap agak keterlaluan.

* Tidak berjalan mendahului mereka pada siang hari, tetapi boleh pada waktu malam.

* Tidak menjamah hidangan makanan sebelum ibu bapa mendahuluinya dan tidak memanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan mereka.

* Berbincang segala masalah tanpa mengetepikan ibu bapa dalam urusan hidup.

* Bercakap dengan lemah-lembut, beradab dan merendahkan suara di hadapan mereka.



Wednesday, June 1, 2011

Petua Memilih Makanan Semasa Berada Di Restaurant

(untuk dikongsi bersama)


•sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.

•Minta salad tanpa dresing

•minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba

•pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar

•jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan

•jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong

•pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

•minta buah-buahan sebagai pencuci mulut

•minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol


Tip BERSOLEK

(untuk dikongsi bersama)

INFO 1
Wanita hari ini mahu lari dari teknik solekan yang biasa dan lama. Bermotifkan solekan cantik tetapi mahu dilihat semula jadi atau dikenali sebagai warna pastel. Namun anda mungkin tidak tahu cara yang terbaik untuk menata wajah. Tidak mengapa, disini dipaparkan beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan wajah asli, semula jadi dan segar.

Yang Perlu Anda Tahu :
1. Warna Alas Bedak (Foundation) harus sama dengan warna kulit supaya tidak kelihatan seperti ada ΄garis batas΄ pada kulit atau membuatkan anda kelihatan seperti memakai masker atau topeng.

2. Warna Penyamar Noda (Concealer) sebaik-baiknya 2 tingkat lebih muda dari warna alas bedak.

3. Melakar Kening sebaik-baiknya dengan pensil warna coklat supaya tampak semula jadi.

4. Warna Pembayang Pipi pula perlu disesuaikan dengan bentuk wajah, sapukan nipis supaya tampak lebih alami.

5. Warna Gincu Bibir pula sesuikan dengan bentuk bibir. Bibir yang ΄penuh΄ sebaiknya warna-warna muda sahaja kerana warna tua hanya akan membuatkan bibir anda kelihatan semakin besar dan menonjol.



INFO 2
Kebanyakan wanita sering kali merungut kerana gincu bibir hanya bertahan sekejap sahaja. Sebenarnya, ada tips khusus supaya gincu dapat melekap lebih lama.

1. Gariskan bibir anda terlebih dahulu dengan ΄lip pensil΄ yang warnanya lebih tua dari warna gincu yang dipakai. Tujuannya supaya sapuan dapat dilihat lebih rapi dan tidak melebihi sempadan.

2. Guna Bedak Two-Way (yg mengandungi pelembap) dan sapukan pada bibir dengan span pelembap. Jgn takut untuk melapasi garis bibir yang sudah dibuat sebelumnya agar lebih samar.

3. Seterusnya sapukan gincu menggunakan berus ke seluruh bibir. Penggunaan berus lebih digalakkan supaya warnanya lebih menyerlah dan sapuan lebih rapi.

4. Sekali lagi, berikan sentuhan bedak dengan span lembap secara menekan.

5. Dan yg terakhir, sapukan sekali lagi gincu.Untuk tampil lebih anggun, jangan lupa sapukan ΄lip gloss΄.



INFO 3
Pening memikirkan bedak yang harus ada dalam tas tangan anda?teliti info berikut:

1. Loose Powder (bedak tabur) biasanya digunakan pada sapuan terakhir kerana teksturnya yang ringan dan mudha disapu, sesuai untuk kulit berminyak.

2. Pressed Powder (bedak padat) isinya yang padat hanya sesuai untuk sentuhan berulang (touch up) bagi wajah normal atau berminyak.

3. Shimmer Powder (bedak berkilau)digunakan untuk ΄highlight΄ wajah dan memberikan kesan berkilat pada wajah.

4. Two Way Cake (bedak dwiguna) ini adalah penggabungan bedak padat dan bedak asas, sesuai untuk penampilan lebih anggun.

5. Cream Powder (bedak krim) sangat baik untuk kaedah ΄shading΄ seperti ditulang hidung dan tulang rahang. Pilihlah warna sedikit gelap dari warna kulit.

6. Bronzing Powder memberikan gaya sedikit gelap atau ΄bronze΄ supaya tampil seksi dan eksklusif.


Kurus Badan Cara SIHAT


• Amalkan makan malam sebelum jam tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

•Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis, badan tetap juga naik.

•Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di Pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.

•Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.

•Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke jim berdekatan. Senaman membentuk otot yang sihat dan dapat membakar lemak.

•Positifkan diri. Buatlah target penurunan badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

•Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.

•Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sedap. Jangan risau… Sesekali Tidak Mengapa


Tuesday, May 10, 2011

Limau Nipis Ubat Santau

* utk pengetahuan kita bsama

Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau 'angin' yang dikenakan kpd seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau iti dari tangkai atas ke bawah.
Selain digunakan utk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga blh digunakan utk mengesan sama ada seseorg itu sudah tkena racun santau @ tidak.
Apabila seseorg yg tkena santau angin memakan limau nipis @ nanas bsama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu blawanan dgn bahan bkenaan, malah pesakit jg berasa sakit pd seluruh anggota badan spt dicucuk dgn benda tajam.
Santau angin yg turut dipanggil 'tuju' itu dihantar dr jauh oleh individu tertentu dgn niat mengkhianati seseorg @ memenuhi syarat pemilikan santau.
Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tdk 'memakan' diri sendiri @ keluarga tdekat mereka.
Santau angin blh blaku melalui dia cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dlm makanan @ minuman org yg ingin disantau dgn meletakkan serbuk santau itu pd hujung kuku dan ditabur dgn cara merenjis.
Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yg dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus @ jin. Ia dilakukan dr jauh tanpa pengetahuan mereka yg ditujukan santau bkenaan.

Ada beberapa panduan blh digunakan utk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makamn @ sesebuah restoran,
   - Ketika mengambil makanan jgn campurkan kuh lauk dlm nasi, tetapi kedua2nya hendaklah diasingkan dlm bekas yg berbeza. Pastikan kuah lauk yg dihidangkan tdk berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.
   - Bagi minuman pula, pegang gelas spt biasa manakala jari kelingking ditekan pd bawah gelas jika rasa sakit spt digigit semut apa ia mengandungi santau.

Antara tanda2 awal seseorg itu tkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk bpanjangan.