Showing posts with label #Kucing. Show all posts
Showing posts with label #Kucing. Show all posts

Friday, June 19, 2009

alahai .... kucingku

semalam .......
balik keje singgah sat kat tesco pi beli ni ....
nah ambik kau .... sambaq 8kg terus .... tahan kot 1 bulan
ini aje yang mampu beli, nak beli yang mahal tak terdaya rasanya ....
dulu selalu beli pek yang 1.5 kg aje sebab mak kucing aje yang makan, pas tu beli tuk mak lain, tuk anak lain ialah untuk baby kan, takut juga meragam kalu salah makan , nak lain2 konon tapi si anak tu makan ikut suka aje,
yang kitten punya pun dia makan yang mak punya pun dia telan ....
so ... sekarng ni eza bagi makan mak dengan anak sama saja, eza bagi yang adult punya, alah .... jangan manja2 sangat bagi aje jangan sampai mudarat udah, biar lasak dan jangan memilih .... sonang jago.
sekarang ni eza ada 6 ekor anak kucing baru 2 bulan
4 ekor anak kucing angkat eza - anak oren
nama dia labu, belang, stokin dan kontot - semua warna oren
2 ekor lagi eza ambil qumah mak mertua masa balik hari tu (anak nini)
nama dia yeyyek warna kelabu
teddy warna oren + putih

Monday, March 30, 2009

Kucing Angkat

sorry le lama tak update, sibuk sikit sampai tak sempat nak mangarut kat sini
mmmm eza nak citer tentang kucing angkat eza, black, orange dan anaknya comot. tapi dah lebih seminggu eza tak nampak comot, tak tahu mana dia pergi, selalunya dia asyik mengekor mak dia aje, munkin dah kena kidnap dengan orang agaknya, ialah eza tengok sicomot ni makan besar makin comel la pulak.


okay ini black, bulu dia memang hitam berkilat
black ni istimewa sikit sebab keempat-empat jari kaki dia ada enam

nampak tak keenam-enam jari kaki black, istemewa kan......

ini orange dan anak dia comot

eza panggil comot sebab ada sikik warna hitam kat bulu dia

ini pula orange sebab warna dia orange dan putih

Monday, March 2, 2009

Kucing..

ada tak sesiapa yang tak nak kucing ???
eza nak cari kucing untuk dipelihara... di rumah tu ada tiga kucing angkat. dah ada masa kelabu ada lagi. seekor ibu dan anak warna orange + putih dan seekor lagi warna hitam pekat. eza pangil dia black. black ni.. istimewa sikit, jari kaki dia ada enam jari, empat2 kaki dia.
kucing2 ni masuk qumah bila waktu makan aje, pas tu ntah mana2 lepak sekali sekala aje lepak2 di qumah eza. kalau kelabu dulu, keluar qumah bila semuanya keluar atau nak lepaskan hajat aje. kalu keluarpun tak lama, lebih banyak lepak dalam qumah aje.





gambar kelabu yg ada dlm simpanan eza
eza suka tengok aksi kelabu waktu tidur

Thursday, February 12, 2009

Kehilangan KELABU -part 2

petang semalam bila eza sampai qumah, tiba2 aje eza rasa sedih.
apatah lagi bila terpandang tempat husband eza tanam kelabu.
setiap hari waktu2 petang ni, bila eza balik dari kerja, parking aje kereta, eza pasti nampak kelabu lepak2 atas meja di luar qumah ataupun landing kat tempat eza parking kereta.
kalu hon pun dia buat do no aje... sambil jilit bulu dia,
anak eza yang akan ambil dan ubah kelabu ketepi.
semalam sampai aje qumah, anak eza tanya
" umi ada nampak kelabu tak ? ,
dia tak ikut masuk qumah pun ?"
apa lagi eza yang sedih ni pun tersedulah cerita pada anak2 eza yang kelabu dah mati.
eza sekeluarga begitu terasa kerana setiap pagi
atau setiap kali nak keluar pergi kerja atau anak2 nak ke sekolah
pasti kelabu akan mengikut dari belakang sehingga kita marah,
baru dia berhenti mengejar kereta eza ataupun motor suami
ataupun mengekori anak2 eza.
kini .....

Wednesday, February 11, 2009

Kehilangan KELABU....

macamana eza nak mulakan cerita......
hari ini eza rasa sedih sangat......
masa eza menulis ni pun eza masih tak dapat tahan rasa sedih eza......
eza sedih sebab kucing kesayangan eza, husband dan anak2 eza mati. yang sedih sangat tu .... eza yang terlanggar kelabu masa eza nak undur kereta nak ke pejabat.
masa eza tengah lap kereta eza tengok kelabu lepak2 depan rumah jiran sebelah sedang asyik menjilat bulu. masa eza masuk dalam kereta, eza tengok kelabu tak dah tak ada depan rumah jiran.
bila masa pula dia datang ????
kenapa dia datang balik ????
kenapa eza tak nampak ????
anak2 semuanya belum tahu yang kelabu dah mati sebab semuanya bersekolah. tengahari nanti mesti mereka tercari2 kelabu sebab nak beri dia makan.
hari ini pergi kerja mata dah merah dan bengkak sikit sebab sepanjang perjalanan nak ke pejabat asyik menangis aje, tak dapat nak tahan. masa menaip ni pun air mata masih lagi bergenang.
tiga hari cuti ni eza tengok kelabu terlebih manja dengan eza, husband dan anak2.
apakah ini tanda pagi ini kelabu akan tinggalkan kami semua ?????