Showing posts with label ade2 aje. Show all posts
Showing posts with label ade2 aje. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

10-11-12

Tarikh hari ini apa yang menarik?
mmmm . . .
kalau eza lah kan, turutan angka untuk hari ini cam best aje.
Ialah 10,11,12 nampak cantik kan!. Ngam jer
Mesti ramai pasangan yang mengadakan majlis akad nikah atau
majlis walimatul urus pada hari ini,
ialah masing2 nak kejar tarikh nie,
alah kira cam kategori tarikh keramat lah.
Bukan apa selain susunan angkanya yang menarik,
ia juga senang untuk diingat.
Ada ke pasanan yang 'terlupa' tarikh2 penting dalam hidup mereka?
Rasanya tak ada kot!
Seorang ibu dan ayah tak akan lupa bila tarikh anak2 tersayang dilahirkan walaupun dikurniakan dengan bilangn anak yang ramai.
Walaupun pada zahirnya tidak diucapkan,
yang pasti setiap ibubapa akan berdetik didalam hati
"esok ulangtahun si... yang ke..."
dan yang pastinya doa sentiasa dititipkan untuk si anak.
Setiap hari adalah hari yang istimewa untuk eza dah keluarga.
Semoga hari esok,
kita akan menjadi seorang insan dan hambaNya yang lebih baik daripada hari ini.


Friday, June 22, 2012

Ingat Tak Lagi ... biskut gula




Biskut Gula ..... apa yang anda kenangkan?
Bila tengok gambar nie, ghasa-ghasa ingat tak lagi biskut nie?
Seingat eza masa kecik-kecil dulu, kalau makan biskut nie mesti makan hat yang gula warna-warni dulu, last-last sekali baru makan biskut. Siap pilih warna kegemaran lagi bila nak makan,. Warna yang tak suka, warna tu yang dimakan dulu.
Tak tau sebab apa, mungkin takut oang mintak kot, hahaha buruknya perangai. Tapiii ... kalau ditanya, eza ghasa semuanya buat macamana yang eza buat, makan gula dia dulu. Betul tak!!!
Biskut nie dah lama eza tak nampak, supermarket ada jual tak??? Atau eza yang tak perasan.Tapi pasar pagi ahad kat kamunting eza ghasa eza pernah terperasan biskut nie, tapi tak beli pun dan tak teringat pulak nak beli untuk anak-anak eza.
Biskut gula dalam entri nie, adik eza yang beri untuk bawa balik, itu pun lebihan kenduri cukur jambul anak dia Qaseh. Biskut nie untuk kanak-kanak bersama jajan yang lain. Dan sesuatu yang menarik eza perhatikan cara makan biskut nie tetap sama, makan gula dulu. Eza tengok dari anak buah eza yang berusia 4 tahun hingga anak eza sendiri yang berusia 14 tahun, apa yang mereka buat sama macam cara eza makan biskut nie masa eza kecil-kecik dulu.
Walaupun masa dah berlalu tapi caranya tetap sama. Mungkin kerana gulanya yang berwarna warni membuat kita tertarik untuk memakannya dulu.


sekitar majlis cukur jambul Qaseh



Friday, June 8, 2012

Entri Yang X Seberapa . . .

Ghasanya lama dah tak merapu di sini. Asyik merayau dan menjelajah sakan, melawat dan menjengah ke blog-blog. Apa saja 'key wood' yang terlintas diminda eza terjah, pada tuan punya  artikel yang menarik tu ... eza  ucapkan terimakasih atas perkongsian.

"Sharing is Caring" luv you all .... muah! muah! muah!

Dua tiga pos yang lepas (bukan dua tiga kucing berlari ok) eza asyik cut n paste pasal make-up terutama bahagian mata. Buakan make-up sangat punnn ... tapi eza suka tengok, nak buat tak pandailah ..... hancus.

Sekarng nie, ramai yang suka make-up korea style. Ialah dengan teknik yang betul dan dengan mengenakan bulu mata palsu, mata sepet boleh jadi bulat macam mata anak patung. Cayalah ....

Untuk remaja wokaylah pada pandangan eza sebab anak patung kan comel tapi untuk eza yang dah 4 series ni pun boleh jugak tapi tang bulu mata palsu sajalah hahaha .... eza nak pakai bulu mata palsu pun jenuh, sampai berair lah mata nie, tengok kat youtube tu senang je they all pakai, releks n boleh bersembang lagi. Seingat eza dua kali je eza pakai bulu mata palsu, first time masa reunion TMGS - Bollywood dan kedua masa hari raya dua tahun lepas, sebab nak bergambar keluarga. Konon-konon nak glamourlah sangat ...

Kalau dalam cerita korea kita tengok make-up dia simple aje, natural beauty gitu. You all layan ke cerita korea ?

Sebenarnya, jari jemari ini kekok nak menaip, tak post pun tak best jugak kan! nanti kekawan tak dapat nak baca cerita karut komedia eza nie. Idea pun lambat sangat nak datang, bergerak bagai angin sepoi-sepoi macam jam jer dok dalam otak nie, awat susah betoi nak keluaq. Ha ambik hang. keluaq tequs loghat utaqa. (ambil kau, kaluar terus loghat utara).

Walau apa pun kepada yang sudi menjengah dan membaca entri, eza ucapkan terima kasih. Kalau sudi (sudi-sudikanlah - dengan nada sedih) follow sekali wokay!

Luv uols . . . . .


belakang - Eza & Rosmawati
duduk - Rohana, Shida & Zarina (Zanalisa tolong ambil gambar)


Wednesday, February 29, 2012

29-2-2012



Hari ini eza paksakan diri untuk update blog.
WOW! ayat yang nampak drastik lagi gitu-gitu.
Tak ada apa-apa acara atau peristiwa yg istimewa pun yg berkaitan dengan tarikh hari ini cuma .....
Cuma nak kejarkan tanggal 29hb Febuari itu aje. lalalala .....
Ialah jika dipanjangkan umur 4 tahun lagi baru lah boleh bersua dengan 29 Febuari tak gitu cik jah ooiiiii ....
Lagi pun bos tak ada, dia outstation hingga hari Khamis.
Kerja pun dah beres . . .
Pagi tadi, masa dok iron baju sambil nonton TV3 apabila Ally n Fitri bersama tiga tetamu jemputan yang berkongsi tarikh lahir hari ini, bertanya tentang bila ketiga-tiga mereka sambut hari lahir pada tahun yg tak ada tarikh 29hb Februari, ada yg sambut 28hb Feb n 1hb Mac
Secara tiba-tiba .....
tetiba jer teringat cikgu fizik eza semasa di tingkatan 4 dan 5 ketika belajar di Treacher Methodist Taiping dulu.
Hari ini juga hari lahir beliau, sebab masa disekolah dulu selalu jugak gosip2 pasal cikgu nie,
Tak gosip apa-apa pun cuma selalu dok kata kesian cikgu 4 tahun sekali baru boleh sambut hari jadi.
Mana cikgu rahim sekarang ?
Masih sihat kah beliau?
Terima kasih cikgu dan halalkan segala ilmu yang telah cikgu ajarkan.


Wednesday, June 22, 2011

LaNGkaH taRIaN PocO-POCo




1.Bergerak ke kanan dua langkah..
2.Bergerak semula ke kiri dua langkah
3.Bergerak ke belakang dua langkah
4.Bergerak ke hadapan dua langkah
5.Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..




Wednesday, June 1, 2011

Tarif Elekrik Naikkk ...


Hari nie .... maka bermulalah kenaikan tarif baru elektrik rumah2 kite .....
Naik 7.12% lagik, ini baru sebahagian dari pengurangan subsidi yang dibuat oleh kerajaan kepada rakyat,
nak kata aper ??? dah tak ade pilihan lain maka redha ajelah .... kita cuma ada pilihan berjimat atauuu .... terpaksalah bayar kos elektrik yang telah kita guna tuuu ...
Bagi yang guna kurang RM20 pelepasan akan berakhir Disember ini, jadikk ... tahun depan kenalah masuk bil elektrik dalam belanjawan bulanan.
Yang guna kurang RM77 pun tidak akan terasa kenaikan tersebut. Sekarang nie semua benda main tekan suis jer, ghumah eza tu ... kat dapur tu bukan nak cakap, tapi citer jugaklah, siang2 buta pun bukak lampu .... dah malap kat situ walaupun luar cuaca terang benderang, tak bukak cam ne nak buat keja kat dapur tu! kan! kan! nati terhiris pulak jari jemari yang runcing nie :
Perasan le pulak .... saper lagi nak puji kalau tak diri sendiri ......
Apa2 pun kita tengok bil elektric kita bulan nie, Jangan sampai berpinou mate udelah ....





Monday, May 30, 2011

Selamat Bekerja

Selamat Pagiiii ...
Morningggg ....
Kejaaaaa ....



Friday, May 27, 2011

Makan Malam

Malam nie makam malam
beli kat pasar malam jer


Sunday, February 28, 2010

My New Blog - BUSINESS via INTERNET

ha ... ha ... ha ...

entah aper yg dah merasuk, eza pun tak tau,

tiba2 timbul lak minat nak berniaga,

nak jadik business women ..... insyallah

dolu2 tak lak terfikir nak business2 nie.

nie semua terbit bila terlibat ngan product cocoa collagen,

mula2 coba ambil stok dan coba jual kat kawan2 rapat jerr

jual pada harga yg patut

1 set RM49.90 wokaylah tu ... kan ?

kalu tak berhasilpun eza lah buat stok tuk diri eza sendiri,

bukan nyer CCPP tu leh busuk.

kalu dah banyak ..... bukan 1 sachet sehari,

mau eza tibai bersachet2 sehari .... hehehe

pas tu eza buat blog n cuba business on line

alhamdulillah .....

walaupun tak seberapa tapi ....

eza seronok ngan ape yg eza buat sekarang nie ...

jadik .....

sudi2 kan lah diri jengok

di



ini permulaan eza utk cuba Business via Internet

eza akan cuba pelbagaikan product.

************************
dapatkan pelbagai jenis sabun ....

di

http://ezasoap.blogspot.com/
THANKZ for support me



Saturday, January 30, 2010

Update

maaf lama tak update kat sini
ader masa rasa cam banyak je citer yang nak d kongsi,
rasa cam leh buat satu ceriter pendek
atau karangan melebihi 350 patah perkataan.
tapiiiii .... tak sempat nak citer n kongsi kat sini.
ader masa tu,
masa ade nak merayap kat blog sambil n jengah blog kekawan,
tapi idea nak merapu kat sini kosong.
tapi .... tak ade sarang labah-labah kan !!!!

Monday, October 19, 2009

Anak Buah

berita gumbira .....
semalam ahad 18/10/2009
adik eza (deq na) selamat melahirkan anak yang ke3
baby gurl
tahniah .......
bertambah lagi anak buah eza


Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 21, 2009

signature ....

mmmmm ...... tak ada kesempatan lagilah
nak coba buat signature tu ....
apa2 pun eza akan coba sampai jadik
cayok! cayok!
jangan mudah mengalah

Friday, July 17, 2009

coba, try, test - tak jadik ponnnn .......

hah!
tak jadik pon ......
tak keluar signature pon .... malu! malu
nak buet cam na nie ???
nak kena tengok balik nie, tak leh jadik nie,
awat cik jah buet boleh
cam na nie ??????
tulung !!! tulung !!!!
help me ! help me !!!!!!!!

coba, try, test

baru pas paste signature code, ikut cam cik jah tulis tu
jgn mare ye ...
i follow .... u .....
jadik ke edak nie ?????
ade ke edak signature eza tu ????
tapi kat bawah tu .... ada macam2 perkatan yang eza tak paham ada appear
apa2lah kite coba dulu .....
jeng!!! jeng!!! jeng!!!!
harap2 jadiklah ye .......


http://wildfire.gigya.com/wildfire/PostAndNavigate.aspx?iSnid=64&networkName=facebook§ion=&combo2=&text1=Free%20Personal%20signatures%20-%20cool%21&text2=&SocNetUsername=&SocNetPassword=&authCode=&HtmlContent=%3cimg%20style%3d%22visibility%3ahidden%3bwidth%3a0px%3bheight%3a0px%3b%22%20border%3d0%20width%3d0%20height%3d0%20src%3d%22http%3a%2f%2fcounters.gigya.com%2fwildfire%2fIMP%2fCXNID%3d2000002.0NXC%2fbHQ9MTI%2aNzczMjIyNDYxNCZwdD%2axMjQ3NzMyNTIxNDY5JnA9MjY4MzYxJmQ9Jm49ZmFjZWJvb2smZz%2axJm89ZDQ4YTUyODQ5MDg4NDRjOGJkMDNlMDE%2aYzA%2aODJkOGImb2Y9MA%3d%3d.gif%22%20%2f%3eTEXTAREA_ID%3cbr%3e%3ca%20border%3d0%20href%3d%22http%3a%2f%2fwww.gigyamailbutton.com%2fwildfire%2fgigyamailbutton.ashx%3furl%3daHR%2acDovL3dpbGRmaXJlLmdpZ3lhLmNvbS93aWxkZmlyZS93ZnBvcC5hc3B4P21vZHVsZT1lbWFpbCZ1cmw9aHR%2acCUzYSUyZiUyZnd3dy5teWxpdmVzaWduYXR1cmUuY29tJTJmbWxzX3dpemFyZDFfNi5waHA%3d%22%20target%3d%22_blank%22%3e%3cimg%20src%3d%22http%3a%2f%2fcdn.gigya.com%2fwildfire%2fi%2fincludeShareButton.gif%22%20border%3d%220%22%20width%3d%2260%22%20height%3d%2220%22%20%2f%3e%3c%2fa%3e&isLayout=false&additionalParams=&partner=268361&source=&partnerData=&postAsBulletin=false&BulletinSubject=&BulletinHTML=&captchaText=&referrer=http%3a%2f%2fwww.mylivesignature.com%2fmls_wizard1_6.php&postURL=&previewUrl=&previewUrl2=&previewUrl3=&previewCaptureTimeout=-1&openInWindow=true&campaignId=0&adGroupId=0&creativeId=0&publisherId=0&cl=false&gen=1&srcNet=&loadTime=1247732224614&pt=1247732521469&trackCookie=

Thursday, June 25, 2009

semalam ....... hujan

selamat pagi semua .....
singgah jap
kerja ada tapi pagi ni kureng sikit so bolehlah kalu nak merapu sikit-sikit.
semalam kl hujannnnn ..... alhamdulillah ....
sejuk dan nyaman suasana
tapiii ..... ada tapilah pulak
bila dah hujan .......
akibatnya ......
jam tahap gaban ... jam giller sepanjang jalan balik qumah.
before 5.30 lagi hujan dah turun plus dengan angin kuat,
ini kalu pakai pajung pun gerenti. basah punya,
ini bukan sikit-sikit punya hujan.
nasib baik ada kawan yang tumpangkan eza pi parking
(dia parking dekat dengan office, eza parking nun jauh kat sana tu ....) terima kasihhhh .... !
balik singgah jap isi minyak, pagi tadi tak sempat beb sebab dah terlambat,
10 minit aje lambat tapi kalu pi isi minyak bertambah-tambah lagi le lambat jawabnya, lagipun ... kalu nak pi keje dan balik keja cukup minyak ni.
tapi kalu dah hujan dan jalan pulak jam ....
jangan buat giller ... kang tak pasal-pasal
lampu lip lap lip lap kiri kanan tu menyala ...
sapa yang susah !!!!!
on the way hujan ada kemalangan, 4 buah kete terlibat,
pokok tumbang tak de le pulak nampak.
tapi .....
bila sampai aje kawasan qumah eza sana sini dahan patah
ada jugak pokok yang hampir-hampir tumpang
sampai qumah pun dah gelap, baru pagi tadi masa nak pi keja baru eza terperasan tempat parking di kawasan qumah eza tu ada yang rosak teruk di hempap dahan pokok.
kete eza kat qumah parking kat open air aje....




Wednesday, June 24, 2009

lunch

hari ni, awal-awal lagi dah pikiq apa nak makan lunch nanti ......
dalam kepala dah planing nak makan nasi berlauk,
nak bubuh kuah asam pedas
(asam pedas melaka) tu banyak-banyak kasi banjir sama dia
kemudian taruk pulak kicap ..... peh ! mesti terangkat punya ....
tapi kan ... tapi kan ...... kenapa gambaq mee kari pulak yang keluaq ?????
mmmm ni yang nak citer ni .......
dari office punya le terbayang-bayang betapa sedapnya makan tengahari ni
tapi ....... bila sampai aje
aduh ! hancusss ...... lauk tak ada,
kata tuan punya kedai tu, gas dah habis
yang ada cuma dua jenis lauk aje tu pun lauk ayam ngan lauk ???? tak perasan pulak yang satu lagi tu lauk ape
so ....... dengan keciwanya eza pun beli mee kari ajelah ....
(beli kat corner lain)
dalam-dalam keciwa tu .....
habis jugak mee kari tu eza bedal
mmmmm ...... sedap jugak

Tuesday, June 16, 2009

Balik Kampung

okay ...... baru sempat nak upload gambar masa balik kampung
balik kampung ....... o o o ...
anak2 suka
eza pun suka jugak ....

perjalanan dari tapah ke kl


nampak tak (nampak daun aje) pokok cili api pun bawak balik jugakkk ....






dari kl ke tapah road

kuching pun kena bawak balik juga
sebab ada 4 ekor anak kucing ......... takan nak tinggal


kaki anak eza tak okay lagi still kena pakai tongkat


hai ...... peace .....


perasanlah nie ...


on the way

tiduqlah pulak....

mmmm ...

waktu maghrib, singgah jap kat petrol pump

okay ....... kita dah sampai
semua bioleh turunnnn.....