Showing posts with label Pokok Bunga. Show all posts
Showing posts with label Pokok Bunga. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

buNgA aDEnIuM

Pokok bunga nie eza beli di Nilai Landscape
alahhhh .....
singgah masa balik dari kenduri kahwin dulu tuuuu ...
sekarang pokok tu dah bERbUNgA
masa beli, adik nursery tu kata bunga warna merah putih
hehehe sukenyer ;)
tapi tak 100% kembang lagik
kalu cam nie ingat nak beli lagiklah
kita cari warna laen pulak
mmmmm ...
minggu depan kan ada family day @ PD
sooooo ....
masa balik bolehlah eza singgah di Nilai Landscape
harap-harap cik abang tak keberatan
(harga bunga nie lebih murah dari harga di Sungai Buluh)








Thursday, May 26, 2011

Bougainvillea @ Bunga Kertas

Tengah hari tadi search internet pasal bunga kertas.
Fullamak cantinyer ....... bila berbunga le!
Saje-saje search sebab nak tengok gambar bunga kertas nie, eza cuma kenal bunga kertas tapi nama saintifik untuk setiap jenis maaf memang tak tahu. Kalu bunga kertas tu warna pupple, eza panggil je bunga kertas warna pupple, ialah bunga ikut warnalah kan. hehehe ....
macam entri semalam, eza cadang nak tanam berbagai jenis pokok bunga kertas kat ghumah dan petang nanti balik keja insyallah jika berkesempatan eza akan singgah nursery jap untuk lihat bunga-bunga yang tersangatlah cantiknya. Tapi hairan kan, kat nursery tu bunga2 dia cantik2 saja tapiiiii ... bila dah beli pas tu ubah pulak dalam pasu, silap2 matiiii ..... itu eza lah, orang lain tak tau lah pulak kan!
Tengokkk ... betapa excite, siap print lagik nama2 bougainvillea sebab senang bila singgah nursery nanti boleh tanya tuan punya nursery mana satu pokok2 ni. Bila dah beli, bolehlah tick, so tak lah terbeli sampai dua jenis yang sama kan! kan! kan!






Monday, May 16, 2011

Tip Untuk Landskap

(info eza cut n paste)



(gambar sekadar hiasan .....)

Pokok sebaiknya menggunakan pasu jenis ringan supaya mudah dialihkan untuk aturan hiasan landskap yang lain. Pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ambillah peluang menggunakan pokok gantung yang berbunga lebat dan berwarna-warni jika balkoni mendapat cahaya matahari selama sekurang-kurangnya tiga jam sama ada pagi atau petang.

Gunakan spesies pokok yang rendah penyelenggaraannya seperti jenis buluh atau palma yang tidak memerlukan ruang yang luas, kurang memerlukan cahaya dan mudah hidup dalam pasu.

Tambahkan seri landskap dengan menggunakan lampu hiasan, batu pebbles bersaiz besar dan berwarna putih atau hitam serta cermin untuk pantulan cahaya lampu untuk ruang nampak lebih luas.

Tips Penanaman Bunga Gantung

eza cut n paste - utk berkongsi bersama


gambar sekadar hiasan
1. Tanaman pokok dalam pasu gantung menggunakan campuran medium tanah yang agak ringan iaitu campuran untuk pokok berpasu dicampur dengan serat sabut kelapa bertujuan memastikan tanaman sentiasa lembap. Campuran medium ini ringan dan sangat sesuai untuk tanaman yang perlu digantung.

2. Tali yang digunakan untuk menggantung pasu perlu diperbuat daripada bahan tahan lama dan tidak mudah reput seperti dawai besi. Lebih baik jika membeli pasu yang siap dengan talinya. Sentiasa pastikan keadaan tali untuk mengelakkan ia putus.

3. Sentiasa ubah posisi gantungan supaya pertumbuhan pokok menjadi seimbang. Jika tidak pokok akan tumbuh sehala atau kurang seimbang iaitu membesar di satu bahagian sementara bahagian lain kurang pertumbuhan.

4. Bagi pokok yang berbunga seperti petunia, jika bunganya layu perlu dibuang kerana ia akan merosakkan bunga segar yang lain.

5. Air yang berlebihan akan menyebabkan batang mudanya reput dalam tempoh yang singkat. Dalam tempoh untuk membiakkan pokok ini, penggunaan air semburan halus terus ke daun digalakkan tetapi perlu berhati-hati kerana bunganya lembut.

6. Siraman berjadual dan proses pembajaan berkala menggunakan baja sebatian cair sama ada dari jenis semburan ke daun atau terus ke tanah.

7. Mengubah pasu boleh dilakukan pada musim bunga apabila akarnya memenuhi ruang pasu. Pasu yang disyorkan ialah jenis plastik kerana ringan.

8. Beberapa masalah seperti daunnya mudah layu dan berubah kekuningan selepas mendapat bekalan air berlebihan akan menyebabkan kematian. Cara mengatasinya dengan mencabut pokok itu daripada pasu asal dan ditanam semula.

9. Pokok hiasan jenis ini memerlukan sumber cahaya terang dan udara kering untuk membantu pertumbuhan daun tetapi dedahan terus kepada matahari boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut. Suhu yang stabil diperlukan dan penanaman pokok di tempat tertutup mesti dielakkan.




Tuesday, May 10, 2011

Pokok Oh Pokok

Wokay .... entri kali nie eza, nak sambung citer kisah pokok bunga eza yg dah lama eza biarkan hidup sendiri ..... cian kan
sabtu dan ahad, dua minggu berturut ini aje yg dapat eza lakukan sebab banyak lagi aktiviti hujung minggu yg yg harus dipenuhi.



Bata dan batu kecil nie eza & dgn bantuan anak2 eza juga ambil di bekas tapak projek taman permainan berhampiran rumah eza yg ditinggalkan selepas projek selesai. Daripada dibiarkan begitu saja eza ambil dan susun di halama rumah eza, tapi tak banyak mana punnn.. hanya laluan ke paip air jer .....

Pokok kiambang nie, utk pengetahuan eza minta pd kakak kat nursery tempat eza beli pasu dan tanah tempohari


Pokok (eza panggil pokok rumput je, ntah aper namanya ntahlah) yang diletakkan mengeliling pasu berhampiran paip.

Pokok paku pakis nie, eza ambil dari pokok kelapa di rumah lama. Masa tu kecil jer tapi alhamdulillah mau jugak ia hidup.

Pokok nie asalnya eza biarkan tumbuh ditanah dirumah lama.

Pokok sepit udang

Pokok bunga kertas nie, dah lama dah eza tanam tapi baru sekarang nak berbunga, harap2 akan lebih banyak bunga yg keluar.

Banyak2 pokok bunga kertas yg eza ada, hanya dua aje yg betul2 berbunga banyak, warna putih dan warna ice cream (pink + putih) seperti gambar dibawah. Tapiii ...yang lain pun mula menunjukkan akan berbunga jugak ....


okay ... pokok didalam gambar2 dibawah eza letakkan di ruang dibelakang dapur.

Pokok orkid yang mula mengeluarkan bunga.

Pokok bunga seri pagi warna pink

seri pagi warna putih + pupple, dipilih oleh anak perempuan eza.

Pokok2 yg digantung dibelakang dapur. Sebenarnya pokok2 nie, baru jer eza beli, harap2 blhlah bertahan dua, tiga bulan. Insyallah


Pokok misai kucing.

okayyyy ..... ada kesempatan eza upload lagi ;)



Tuesday, April 26, 2011

Comeback .........

WELCOME eza ....
kenalah welcome utk diri sendiri, ialahhhh sekali mai jenguk... makkk oooiii !!!! sawang lelabah sana sini, isshhh .... isshhh ...malu2 .... lama sgt tak mengupdate. Org ada blog, kita pun nak ada blog. Busy sgt ke ??? atau sibuk memanjang ??? atau buat2 sibuk ???
cam kata nabil raja lawak, lu fikirlah sendiri .....
kekadang tu cam byk sgt yg nak dimerapukan kat blog nie, macam2 adaaa... macam iklan astro tu, baik isu semasa, cerita rumahtangga ataupun gosip tempat kerja. tapiiiii ... bila M besaq sudah mariiii .... hancus habis hilang semua.

mmmmm .... mana satu yg nak dimulakan dulu ???? banyak nak cerita nie, idea sudah mashyukkk ...

okay.... eza nak cerita tentang pokok2 kat ghumah tu yg dah lama tak dibelai dan dimanja, sejak opis eza berpindah hampir setahun setengah ke tempat yg org kate lbh exclusive.

cer klik,
http://ezataiping.blogspot.com/2009/05/hilangkan-tension.html

Ape kaitan pokok dgn opis berpindah????? cer citer cer citer ....
Citer dia cam nie ..
Sejak berpindah ke tempat baru, jarak dari ghumah ke opis tu makin jauh, jadik time sampai ghumah pun lambatlah + dgn jalan jam lagik bertambah2 lamabatlah jadiknye .... Dulu time balik sempat jugak singgah kat nursery, tengok2 ... kot2 ada pokok2 yg terbekenan atau sampai ghumah boleh jugak siram2 @ cabut2 rumput dlm pasu tu @ pujuk pokok2 yg tak berbunga tu supaya berbunga tapi sekaranggg .... tengok pokok ajelah sebelum masuk ghumah, tak sempat nak buat ape2 pon sebab bila sampai ghumah dah dekat maghrib, apa lagik bertapa dlm ghumahlah jawabnya.

Sabtu Ahad ?????

Haaa ... ni lagik satu cerita,
biasalah hari sabtu - hari yg sibuk dgn kerja2 ghumah. Bukan anak2 yg bersekolah je yg ada kerja rumah, bagi ibu2 yg bekerja tanpa ada pembantu rumah, hari nielah nak buat segala macam kerja + bantuan anak2, itupun jika anak2 tak ada aktiviti sekolah. Anak2 nie kalau tak disuruhhhh .... lagilah mereka suka sebab boleh lepak depan tv @ mengadap computer layan fb.
Hari ahad pulak ...hari utk lepak2 @ hari utk cover kepenatan sepanjang pergi dan balik kerja dlm kesesakan lalulintas di kl.

Itulah citernyer pasal pokok2 kat ghumah eza tu, tapi seminggu dua nie minat tu dah datang balik, jadi hari ahad akan digunakan utk mendekatkan diri dgn pokok2 yg tak seberapa banyak tu.

Melihat pd pokok2 di depan ghumah tu, banyak kerja yg perlu dilakukan jadikkk ....
tunggu entri eza yg akan datang ....