Wednesday, February 29, 2012

My Handbeg

Lunch time
mmmmmm ..... still lagi rasa kenyang
walaupun breakfast tadi
eza makan kuih jam 9.00 am
bihun goreng jam 10.00am (share dgn member)
bun + air kopiko 3 in 1 jam 12.00 pm
macam ni punya breakfast masih lagi guna walaupun !!!
betul ke perkataan yang eza guna ????
sebenarnya eza pun musykil juga
bukankah perkataan walaupun itu
kita gunakan untuk mengambarkan yang kita makan sedikit
tetapi masih terasa kenyang sehingga ke saat ini ????
wokay kita lupakan tentang gaya bahasa,
perut pun masih lagi rasa full
so ....
stay tune at my place aje lah
dah puas membelek harian metro online
dah puas klik sana klik sini
apakata
kita rehat-rehatkan minda
JOMMM ...
kita selongkar dan lihat apa ada dalam
handbeg eza



pandangan dari luar
mmmm .... cantik, (puji sendiri nampak hehehe)
tak nampak cacat cela punnnn ...
jommmm kita intai di dalam beg pulak
apa yang anda nampak ???


uols nampak ape ?
yang nampak ....
macam hangbeg orang lain jugak kan
ada purse, hand phone, tablet dan lain-lain lagi
(yang terselit tu uols tak nampak lagi

* next entri kita selongkar dengan lebih dalam lagi ....


29-2-2012



Hari ini eza paksakan diri untuk update blog.
WOW! ayat yang nampak drastik lagi gitu-gitu.
Tak ada apa-apa acara atau peristiwa yg istimewa pun yg berkaitan dengan tarikh hari ini cuma .....
Cuma nak kejarkan tanggal 29hb Febuari itu aje. lalalala .....
Ialah jika dipanjangkan umur 4 tahun lagi baru lah boleh bersua dengan 29 Febuari tak gitu cik jah ooiiiii ....
Lagi pun bos tak ada, dia outstation hingga hari Khamis.
Kerja pun dah beres . . .
Pagi tadi, masa dok iron baju sambil nonton TV3 apabila Ally n Fitri bersama tiga tetamu jemputan yang berkongsi tarikh lahir hari ini, bertanya tentang bila ketiga-tiga mereka sambut hari lahir pada tahun yg tak ada tarikh 29hb Februari, ada yg sambut 28hb Feb n 1hb Mac
Secara tiba-tiba .....
tetiba jer teringat cikgu fizik eza semasa di tingkatan 4 dan 5 ketika belajar di Treacher Methodist Taiping dulu.
Hari ini juga hari lahir beliau, sebab masa disekolah dulu selalu jugak gosip2 pasal cikgu nie,
Tak gosip apa-apa pun cuma selalu dok kata kesian cikgu 4 tahun sekali baru boleh sambut hari jadi.
Mana cikgu rahim sekarang ?
Masih sihat kah beliau?
Terima kasih cikgu dan halalkan segala ilmu yang telah cikgu ajarkan.


Wednesday, February 22, 2012

Resepi Buttermilk



Selain dari dapatkan buttermilk terus dari pasaran, kita juga boleh membuatnya sendiri.
Resepi dibawah eza cut n paste dari sumber2 yg eza perolehi untuk rujukan eza dimasa hadapan.
Nanti taklah terhegeh2 mencari bila tiba masanya nanti.
Terima kasih kepada yg menyumbangkan resepi

Sumber : MyResepi
* 1 cawan yogurt/1 cawan susu + 1 sudu makan cuka/jus lemon
* 1 cawan susu + 3/4 sudu teh cream of tartar
* 1/4 cawan susu + 3/4 cawan yogurt


Sumber : intanberlian87.blogspot
* ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.

Sumber : resepisedap-nennie.blogspot
1 cup of milk
1 tablespoon of white vinegar or lemon juice


Let's start making!
1. Place the white vinegar or lemon juice into the measuring cup.
2. Pour the milk into the measuring cup (together with the white vinegar/lemon juice).
3. Wait for 5 minutes.
4. Your buttermilk substitute is done!


Tuesday, February 21, 2012

Apam Mekar

Seperti dijanjikan entri kali ini ..... seperti tajuk di atas. hehehe ...
Apam Mekar ni eza buat pada hari ahad untuk kekawan di office.
Apam yg eza shoot gambar ni pula, sebenarnya eza simpan utk emak eza yg katanya nak datang kerumah pd sebelah petang setelah selesai urusan adik no 2 eza tapi atas sebab-sebab yg tak dapat dielakan mak eza tak dapat berbuat demikian. Aduh kuciwanyer
Makaaa ..... rezeki anak2 ezalah
Tulah niat tak betul lagi .... niat memanglah utk menjamu mak yg dtg bertandang,
tapiiiii .... sambil tu nak jugak tunjuk dekat mak eza yg percubaan eza membuat apam menjadi.
Sape tak suka dipuji apa tah lagi jika air tangan kita ni menjadi kesukaan, macam kek butter yg eza buat tu .... abah eza memang suka sebab dia kata "mcam tok buat"



APAM MEKAR
Sumber : MyResepi
terima kasih dan kredit kepada penyumbang resepi

Bahan2
250g Gula Halus
2 Biji telur
1 Sudu besar ovallate
1 Sudu teh esen vanilla
250g Tepung Gandum
200ml air aiskrim soda
Pewarna
Paper cup
Mangkuk lompang - eza gunakan acuan kuih 16 lubang sebab mangkuk lompang tak ada

Cara2
* Pukul Gula halus & telur sehingga kembang dgn kelajuan sederhana
* Masukkan ovallate dan pukul lagi
* Masukkan esen vanilla dan pukul hingga sebati
* Masukkan tepung & air aiskrim soda berselang seli sehingga habis
* Bahagikan kepada 3 bahgian - 1 warna original 2 warna lagi tu ikut suka warna yg berkenan di hati
* Masukkan paper cup ke dalam bekas lompang
* Sudukan adunan ke dalam paper cup - letakkan dulu warna original kemudian baru adunan yg berwarna
* Sambil tu boleh sediakan kukusan, biarkan air kukusan mendidih sebelum letakkan adunan tersebut - guna api yang kuat
* Kukus sehingga 10-15 minit @ sehingga masak






Monday, February 20, 2012

Kukus Elektrik

Sabtu lepas, hb ajak keluar utk beli sedikit keperluan dapur, beli ape2 yg kureng jer tau, bukan pi shopping barang dapur.
Jadikkkkkk ..... eza ambil kesempatan ajak hb ke HOI di Selayang untuk beli bekas muffin n kek, kononnya nak cuba buat cup kek huhuhu
Kata je, nak beli bekas muffin n kek tapi bila dah sampai kat situ macam2 yg dirembat masuk bakul.



Maaf ye .... gambar yg diletakkan tiada kaitan langsung dgn keperluan dapur dan jugak bekas kek n muffin, tadi tu cuma intro cerita macamana kukus elektrik ini boleh dibeli.
Sebenarnya kukus cam nie dah lama eza aim, selalu saja eza usyar bila pi shopping n cakap kat hb "esok2 eza nak beli kukus nie, senangggg ....boleh kukus macam2" . Macamlah periuk kukus cap crocodile yg mak bagi 18 tahun yg lalu tu tak boleh kukus macam2, selama ni pun periuk kukus tulah yg eza gunakan.
Macam selalu, sama jugak seperti hari sabtu yg lepas masuk jer Carefour eza terus ajak hb ke bahagian barangan electrik, eza kata nak tengok kukus elektrik, akhirnya kukus ini menjadi hak milik. Sukenyer . . . .
Esok2 nak aim apa pulak ????
Malam tu jugak ...... terus cuba buat apam mekar yg resepinya eza ambil dari internet, tapi maaf eza tak ingat dari mana eza ambil, terima kasih kepada tuan punya resepi.
Jadi ..... entri akan datang - apam mekar