Monday, June 24, 2013

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong



Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari
dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

contoh pengiraan:
Berat badan anda ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3,500 ml

Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 3,500 ml atau 3.5 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Anda minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi anda perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil

500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.





Friday, June 21, 2013

Memagar Diri Dan Rumah



Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.( jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan.
Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal!
Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua.

Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah

Caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. - Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam.

- Bahu sebelah kiri berada didinding rumah.
- Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali tandas.
- Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
- Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak. 





Petua Awet Muda Cara Islam - 2


Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
Urutkan wajah dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita 





Petua Awet Muda Cara Islam - 1


Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

* Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

* Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

* Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

* Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

* Amalkan solat tahajud.

* Sentiasa tenang dan bersikap positif.

* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

* Maafkan semua orang sebelum tidur.


Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita





Friday, June 14, 2013

Tips Tanan dan Jaga Bunga Kertas



Entri kali nie eza nak share tentang tajuk di atas. Walaupun sebelum nie eza pernah tulis entri pasal 'pokok oh pokok' klik sini, kebanyakan pokok dalam entri tersebut dah lama berkubur yang masih bertahan cuma pokok bunga kertas yang ala-ala malu sudi mewarnai laman rumah eza. Bila tengok laman tetangga berwarna-warni eza pun teringinlah jugak kan so .... kita beli dan tanam. Ada rezeki insyallah pokok tersebut akan hidup dengan suburnya kalau tak ..... hati akan berkata 'habis duit aku beli pokok nie' walhal yang membeli tu saper lagik laku bukan orang yang dok menaip nie yang sebenarnya kureng arif bab-bab penjagaan dan penanaman pokok. Kepada pembaca yang tak berapa arif bab-bab nak tanam bunga kertas cam eza nie boleh lah klik sini untuk info. Bunga kertas nie kalau berbunga memang cantik. Nanti eza cuba letak gambar pokok bunga kertas di laman rumah eza. Walaupun pokok bunga kertas orang lain lebih cantik dari yang ada dilaman ghumah eza tapiii .... eza berbangga sebab itu semua eza yang tanam dan jaga. Gambar di atas hanya sekadar hiasan (terima kasih pada tuan punya gambar).