Wednesday, July 18, 2012

Tanda-tanda Kematian Buat Orang Islam



Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Thanks for Info
Sumber


Friday, June 29, 2012

Panduan Untuk Kesihatan Payudara


Perkara yang mesti diketahui mengenai kanser payudara
"Kanser payudar adalah kanser yang paling banyak berlaku dan membawa maut di kalangan wanita di sserata dunia. Pada tahun 2000, kanser payudara telah mengkibatkan anggaran kematian sebanyak 189,000 nyawa di negara-negara maju dan 184,000 di negara-negara sedang membangun. Ini masing-masing menyumbang 16 dan 12 peratus dari jumlah kematian wanita." (Sumber: Majalah 'The Outlook' , Vol. 19 No. 4 Mei 2002)
- 1 wanita setiap 3 minit disahkan menghidap kanser payudara di Amerika Syarikat.
- 1 wanita setiap 11 minit mata akibat kanser payudara di Amerika Syarikat.

Sejarah dan Tabiat Anda
- "Lebih dari 70% kes-kes berlaku di kalangan wanita yang tidak dikenal pasti faktor risikonya. (Sumber: The National Alliance of Breast Cancer Organization (NABCO) Website, New York)

Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara. Berikut adalah beberapa faktor yang menigggikan risiko anda
- Pernah menghidap kanser payudar
- Penuaan
- Sekiranya ahli keluargasebelah ibu atau ayah pernah menghidap kanser payudara - terutama sekiranya ahli keluarga terdekat itu disahkan menghidapinya pada usia muda.
- Wanita yang awal mengalami haid dan lampay putus haid atau melahirkan anak selepas usia 30 tahun atau tidak pernah melahirkan. Bersenam, diet rendah lemak dan mengawal berat badan boleh MENGURANGKAN risiko anda terhadap kanser payudara.


Kesihatan Payu Dara anda
Kesan kanser awal menyelamatkan nyawa. Terdapat kadar survival 80% hingga 90% bila kanser payudara disahkan di peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian2 lain badan.
Luangkan sedikit masa. Ikutlah panduan kesan anser awal seperti berikut. Sekiranya anda ahli keluarga pernah menghidapi kanser payudara, sila rujuk dengan doktor anda dan mulakan langkah2 awal dari nota berikut.

Pemeriksaan Sendiri Payudara
Mula pada usia 20 tahun, lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan pada masa sama, 3 hari selepas tamat haid. Ikuti langkah2 berikut:
                                           
cara pemeriksaan sendiri payu dara

Pemeriksaan payu dara secara klinikal
- Mulai usia 30 tahun, amalkan PSP sebulan sekali dan dapatkan pemeriksaan payudara secara klinikal dari seorang pakar kesihatan sekurang-kurangnya setiap 3 tahun
- Pemeriksaan tersebut terlebih fahulu akan memeriksa anda berdasarkan perubahan saiz dan bentuk
- Dengan tapak jari-jemari, si pemeriksa tersebut akan memerhatikan sekitanya terdapat bonjolan dalam payudara dan dibawah lengan. Beliau juga akan menelitikan bentuk dan tekstur payudara anda.

Mammogram
- Pada usia 40 tahun, selain dari amalan PAP sebulan sekalidan pemeriksaan payudara secara klinikal setiap tahun, dapatkan pemeriksaan mammogram setahun sekali di pusat rawatan berlesen.
- Ujian mammogram mengambil masa selama 20 minit. Setiap hempitan mengambil masa beberapa saat saja.
- Anda mungkin rasa kurang selesa tapi tidak menyakitkan. Untuk mengurangkan rasa kurang selesa, jangan lalui ujian mammogram serta merta sebelum atau semasa haid.

Simptom, di luar kebiasaan dan perubahan
Sekiranya anda ada pertanyaan atau terdapat apa-apa perubahan, pergi jumpa doktor. Simptom tidak semestinya sakit tapi ambil berat. Simptom termasuklah dan tidak terhad kepada perkar-perkar di bawah:
- Perubahan Visual termasuk
   * Saiz payudara, termasuk bengkak
   * Puting terbenam, kelihatan seakan-akan terbenam
   * Payudara berlekuk atau mengelupas
- Ada sesuatu keluar dari puting
- Ada bonjolan di payudara/kawasan bawah lengan


Sumber : Panduan Maklumat Avon


Wednesday, June 27, 2012

Mee Hailam For Dinner


mee hailam

Cayalah speking london ....
Itu jer ayat yang confirm tak salah hahaha ....
Sebenarnya ....
Semalam dari office lagi dok berpikior nak makan ape untuk 'dinner' nanti selain dari makan nasi?
Setiap hari selasa ada pasar malam dekat dgn ghumah eza selalunya eza beli jer tapi kalau tiap2 minggu asyik beli, fikiran pun boleh jadi buntu  fikir nak beli apa !!!
Nasi ayam, Mee / Kuew Teaw Goreng, Mee / Bihun Sup, Nasi Kerabu, Laksam dan macam2 lagik. Macam2 ada seperti iklam asto tu.
aahhhhh ........ tiap2 minggu menu yang sama jer.
Jadi .....
Dari office lagi eza dah ambil kepustusan ..... masak mee hailam untuk 'dinner' hari ini.
Apa2 pun kena singgah pasar malam jugak sebab bahan2 mentah tak ada di ghumah, yang ada dalam ice box tu cuma tomato, karot dan daging aje.
Daging eza dah tel anak no. 2 suruh keluarkan, tapi ...... masa suruh tu mengaku "ok" tapi bila eza balik tengok masih dok dalam ice box lagi mengeras cam batu.
Naik hangin betul, nasib baik hb baru beli sotong so eza guna sotong sajalah + fish cake yang eza beli kat pasar malam. Bertuah punya anak!
Akhirnya untuk malam tersebut eza & family makan Mee Hailam aje .... seperti dalam gambar.
Resepi bolek pi kat daridapureza, link kat bawah tu (nanti eza update kan K).
http://daridapureza.blogspot.com/
Sebenarnya kan eza tak tau cam na nak buat bila kita klik je kat perkatan 'KLIK' atau 'DISINI' tu dia boleh terus link pada blog yang kita maksudkan, tak payah nak paste2 alamat blog cam eza buat sekarang nie.
Sape yang boleh membantu agaknya ?
Help me please :-(

dah pandai dahhhhhhh ...... hasik klik mengelik daru terperasan Link - update 18/7/2012
Resepi Mee Hailam




tu la ..... orang ada blog kita pun nak buat blog jugak.
Salah ker???
Entri akan datang eza cerita macamana eza buat blog eza
Luv uols.......



Monday, June 25, 2012

Hujung Minngu ....

aktivi cam biasalah ....
pagi2 dah melawat kawasan .... fuyooo ...mengalahkan wakil rakyat.
ialah sebab hujung minggu jer yang ada masa dan kesempatan nak membelai pokok2 bunga eza yang dah hampir2 layu. Cuaca dah lah panas, tuannya pulak sampai ghumah hampir2 nak maghrib, mana sempat nak siram pokok2 tu. Nak bercakap2 dan berbisik2 supaya pokok tu berbunga lebat pun tak sempat. Agaknya itu sebablah pokok2 di ghumah eza kureng berbunga.
Entiri kali nie bukan nak cerita pasal pokok tapi saja nak pos gambar bihun sup sempoi n simple yang eza masak semalam untuk makan tengahari......
hahaha ..... kalau buat karangan dah tentu fail. Pembukaan cerita pasal pokok tapi isi kandungannya dah tersasau bab makan pulak?
Bukan salah cikgu Bahasa Malaysia eza yang mengajar K!
Saja nak buat gempak.
Lain kali eza cerita pasal pokok yang baru eza tanam.
Nak tahu pokok apa ??? ..... ada aku kisah.
Tak kisahlah ....
layannnn ....


bihun sup sempoi dari eza

Friday, June 22, 2012

Ingat Tak Lagi ... biskut gula




Biskut Gula ..... apa yang anda kenangkan?
Bila tengok gambar nie, ghasa-ghasa ingat tak lagi biskut nie?
Seingat eza masa kecik-kecil dulu, kalau makan biskut nie mesti makan hat yang gula warna-warni dulu, last-last sekali baru makan biskut. Siap pilih warna kegemaran lagi bila nak makan,. Warna yang tak suka, warna tu yang dimakan dulu.
Tak tau sebab apa, mungkin takut oang mintak kot, hahaha buruknya perangai. Tapiii ... kalau ditanya, eza ghasa semuanya buat macamana yang eza buat, makan gula dia dulu. Betul tak!!!
Biskut nie dah lama eza tak nampak, supermarket ada jual tak??? Atau eza yang tak perasan.Tapi pasar pagi ahad kat kamunting eza ghasa eza pernah terperasan biskut nie, tapi tak beli pun dan tak teringat pulak nak beli untuk anak-anak eza.
Biskut gula dalam entri nie, adik eza yang beri untuk bawa balik, itu pun lebihan kenduri cukur jambul anak dia Qaseh. Biskut nie untuk kanak-kanak bersama jajan yang lain. Dan sesuatu yang menarik eza perhatikan cara makan biskut nie tetap sama, makan gula dulu. Eza tengok dari anak buah eza yang berusia 4 tahun hingga anak eza sendiri yang berusia 14 tahun, apa yang mereka buat sama macam cara eza makan biskut nie masa eza kecil-kecik dulu.
Walaupun masa dah berlalu tapi caranya tetap sama. Mungkin kerana gulanya yang berwarna warni membuat kita tertarik untuk memakannya dulu.


sekitar majlis cukur jambul Qaseh