Friday, March 16, 2012

Thursday, March 1, 2012

My Handbeg - Part 2

kita continue cerita semalam ......

apa ada dalam handbeg eza ?
jeng ... jeng ... jeng ...
inilah menkadak yang tersembunyi
JOMMM ... kita tengok


okay ...
kita senaraikan satu-satu
1. Purse ... amboiii merah sangatlah cik eza ooiiiii
2. Tisu .... tak kisahlah walaupun gambar karton wokay
3. Purse syiling ... yang corak kotak-kotak tu
4. Purse warna hitam ... nak tahu apa di dalam TUNGGUUUU ....
5. Handset ... hanya boleh incoming, outgoing, send & received message aje.
Blackberry tak tahu button mana yang tertekan sebab bil internet lebih tinggi dari outgoing call.
so ... eza simpan dulu.
6. Tablet - besar sikit nak search internet, tak lah terjuih bijik bata nak membelik.
7. Pencil case ... yang ini asalnya anak eza punya,
tapi katanya tak muat nak isi barang stationary - entah apa yang banyak sangat, (hari tu eza check anak eza punya pencil case, mak ooiiii pen aje ada macam2 pen, glue, gunting semua dia sumbat).
8. Pass parking
9. Kunci kereta - purse kecil berwarna hijau yang gambar gajah tu (keychain ni kawan eza Hayatul yang beri) keychain untuk kunci K.
dan ...
satu lagi ....
10. Cermin mata ... ini tak ada dalam beg (gambar) sebab sampai jer office ini yang eza keluarkan dulu.




* next entri kita selongkar lagi


Wednesday, February 29, 2012

My Handbeg

Lunch time
mmmmmm ..... still lagi rasa kenyang
walaupun breakfast tadi
eza makan kuih jam 9.00 am
bihun goreng jam 10.00am (share dgn member)
bun + air kopiko 3 in 1 jam 12.00 pm
macam ni punya breakfast masih lagi guna walaupun !!!
betul ke perkataan yang eza guna ????
sebenarnya eza pun musykil juga
bukankah perkataan walaupun itu
kita gunakan untuk mengambarkan yang kita makan sedikit
tetapi masih terasa kenyang sehingga ke saat ini ????
wokay kita lupakan tentang gaya bahasa,
perut pun masih lagi rasa full
so ....
stay tune at my place aje lah
dah puas membelek harian metro online
dah puas klik sana klik sini
apakata
kita rehat-rehatkan minda
JOMMM ...
kita selongkar dan lihat apa ada dalam
handbeg eza



pandangan dari luar
mmmm .... cantik, (puji sendiri nampak hehehe)
tak nampak cacat cela punnnn ...
jommmm kita intai di dalam beg pulak
apa yang anda nampak ???


uols nampak ape ?
yang nampak ....
macam hangbeg orang lain jugak kan
ada purse, hand phone, tablet dan lain-lain lagi
(yang terselit tu uols tak nampak lagi

* next entri kita selongkar dengan lebih dalam lagi ....


29-2-2012



Hari ini eza paksakan diri untuk update blog.
WOW! ayat yang nampak drastik lagi gitu-gitu.
Tak ada apa-apa acara atau peristiwa yg istimewa pun yg berkaitan dengan tarikh hari ini cuma .....
Cuma nak kejarkan tanggal 29hb Febuari itu aje. lalalala .....
Ialah jika dipanjangkan umur 4 tahun lagi baru lah boleh bersua dengan 29 Febuari tak gitu cik jah ooiiiii ....
Lagi pun bos tak ada, dia outstation hingga hari Khamis.
Kerja pun dah beres . . .
Pagi tadi, masa dok iron baju sambil nonton TV3 apabila Ally n Fitri bersama tiga tetamu jemputan yang berkongsi tarikh lahir hari ini, bertanya tentang bila ketiga-tiga mereka sambut hari lahir pada tahun yg tak ada tarikh 29hb Februari, ada yg sambut 28hb Feb n 1hb Mac
Secara tiba-tiba .....
tetiba jer teringat cikgu fizik eza semasa di tingkatan 4 dan 5 ketika belajar di Treacher Methodist Taiping dulu.
Hari ini juga hari lahir beliau, sebab masa disekolah dulu selalu jugak gosip2 pasal cikgu nie,
Tak gosip apa-apa pun cuma selalu dok kata kesian cikgu 4 tahun sekali baru boleh sambut hari jadi.
Mana cikgu rahim sekarang ?
Masih sihat kah beliau?
Terima kasih cikgu dan halalkan segala ilmu yang telah cikgu ajarkan.


Wednesday, February 22, 2012

Resepi Buttermilk



Selain dari dapatkan buttermilk terus dari pasaran, kita juga boleh membuatnya sendiri.
Resepi dibawah eza cut n paste dari sumber2 yg eza perolehi untuk rujukan eza dimasa hadapan.
Nanti taklah terhegeh2 mencari bila tiba masanya nanti.
Terima kasih kepada yg menyumbangkan resepi

Sumber : MyResepi
* 1 cawan yogurt/1 cawan susu + 1 sudu makan cuka/jus lemon
* 1 cawan susu + 3/4 sudu teh cream of tartar
* 1/4 cawan susu + 3/4 cawan yogurt


Sumber : intanberlian87.blogspot
* ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.

Sumber : resepisedap-nennie.blogspot
1 cup of milk
1 tablespoon of white vinegar or lemon juice


Let's start making!
1. Place the white vinegar or lemon juice into the measuring cup.
2. Pour the milk into the measuring cup (together with the white vinegar/lemon juice).
3. Wait for 5 minutes.
4. Your buttermilk substitute is done!