Wednesday, November 14, 2012

Cuti Time


Salam sayang buat semua blogger.
Hari ini masih dalam mood cuti, sambung cuti Deepavali dan cuti Maal Hijrah.
Selamat menyambut 'Maal Hijrah'.
Lega rasanya bila dapat 'memalas' dan 'memanjakan' diri.
Tak adalah sampai nak ke spa untuk memanjakan diri. Manjakan diri cara 'eza-eza saja'.
Bukan senang nak nak dapat cam nie tau!
Kebetulan cuti sekolah pulak tu so .... jadi 'mandor' lah untuk tiga hari cuti nie. Biasalah jawatan mandor kan arah dan lihat saja jadikkkk . . . apalagi dengan kuasa yang ada eza suruhlah anak-anak eza yang buat semua kerja rumah.
Ialah kan, dari dok melangut depan tv layan rancangan yang entah berapa kali asyik dok ulantangan tu baik tolong eza buat 'house keeping'.
Bagilah pulak 'chan' kat umi nie layan program tv 'pèberet' dia.
Best ape baring2 atas sofa sambil nonton tv dengan remote yang sentiasa dalam gengaman. Kalau remote tu boleh menjerit rasanya dah lama dia jerit, mana tahan kalu asyik dok tukar channel jer.
Nak layan pokok bunga, petang jer hujan,
Memandangkan sekarang nie musim hujan pada waktu petang maka banyaklah aktiviti yang tergendala.
Pokok kelapa yang dibawa balik dari kampung tu dah dekat sebulan dok kat penjuru tu, entah bila anak eza nak tanam pun entahlah.
Mau pokok kelapa tu tumbuh kat penjuru rumah pulak.
Baik hujan mahu pun panas, ia adalah rahmat Allah untuk kita.


Saturday, November 10, 2012

10-11-12

Tarikh hari ini apa yang menarik?
mmmm . . .
kalau eza lah kan, turutan angka untuk hari ini cam best aje.
Ialah 10,11,12 nampak cantik kan!. Ngam jer
Mesti ramai pasangan yang mengadakan majlis akad nikah atau
majlis walimatul urus pada hari ini,
ialah masing2 nak kejar tarikh nie,
alah kira cam kategori tarikh keramat lah.
Bukan apa selain susunan angkanya yang menarik,
ia juga senang untuk diingat.
Ada ke pasanan yang 'terlupa' tarikh2 penting dalam hidup mereka?
Rasanya tak ada kot!
Seorang ibu dan ayah tak akan lupa bila tarikh anak2 tersayang dilahirkan walaupun dikurniakan dengan bilangn anak yang ramai.
Walaupun pada zahirnya tidak diucapkan,
yang pasti setiap ibubapa akan berdetik didalam hati
"esok ulangtahun si... yang ke..."
dan yang pastinya doa sentiasa dititipkan untuk si anak.
Setiap hari adalah hari yang istimewa untuk eza dah keluarga.
Semoga hari esok,
kita akan menjadi seorang insan dan hambaNya yang lebih baik daripada hari ini.


Thursday, November 8, 2012

cuba try test - part 2

Cuba aplikasi nie pulak Bloger- droid. Harap2 lebih mudah nak update blog, tak lah blog eza nie bersawang, berhabuk dan segala 'ber' lagik.
Jadik . .
kita minum duluuuu
. . . to be continue
Published with Blogger-droid v2.0.9

Cuba Try Test

Cuba2 update blog guna tablet dari aplikasi Play Store - Blogger

‎7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya



1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

*Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

Mari Kita Amalkannya... :)

sumber : cut n paste dari fb ~ Ustaz Don Daniyal