Monday, May 16, 2011

Tip Untuk Landskap

(info eza cut n paste)



(gambar sekadar hiasan .....)

Pokok sebaiknya menggunakan pasu jenis ringan supaya mudah dialihkan untuk aturan hiasan landskap yang lain. Pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ambillah peluang menggunakan pokok gantung yang berbunga lebat dan berwarna-warni jika balkoni mendapat cahaya matahari selama sekurang-kurangnya tiga jam sama ada pagi atau petang.

Gunakan spesies pokok yang rendah penyelenggaraannya seperti jenis buluh atau palma yang tidak memerlukan ruang yang luas, kurang memerlukan cahaya dan mudah hidup dalam pasu.

Tambahkan seri landskap dengan menggunakan lampu hiasan, batu pebbles bersaiz besar dan berwarna putih atau hitam serta cermin untuk pantulan cahaya lampu untuk ruang nampak lebih luas.

Tips Penanaman Bunga Gantung

eza cut n paste - utk berkongsi bersama


gambar sekadar hiasan
1. Tanaman pokok dalam pasu gantung menggunakan campuran medium tanah yang agak ringan iaitu campuran untuk pokok berpasu dicampur dengan serat sabut kelapa bertujuan memastikan tanaman sentiasa lembap. Campuran medium ini ringan dan sangat sesuai untuk tanaman yang perlu digantung.

2. Tali yang digunakan untuk menggantung pasu perlu diperbuat daripada bahan tahan lama dan tidak mudah reput seperti dawai besi. Lebih baik jika membeli pasu yang siap dengan talinya. Sentiasa pastikan keadaan tali untuk mengelakkan ia putus.

3. Sentiasa ubah posisi gantungan supaya pertumbuhan pokok menjadi seimbang. Jika tidak pokok akan tumbuh sehala atau kurang seimbang iaitu membesar di satu bahagian sementara bahagian lain kurang pertumbuhan.

4. Bagi pokok yang berbunga seperti petunia, jika bunganya layu perlu dibuang kerana ia akan merosakkan bunga segar yang lain.

5. Air yang berlebihan akan menyebabkan batang mudanya reput dalam tempoh yang singkat. Dalam tempoh untuk membiakkan pokok ini, penggunaan air semburan halus terus ke daun digalakkan tetapi perlu berhati-hati kerana bunganya lembut.

6. Siraman berjadual dan proses pembajaan berkala menggunakan baja sebatian cair sama ada dari jenis semburan ke daun atau terus ke tanah.

7. Mengubah pasu boleh dilakukan pada musim bunga apabila akarnya memenuhi ruang pasu. Pasu yang disyorkan ialah jenis plastik kerana ringan.

8. Beberapa masalah seperti daunnya mudah layu dan berubah kekuningan selepas mendapat bekalan air berlebihan akan menyebabkan kematian. Cara mengatasinya dengan mencabut pokok itu daripada pasu asal dan ditanam semula.

9. Pokok hiasan jenis ini memerlukan sumber cahaya terang dan udara kering untuk membantu pertumbuhan daun tetapi dedahan terus kepada matahari boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut. Suhu yang stabil diperlukan dan penanaman pokok di tempat tertutup mesti dielakkan.




Selamat Hari Guru

kepada semua guru2
yg telah mendidik anak2 bangsa

"Terima Kasih Cikgu"







Tuesday, May 10, 2011

Pokok Oh Pokok

Wokay .... entri kali nie eza, nak sambung citer kisah pokok bunga eza yg dah lama eza biarkan hidup sendiri ..... cian kan
sabtu dan ahad, dua minggu berturut ini aje yg dapat eza lakukan sebab banyak lagi aktiviti hujung minggu yg yg harus dipenuhi.



Bata dan batu kecil nie eza & dgn bantuan anak2 eza juga ambil di bekas tapak projek taman permainan berhampiran rumah eza yg ditinggalkan selepas projek selesai. Daripada dibiarkan begitu saja eza ambil dan susun di halama rumah eza, tapi tak banyak mana punnn.. hanya laluan ke paip air jer .....

Pokok kiambang nie, utk pengetahuan eza minta pd kakak kat nursery tempat eza beli pasu dan tanah tempohari


Pokok (eza panggil pokok rumput je, ntah aper namanya ntahlah) yang diletakkan mengeliling pasu berhampiran paip.

Pokok paku pakis nie, eza ambil dari pokok kelapa di rumah lama. Masa tu kecil jer tapi alhamdulillah mau jugak ia hidup.

Pokok nie asalnya eza biarkan tumbuh ditanah dirumah lama.

Pokok sepit udang

Pokok bunga kertas nie, dah lama dah eza tanam tapi baru sekarang nak berbunga, harap2 akan lebih banyak bunga yg keluar.

Banyak2 pokok bunga kertas yg eza ada, hanya dua aje yg betul2 berbunga banyak, warna putih dan warna ice cream (pink + putih) seperti gambar dibawah. Tapiii ...yang lain pun mula menunjukkan akan berbunga jugak ....


okay ... pokok didalam gambar2 dibawah eza letakkan di ruang dibelakang dapur.

Pokok orkid yang mula mengeluarkan bunga.

Pokok bunga seri pagi warna pink

seri pagi warna putih + pupple, dipilih oleh anak perempuan eza.

Pokok2 yg digantung dibelakang dapur. Sebenarnya pokok2 nie, baru jer eza beli, harap2 blhlah bertahan dua, tiga bulan. Insyallah


Pokok misai kucing.

okayyyy ..... ada kesempatan eza upload lagi ;)



Limau Nipis Ubat Santau

* utk pengetahuan kita bsama

Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau 'angin' yang dikenakan kpd seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau iti dari tangkai atas ke bawah.
Selain digunakan utk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga blh digunakan utk mengesan sama ada seseorg itu sudah tkena racun santau @ tidak.
Apabila seseorg yg tkena santau angin memakan limau nipis @ nanas bsama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu blawanan dgn bahan bkenaan, malah pesakit jg berasa sakit pd seluruh anggota badan spt dicucuk dgn benda tajam.
Santau angin yg turut dipanggil 'tuju' itu dihantar dr jauh oleh individu tertentu dgn niat mengkhianati seseorg @ memenuhi syarat pemilikan santau.
Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tdk 'memakan' diri sendiri @ keluarga tdekat mereka.
Santau angin blh blaku melalui dia cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dlm makanan @ minuman org yg ingin disantau dgn meletakkan serbuk santau itu pd hujung kuku dan ditabur dgn cara merenjis.
Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yg dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus @ jin. Ia dilakukan dr jauh tanpa pengetahuan mereka yg ditujukan santau bkenaan.

Ada beberapa panduan blh digunakan utk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makamn @ sesebuah restoran,
   - Ketika mengambil makanan jgn campurkan kuh lauk dlm nasi, tetapi kedua2nya hendaklah diasingkan dlm bekas yg berbeza. Pastikan kuah lauk yg dihidangkan tdk berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.
   - Bagi minuman pula, pegang gelas spt biasa manakala jari kelingking ditekan pd bawah gelas jika rasa sakit spt digigit semut apa ia mengandungi santau.

Antara tanda2 awal seseorg itu tkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk bpanjangan.