Monday, June 24, 2013

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong



Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari
dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

contoh pengiraan:
Berat badan anda ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3,500 ml

Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 3,500 ml atau 3.5 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Anda minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi anda perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil

500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.





Friday, June 21, 2013

Memagar Diri Dan Rumah



Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.( jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan.
Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal!
Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua.

Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah

Caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. - Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam.

- Bahu sebelah kiri berada didinding rumah.
- Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali tandas.
- Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
- Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak. 





Petua Awet Muda Cara Islam - 2


Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
Urutkan wajah dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita 





Petua Awet Muda Cara Islam - 1


Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

* Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

* Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

* Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

* Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

* Amalkan solat tahajud.

* Sentiasa tenang dan bersikap positif.

* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

* Maafkan semua orang sebelum tidur.


Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita





Friday, June 14, 2013

Tips Tanan dan Jaga Bunga Kertas



Entri kali nie eza nak share tentang tajuk di atas. Walaupun sebelum nie eza pernah tulis entri pasal 'pokok oh pokok' klik sini, kebanyakan pokok dalam entri tersebut dah lama berkubur yang masih bertahan cuma pokok bunga kertas yang ala-ala malu sudi mewarnai laman rumah eza. Bila tengok laman tetangga berwarna-warni eza pun teringinlah jugak kan so .... kita beli dan tanam. Ada rezeki insyallah pokok tersebut akan hidup dengan suburnya kalau tak ..... hati akan berkata 'habis duit aku beli pokok nie' walhal yang membeli tu saper lagik laku bukan orang yang dok menaip nie yang sebenarnya kureng arif bab-bab penjagaan dan penanaman pokok. Kepada pembaca yang tak berapa arif bab-bab nak tanam bunga kertas cam eza nie boleh lah klik sini untuk info. Bunga kertas nie kalau berbunga memang cantik. Nanti eza cuba letak gambar pokok bunga kertas di laman rumah eza. Walaupun pokok bunga kertas orang lain lebih cantik dari yang ada dilaman ghumah eza tapiii .... eza berbangga sebab itu semua eza yang tanam dan jaga. Gambar di atas hanya sekadar hiasan (terima kasih pada tuan punya gambar).




Wednesday, June 12, 2013

Rahsia Solat Lima Waktu





Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang. Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.

Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah A
hmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan olehJabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
                                                                   
 Pergerakan Relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.


 Oleh : Khairunnisa Sulaiman





Makna Bacaan Dalam Solat



Solat Fardhu adalah kewajipan setiap umat Islam di dunia ini. Manakala solat sunat adalah sangat digalakkan bagi setiap umat Islam. Solat akan menjadi lebih kusyuk jika kita mengetahui makna ataumaksud bacaan dalam solat kita.

 Rukun-Rukun Solat

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  • Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  • Rukuk dengan toma`ninah.
  • I`tidal dengan toma`ninah
  • Sujud dua kali dengan toma`ninah
  • Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  • Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  • Membaca tasyahud akhir
  • Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  • Membaca salam yang pertama
  • Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
 Makna Takbiratul Ihram

Makna Bacaan Doa Iftitah
Maksud Bacaan Dalam Solat

Maksud Bacaan Al-Fatihah

Maksud Bacaan Doa Qunut

Maksud Bacaan Rukuk

Makna Bacaan I’tidal

Maksud Bacaan Sujud

Makna Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Maksud Tahiyat Awal

Maksud Tahiyat Akhir






Monday, June 10, 2013

KEGUNAAN & KHASIAT HALIA






Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Banyak Kegunaan

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.






Monday, June 3, 2013

Panduan SOLAT TAUBAT


InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa.
ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:


                                                                                        (Surah At-Tahrim: Ayat 8)
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".


Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya:

                                                                                                    
                                                                                              
                                                       (Surah Az-Zumar: Ayat 53)
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Selanjutnya Allah Ta'ala berfirman:


                                                                                          
                                                                                      (Surah Az-Zumar: Ayat 54)
 Maksudnya:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan".

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat;
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja.

Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran  itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari.  Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga. 
Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa  untuk segera bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak menutup  Aurat dan sebagai-sabagainya.  Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW).

Begitu jugalah kepada muslimin dan muslimat serta sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah Haji atau Umrah yang amat  Mengharapkan Haji Yang Mabrur, maka selalu-selalulah bersolat taubat tanpa mengira waktu untuk menyesali kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan mudah-mudahan akan dipermudahkan pekerjaan Haji dan Umrah yang akan dilakukan, Insyaallah. 
Lihatlah dan bacalah Firman Allah SWT:

                                                                                                    
                                                                                       (Surah Az-Zumar: Ayat 30)

Maksudnya:

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati".


Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa akibat daripada kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:


                                                                                                      
                                                                                      (Surah Az-Zumar: Ayat 16)
Maksudnya
"Bagi mereka (yang kufur dan ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"



Dengan mengingati  syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang soleh, maka marilah kita membangkitkan keinginan jiwa kita untuk melakukan taubat dengan segera. Firman Allah SWT:


                                                                                       (Surah Az-Zumar: Ayat 73)
Maksudnya:
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .

Oleh itu bersegeralah kita melakukan Solat Sunnat Taubat tanpa melengah-lengahkan masa.

Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
  • Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja jika kita merasakan telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

  • Lafaz NIAT


    أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

  • Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:    .

:     atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

  • Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW: 

:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.


  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):


  • لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Ertinya:
    Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri
  • Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ

Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

  • Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ  سبحان الله

Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
  • Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 
Dialah yang menghidupkan 
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);


 الْعَظِيمِ  بِاللَّهِ   إِلَّا   قُوَّةَ   وَلَا  حَوْلَ لَا
Ertinya
 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".



Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"




  • Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،


 وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،


 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،


 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،


 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ



Ertinya
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah.  Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Copy n Paste from
mukminsrimenanti.blogspot