Monday, May 30, 2011

Hujung Minggu

ada jemputan .....
apa lagik jemput makan nasik minyaklah,

Sabtu ... jemputan di Linggi
alahhh ... anak alang sebelah hb
eza kira dari sebelah pihak lelaki.
sorry le tak ade gambar pengantin sebab dah ramai sangat jurukamera tak bertauliah masa tu.
selesai jer majlis ...
time balik sempat jugak menyinggah kat Nilai Landscape,
buat ape kat situuu ???
isshhhh .... apa lagik beli pokok bungalah ;)
mak oiiiii .... sampai kat Nilai beli pokok bunga! biar betik kau !
cadang tu nak tengok water feature,
tapiii .....
yang bekenan tu dah habis, dia kata tunggu stock sampai.
Dia ingat kita nie dok nilai ape nak tunggu stock sampai !
Kita coba carik kat Sg Buluh la pulak :)




walau pun panas, sempat lagik senyummm ....

mata dah kuyu nampak

ngantuklah tu!



macamana snap gambo










Ahad jemputan di Bangsar
kenduri kawan hb
Pengantin lelaki n perempuan, dua2 satu pejabat ngan hb



Minggu depan ada jemputan jugak,

Sabtu dan Ahad nampak gaya eza tak payah masak tengah harilah jawabnye .....
Kita pi makan kenduri


Jom Layannnn .....



Selamat Bekerja

Selamat Pagiiii ...
Morningggg ....
Kejaaaaa ....



Friday, May 27, 2011

Makan Malam

Malam nie makam malam
beli kat pasar malam jer


Nape ye!!! Jadik Macam Nie ???

feninggg ... feninggg ...
eza tak tahu kat mana silap, pos daftar cocoa collagen (ccpp) yg eza kirimkan tak sampai2 lagik. Bukannya jauh sangat pun kat Kelana Jaya aje, tapi luar Kuala Lumpur lah. Customer pun dah sms, semalam dan hari ini eza call pos 1300300300 bertanyakan hal tersebut tapi jawapannya sama jer cam semalam, barang dah sampai pej pos kelana jaya dan mungkin hari ini akan dihantar tapi ....... awat tak sampai2 lagikkkk ...... Ha! nak marahlah nie, tapi ape2 pun harap2lah bungkusan tu akan sampai pada hari ini sebab dah setahun lebih eza biz on line ghasa2nya ini kali kedua perkara yang sama berlaku. So far barang yang diposkan sampai seperti yang dijangkakan dan tiada masalah pada eza baikpun customer.
jadiiiii ....
kepada yang berminat bolehlah
layari








Friday

Salam Ceria Hari Jumaat

muaahhh .....


Thursday, May 26, 2011

Bougainvillea @ Bunga Kertas

Tengah hari tadi search internet pasal bunga kertas.
Fullamak cantinyer ....... bila berbunga le!
Saje-saje search sebab nak tengok gambar bunga kertas nie, eza cuma kenal bunga kertas tapi nama saintifik untuk setiap jenis maaf memang tak tahu. Kalu bunga kertas tu warna pupple, eza panggil je bunga kertas warna pupple, ialah bunga ikut warnalah kan. hehehe ....
macam entri semalam, eza cadang nak tanam berbagai jenis pokok bunga kertas kat ghumah dan petang nanti balik keja insyallah jika berkesempatan eza akan singgah nursery jap untuk lihat bunga-bunga yang tersangatlah cantiknya. Tapi hairan kan, kat nursery tu bunga2 dia cantik2 saja tapiiiii ... bila dah beli pas tu ubah pulak dalam pasu, silap2 matiiii ..... itu eza lah, orang lain tak tau lah pulak kan!
Tengokkk ... betapa excite, siap print lagik nama2 bougainvillea sebab senang bila singgah nursery nanti boleh tanya tuan punya nursery mana satu pokok2 ni. Bila dah beli, bolehlah tick, so tak lah terbeli sampai dua jenis yang sama kan! kan! kan!






Wednesday, May 25, 2011

Masak Ape ?

Semangat apa yang merasuk, banyak pulak entri for today.
hahaha speaking london lagik.
Malam ini, eza masak kari ikan bawal emas dan sayur xiao bai chai,
sayur nie selalunya orang celur pas tu siram sos tiram, tapi eza masak cam sayur sawi aje.
Tak pernah pun coba masak main celur2 je rasa cam tekak ni tak boleh nak terima.
Goreng aje yang sedappp ....
hidangan malam ini
jom makannn ....

bahan2 untuk memasak
KARI IKAN
(ikan ikut suka hati K)

- 2 ekor Ikan Bawal
ikan yng telah dibersihkan



- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 tangkai daun kari

bawang merah dan putih yang telah dihiris halus
daun kari (ambil dalam pasu belakang dapur)



- 4 sudu besar @ 1 bungkus kecil serbuk kari
(eza tak pernah beli bungkusan yg kecil tu)
sermbuk kari yang telah dibancuh dengan air
ada banyak brand dalam pasaran so pilih saja yang jadi pilihan hati.
jika tanya eza, selalu eza akan tukar jenama rempah kari setiap kali eza beli barang dapur.
Ada 3 brand yang eza suka ...



- 1/2 bungkus @ 25g santan sebuk
(bancuh dengan 3/4 cawan air)
santan - nak pakai santan kotak @ santan segar pun boleh.
nak guna susu cair pun tak jadik masalah



- sedikit asam jawa
kalu nak senang boleh guna asam yang segera tu, tak payah susah2, eza pernah jugak coba, eza rasa eza suka cara lama jugak. asam jawa nie eza kirim kat kawan masa dia balik kedah. mak ooiii .... jauhnya.

cara2nya
jom coba ....
do it your self
- Panaskan 3 camca besar minyak
guna api yg perlahan
- Masukkan bawang merah & bawang putih yg telah dihiris
biarkan seketika
- Masukkan daun kari
(leraikan daun dari batangnya)
- Setelah bawang berwarna kekuningan dan naik bau masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan air
Kacau sekali sekala sehingga rempah kari garing
- Masukkan air asam jawa dan air
(air lebih kurang 3 cawan)
- Masukkan garam secukup rasa
- Masukkan serbuk perasa jika suka
- Masukkan santan
biarkan sehingga mendidih dan naik minyak
- Masukkan ikan
- Masukkan bendi & tomato
(eza tak masukkan sebab tak ada hehehe ...)
bendi & tomato dimasukkan bila ikan hampir2 masak


kari ikan yang sudah siap untuk dihidang.
boleh juga masukkan bendi dan tomato dalam kari ikan.(bendi dan tomato out of stock hehehe )
kalu nak cepat n senang masak masukkan bendi sekali bersama kari ikan, jadi tak payahlah susah2 nak masak sayur lagi. boleh cepat2 lepak depan tv

sayur xiao bai cai

sayur yang sudah siap untuk dicampak ke dalam kuali





Mikail oh Mikail




Pasar Malam VS Masak Memasak

Semalam, selasa ada pasar malam dekat ngan ghumah eza
jalan kaki jerrr ....
dari opis lagik dah bercadang2 nak ajak husband eza pi pasar malam
jalan2 dua2 beriringan tangan gitu
tapiii ... tak lah beritahu husband nak ajak dia pi
sebab selalunya husband sampai ghumah dulu dari eza
al-maklumlah eza kan selalu terperangkap dalam jam
hari nie kira awailah jugak sampai ghumah
Hasrat nak singgah nursery pun dibatalkan
Ingat kalu singgah tu nak jugak sambar dua tiga pokok bunga kertas
Eza ingat nak tanam pokok bunga kertas je lah
nak tanam semua warna n bentuk .... kalu bolehhhh. hehehe
pokok bunga kertas kan senang nak jaga
awat melalut pasai bunga kertas pulak nie
Wokay berbalik pada isu diatas ....
Sampai jer ghumah dari jauh lagik eza tak nampak motor husband
ini bermakna
my hb lom balik lagikkkkkk ..... mak oooiiii frustnyer
tak jadi nak jalan dua2an gitu
banyak keja lah tu
jadikk ....
malam nie ingat malas nak masak, (tu sebab nak pi pasar malam sangat tu)
ropa2nyer kena masak jugakkk lah nampaknya
so ... untuk hidangan dan santapan malam tu
inilah yang eza masak (abaikan lilin yg atas meja tu)






simple dinner for tonight ....




sambal belacan power




ikan parang goreng




masak lemak puchuk + su'un




test ! test ! 123

ssshhhhh .....
layannnn .....





Friday, May 20, 2011

Kamera n Aku

nape upload gambar nie ????
isshhh ... jgn pening2 kepala nak pikior
kita layannnn .....
hehehe .....
wokay, firstly nak habaq mai,
eza dolu2 n sekarang memang suka bergambar ala2 posing gitu
n ambil gambar (snap gambo lah tu)
jadikkkk ...nak tanya sat
bila kita suka ambil gambar, gambar saper yang banyak ????
dah tentu si tukang snap gambar nie kureng gambar kan! kan! kan!
jadikkkkk ..... bila anak2 dah besar n pandai main dengan kameraaa...
inilah peluang n kesempatan kalu nak perasan jadi model
soooo ..... jadilah eza model kepada anak2
jangan jelous ......

Wednesday, May 18, 2011

Pengat Labu

Semalam...... cuti hari wesak.
Aktiviti harian cam biasaklah tapi kuranglah sikit sebab baru jer cuti hujung minggukan.
jadikkkkkk ......
hari nie, selepas jer masak untuk tengahari, nak tau aper eza masak hari nie ???
masak kari ikan merah + bendi, senangkan tak payah nak masak sayur lagi ... hehehe malaslah tu!
wokay! wokay! eza nak citer nie,
jeng ... jeng ... jeng ...
eza masak pengat labuuu....
suprise !!!!
ekeklahh .... ingatkan amende ;)
yalah ... kalau nak tau nielah kali pertama eza masak pengat labu, sebelum nie pun ghasanya tak pernah makan pengat labu. Mula pandai makan bila mak mertua eza yg masak masa balik kampung, hehehe ... eza pandai makan jer. Tapi kalu bubur pulut hitam, bubur jagung, bubur kacang n pulut kukus @ bubur gandun tu biasalah. Labu tu jiran eza yg beri, jadi selepas masak eza berikan jiran eza semangkuk. Eza rasa okay je cumaaa .... rasanya cam manis sikit tapi kaluu buat pengat biar manis barulah terasa umpphh ..... Husband eza suka, anak2 pun suka. Husband siap cakap, " kat giant pun ada jual buah labu" ...... macam nak suruh buat lagi jer. Ini bermakna percubaan kali pertama eza berjaya.
gambar sekadar hiasan

Monday, May 16, 2011

Hari Isnin

bukan ...... bukan .... Monday Mood
tapiiii ....
hari nie opis tak ramai orang. Bos pun cuti jugak (hari jumaat tanya, kata tak cuti)
Masing2 ambil cuti hari nie sambung cuti hujung minggu sebab esok kan cuti wesak day
jadikkk cuti sakanlah. Setengah tu nak habiskan cuti tahun lepas, nak tak nak kena cutilah.
Bestkan bila cutiiiii ....
Naper eza tak cuti ???
Malaslah nak cuti sebab
jeng ... jeng ... jeng ...
1. tak kemana2 pun, balik kampung pun tidak, jalan2 pun endak jugak.
2. nak releks2 setelah sabtu n ahad 'manyak sangat' sangat buat keja ghumah hehehe ....
kat opis kan ada masa breakfast, ada masa for 'lunch time', jam 3.30 ada tea break lagik.
Kalu kat ghumah, ada masa break2 gitu2
??????
yang sebenarnya .......
cuti eza dah tak banyak sehingga hujung tahun,
so .... kenalah simpan untuk cuti sekolah n hari raya. insyallah




gambar sekadar haisan

Tip Untuk Landskap

(info eza cut n paste)



(gambar sekadar hiasan .....)

Pokok sebaiknya menggunakan pasu jenis ringan supaya mudah dialihkan untuk aturan hiasan landskap yang lain. Pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ambillah peluang menggunakan pokok gantung yang berbunga lebat dan berwarna-warni jika balkoni mendapat cahaya matahari selama sekurang-kurangnya tiga jam sama ada pagi atau petang.

Gunakan spesies pokok yang rendah penyelenggaraannya seperti jenis buluh atau palma yang tidak memerlukan ruang yang luas, kurang memerlukan cahaya dan mudah hidup dalam pasu.

Tambahkan seri landskap dengan menggunakan lampu hiasan, batu pebbles bersaiz besar dan berwarna putih atau hitam serta cermin untuk pantulan cahaya lampu untuk ruang nampak lebih luas.