Tuesday, December 6, 2011

my kek butter







entri kali ini bukanlah pasal bab masak memasak, sebab eza bukannya pandai sangat dalam ni, tapi saja nak share tentang kek yang eza buat, bagi sesetengah orang mungkin akan berkata " alah ..... bukan susah nak buat kek tu !"
tak susah bagi dia tapiii ... tak senang bagi eza.
empat kali eza buat kek nie (dua minggu lepas), kali kelima (petang sabtu)barulah hasilnya seperti didalam gambar, tapi eza berterima kasih pada hb dan anak2 serta kekawan yg sudi merasa walaupun pada peringkat awalnya tak berapa nak umpphhhh ,
terima kasih jugak pd komplen yg membina yg eza terima "rasa tu ada tapi kurang gebu" , "kek nie kering sikit lah" , "tak ape nanti cuba lagik K"
tapiiii ..... yang paling eza bangga bukan saja keluarga eza suka, abah eza juga suka, dia kata rasa kek nie macam tok buat (arwah)- emak, abah n adik eza dtg kl pd hari ahad.
semalam eza buat sebiji lagi kek (3 biji pd hari sabtu n ahad termasuk sebijik utk abah eza bawa balik taiping) tapi kali ini untuk kekawan opis pulak, yang teperanjat tu ada yang nak oder.....
makkk ooiii rasa bangga jugak
tapiiii masalahnya sekarang (yang sedang berligar2 di minda) berapa harga untuk sebiji kek butter 1kg ????


Thursday, December 1, 2011

1/12/2011

start today ....






mudah2an tercapai ....



SPM - paper akhir

begitu pantas masa berlalu
alhamdulillah
hari ini, paper terakhir untuk anak sulung eza
maka ...
debaran yg selama ini dirasa pun berakhir utk seketika.
cuma sedetik saja
kerna ...
debaran yg bakal menanti
keputusan PMR anak ke-2 eza
'semoga anak2 umi berjaya'

AMINNNNN ........







Wednesday, November 30, 2011

Awal Muharam 1433

hari ini 4 Muharam 1433
sudah 4 hari kita berada di tahun baru Islam
nape sepi jer ???
tak ada ker cerita2 tentang azam atau cerita2 yang boleh membakar dan memberi semangat untuk lebih maju sepanjang tahun 1433 Hijrah!
cer citer ... cer citer
nak juga eza dengaq
apa azam eza untuk tahun 1433 Hijrah ?
haaaa ... cuba tanya diri sendiri,
1433 Hijrah ............. semoga tahun ini memberi - kesihatan, kegembiraan dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman eza sekeluarga. AMINNNN ....






Tuesday, November 15, 2011

SPM 2011 - 14/11/2011




kepada anak umi
MUHD DZUL HAZZRY
umi doakan semoga berjaya dalam menghadapi peperiksaan
AMINNNNN ....







Tuesday, October 4, 2011

PMR 2011





kepada anak umi
Muhammad Amir Syazwan
umi mendoakan
"selamat menghadapi peperiksaan"
dan semoga berjaya
aminnnn ....






Friday, July 8, 2011

BOHONG (Part 2)



Apabila ibu bapa mendapati anak mula bercakap tidak benar, maka sudah tentu ibu bapa perlu mencari langkah mengubatinya. Untuk memberi pengubatan yang efektif, maka ibu bapa haruslah memerhatikan dengan jelas faktor pembohongan tersebut. Lingkungan anak yang paling hampir dengannya adalah keluarga dan juga sekolahnya. Lingkungan inilah yang perlu diselidiki agar ibu bapa dapat menjalankan pengubatan atau menyelesaikan dengan tepat. Tindakan memukul atau memarahi anak untuk berhenti bercakap bohong bukanlah tindakan yang tepat, malah kemungkinan sifat bohong itu akan lebih parah dalam diri anak.

Perlu diyakini oleh ibu bapa juga bahawa anak yang mula bercakap bohong perlu diubati. Jangan sampai anak terasa ‘nikmatnya’ berbohong sehingga anak terus-menerus mengulanginya.

Jika ibu bapa ingin anaknya terhindar dari sifat bohong, maka pertama sekali yang harus dilakukan oleh ibu bapanya adalah menaruh kepercayaan penuh kepada anak. Dengan kepercayaan itu, anak akan berkembang dengan positif tanpa mempunyai perasaan atau pemikiran negatif terhadap orang sekelilingnya terutama ibu bapanya.
Pengakuan anak atas kesalahannya perlulah dihormati, bukanlah di ungkit dan dimarahi. Dengan pengakuan inilah anak akan mula jauh dengan sifat bohong sekiranya ditangani dengan tepat.

Menurut Dr. Abdul Aziz Al-Qushi, untuk menjamin suatu kebenaran dan pengakuan, maka sikap saling memahami (give and take) mestilah diletakkan pada tempatnya yang benar serta menempatkan kasih sayang dan cinta di atas kekuasaan dan kekerasan.

Anak yang tumbuh dalam lingkungan yang menghormati kebenaran serta sering menepati janji, maka dengan sendirinya ia akan tumbuh dengan sikap yang positif, baik tindakannya mahupun ucapannya. Jika hal ini dapat direalisasikan, maka anak tidak akan berlindung dalam topeng tebal kebohongan. InsyaAllah. Anak tidak anak mengganti kekurangan atau menutupinya dengan cara berbohong.

Jika sikap bohong pada diri anak dibiarkan terus berkembang, maka kelak ketika umurnya meningkat dewasa, tidak mustahil ia akan menjadi seorang pembohong besar!

Berbohong merupakan asas kepada keburukan dan kunci kepada kerosakan. Berbohong juga merupakan ciri-ciri kemunafikan yang nyata. Rasulullah pernah menegaskan hal ini dalam Hadith:

“Tanda-tanda munafiq itu ada tiga, iaitu ketika berbicara selalu berbohong, ketika berjanji sentiasa mengingkari dan jika diberi kepercayaan selalu mengkhianatinya.”



BOHONG (Part 1)

dari Persepsi Anak -

Siapa pernah menghadapi anak berbohong? Anak kecil, ape la yang dia tahu. Yang penting dia dapat perhatian. Dapat pujian dan kasih sayang.

Mereka inginkan kasih sayang dan perhatian sehingga perlu berbohong? Bagaimana ia boleh berlaku?

Bohong nampaknya tersebar luas di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak melakukan hal-hal yang tiada asas dari kenyataan yang sebenar. Ibu bapa mengetahui anaknya berbohong biasanya akan marah dan mengatakan bahawa bibit-bibit kenakalan mula muncul dari diri anaknya. Menurut ibu bapa juga, kenakalan anaknya dipengaruhi keturunan dan juga pengaruh luar yang negatif. Seolah-olah ibu bapa tidak bersangkut paut dengan pembohongan ini.

Sebahagian ibu bapa bersikap keras dengan memukul anaknya apabila anaknya berbohong, dengan sangkaan bahawa dengan perbuatan itu, anak tidak lagi berbohong. Namun, tindakan sedemikian tidaklah dapat menghentikan kobohongan anaknya. Anak-anak akan terus berbohong kerana dorongan pengaruh dalam hatinya.

Anak-anak tidak berbohong kerana nalurinya atau fitrahnya seperti yang disangkakan oleh ramai orang. Mereka menyangka manusia memang mempunyai naluri untuk berbohong. Hal ini kerana berbohong merupakan cara khusus yang digunakan oleh seseorang dalam kehidupannya yang diperolehinya dari lingkungan sekitarnya atau dari gaya pembelajaran yang diterimanya sejak kecil.

Yang penting, sebelum ibu bapa memberi hukuman kepada anaknya yang berbohong, mereka harus mencari sebab utama dan motif jiwa yang mendorong anaknya berbohong. Kerana hal ini lebih baik daripada sekadar “mengubati” ketika anaknya berbohong.

Banyak sebab mengapa anak berbohong, antaranya :

1.Kekerasan dan kesedihan
2.Kesukaran memiliki sesuatu yang diingini
3.Mudah terkenal
4.Cemburu
5.Dapat menyakiti orang lain
6.Pembohongan yang fiktif (khayalan)



Tuesday, June 28, 2011

Tip untuk Mendisiplinkan Anak Degil

Anda mungkin selalu menghadapi situasi ini, anak anda enggan makan malam bersama bila diajak. Dia berdiam diri apabila diminta mengemas barang mainannya. Membuat bising apabila adik tidur dan lari ketika disuruh mandi. Dia degil, tetapi mengapa dia degil?

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Tanda dia sudah membina identitinya sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Kalau anda ingin tahu, berdegil adalah cara untuknya menunjukkan ketegasannya. Jadi apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu anda, “saya tidak sukakan peraturan mama.” Jadi apa yang boleh anda buat?

Cuba memahaminya.
Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, paksaan hanya akan membuatkan dia menangis. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika dia sibuk bermain, datang kepadanya, dakap dia dan beritahu dia mengapa perlu makan. Ini untuk memberitahunya secara psikologi, anda sebenarnya mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan marah dia tetapi pastikan juga dia makan apa yang sepatutnya.

Tetapkan hadnya.
Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua itu ada hadnya. Beritahu dia, anda menyayanginya dan apa yang anda lakukan untuk kebaikannya. Jika dia ada masalah mematuhinya (selalunya memang begitu) fikirkan cara terbaik menyelesaikan keadaan itu. Contohnya, jika dia tidak mahu tidur dalam gelap, beri dia lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram.

Tunjukkan sikap yang baik.Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal dan degil, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.

Jika Kita Sendiri Bersikap Buruk Bagaimana Dia Membesar Dengan Mengamalkan Sikap Yang Baik?
Contohnya jika bergaduh suami isteri di hadapan anak dengan suara tinggi dan sepak terajang, bukankah logik anak akan membesar dengan sikap yang sama? Anda tentu malu sendiri kalau dia berkata, mengapa abang tidak boleh cakap menjerit-jerit tetapi mama boleh menjerit-jerit pada ayah?

- Ingat juga mendisiplinkan anak bukan bermaksud mengawalnya. Sebaliknya, ia bermaksud mengajar dia untuk mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin akan membuat dia lebih berdisiplin tetapi jika hukuman itu tidak ‘menakutkan’ anak. Dia akan berasa lebih selesa berbuat baik atas kesedarannya sendiri bukan kerana takut dirotan ibu bapa.

- Jika kedegilannya benar-benar mencabar, cuba bertenang dan buat dia selesa. Jika rasa marah anda membuak, jauh diri darinya. Bila anda rasa tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut.

- Beri dia peluang untuk membuat pilihan. Mulakan dengan benda yang mudah, beri dia pilihan memilih pakai¬an sendiri. Satu lagi cara membuat dia rasa dia punyai hak mengawal dirinya beritahu dia apa yang dia boleh buat. Jika dia bermain badminton di dalam rumah, daripada berkata ‘jangan bermain badminton dalam rumah’, ajak dia bermain di luar. Jika dia mahukan ais krim pada waktu malam, alihkan perhatiannya dengan memberinya pilihan, kakak hendak makan buah apple atau hendak makan anggur?

- Jauhkan situasi yang mungkin membuatkan anda malu dengan kedegilannya. Misalnya jika berjalan-jalan di kompleks membeli belah, dan anda tahu dia sukakan ais krim tetapi anda tidak mahu membelinya, jauhkan dia dari kedai yang menjual ais krim.

- Hormati dunia unik anak anda. Mungkin dia sedang leka bermain waktu anda hendak keluar. Dia tidak punya masa untuk memakai kasut dan anda sudah berada dalam kereta. Dia tentu akan membuat perangai kerana takut anda meninggalkannya. Jadi, beritahu dia lima minit sebelum keluar, ‘mama hendak keluar, kalau abang nak ikut, cepat pakai kasut’

Memang semua ini bukan jaminan untuk dia tidak lagi berdegil atau merungut, tetapi dengan kesabaran anda, dia sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
Sumber Maklumat: Berita Minggu


Khasiat Memeluk Isteri Dan Pelukan Suami Untuk Isteri



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Mengatasi Masalah Anak Yang Degil


untuk dikongsi bersama

Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.

Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.

· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.

· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat
sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.


Wednesday, June 22, 2011

LaNGkaH taRIaN PocO-POCo




1.Bergerak ke kanan dua langkah..
2.Bergerak semula ke kiri dua langkah
3.Bergerak ke belakang dua langkah
4.Bergerak ke hadapan dua langkah
5.Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..




Tuesday, June 21, 2011

AnaK-aNAk ...

pic along n amir masa kecil

mana lebih SEnAnG
jaga anak-anak masa kecil2 dulu @ anak-anak yang meningkat remaja ???
? besar dan bonus gitu.
ada ketika,
bila berjumpa ngan kekawan yang anak-anaknya masih kecil,
ayat keramat nie yang selalu terpacul dari mulut mereka
" ishhh ... ishhh ... dah besaq panjang dah anak-anak hang "
" senanglah nooo ..."
sikit punya panjang muncung tu ..
senangkah bila anak-anak dah besar ???
satu lagik ? besar yang berligar-ligar di kepala.




Saturday, June 18, 2011

sTYlE 60an

mmmmm .....
citer tentang tema 60's
ape kata eza n hb dress up seperti gambar dibawah ???





buNgA aDEnIuM

Pokok bunga nie eza beli di Nilai Landscape
alahhhh .....
singgah masa balik dari kenduri kahwin dulu tuuuu ...
sekarang pokok tu dah bERbUNgA
masa beli, adik nursery tu kata bunga warna merah putih
hehehe sukenyer ;)
tapi tak 100% kembang lagik
kalu cam nie ingat nak beli lagiklah
kita cari warna laen pulak
mmmmm ...
minggu depan kan ada family day @ PD
sooooo ....
masa balik bolehlah eza singgah di Nilai Landscape
harap-harap cik abang tak keberatan
(harga bunga nie lebih murah dari harga di Sungai Buluh)








mEn iN 60's