Friday, November 26, 2010

subhanallah.


Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat
dan alihkan pandangan pd dinding kosong..
lihatlah keajaibannya. ...
subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..




Thursday, November 25, 2010

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa



1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.


Tuesday, November 16, 2010

SENYUM ;)










Lirik Lagu Senyum



Senyum senyum senyum
Senyum senyum….

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyumtak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Tuesday, November 2, 2010

Atasi Masalah Berat Badan .... Aku nakkkk ... kurussss ....

Di kalangan kita kaum perempuan nie selalu sangat cakap pasal masalah berat badan yang berlebihan..ha, disini ade ade beberapa petua yang eza jumpa yang kita boleh kongsi n share sama2 untuk mengatasi masalah kurangkan berat yg tak mau kurang2 tuuu ...ialah bila tengok kat cermin banyak sangat spare tayar mulalah azam nak diet nak kuruslah, esok kena diet nie, tak mau makan malamlah konon tapi .... hancus makan jugakkkkk ......
jadikkkk ..... apa kata kita cuba

1) Aktiviti senaman.
Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yang beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

2) Kurangkan ‘screen time’.
Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.

3) Sayuran dan buah-buahan.
Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.

4) Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5) Kurangkan minuman bergas.
Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

jadikkk ....  mulai sekarang kita kena ubahlah cara n gaya hidup, bila baca cam senang jer nak ikut tapiii .... masalahnya tak senang nak buat bukan malas K

GOLD DETOX n SLIMMING FOOT PATCH pun boleh membantu dalam mengurangkan masalah berat badan berlebihan...CUBALAH

tak salahkan sambil celoteh sambil promote barang hehehe....
jom singgah http://ezashoppee.blogspot.com/




Wednesday, October 13, 2010

10 TANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersamaWalaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanyaApapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujurDia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang BekerjasamaBagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kitaBagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hatiDengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan TawakkalJodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.





Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 17, 2010

HATI - HATI INGATKAN BULU KAMBING TAPI ....

Sekali pandang, siapa sangka yang haiwan ini
ialah seekor ba alif ba ya.
Ini ialah ba alif ba ya Mangalista.
Pada umat Islam hati-hatilah,
ingatkan bulu kambing
tapi rupa-rupanya bulu ba alif ba ya.
Bayangkan apa akan terjadi jika bulu haiwan ini
dijadikan sejadah untuk hamparan masjid,
kopiah dan permaidani untuk kegunaan umat Islam ????






Monday, August 16, 2010

Khasiat Bayam

jus bayam mengandungi zat besi
secukupnya untuk mengatasi masalah2 seperti
anemia sejenis penyakit kurang darah.
kaedahnya adalah
dengan mengisar daun bayam dengan segelas air
dan diminum dua kali sehari



Friday, August 13, 2010

Renungan ..


Bukanlah berpuasa itu
menahan diri daripada
makan dan minum sahaja
akan tetapi berpuasa itu
juga menahan diri daripada
berkata-kata dengan perkataan-perkataan
yang kotor dan kata-kata kesat



Wednesday, August 11, 2010

Indahnya DUNIA hanya sementara.
Indahnya RUPA hanya seketika.
Indahnya mimpi kekadang tak pasti.
tetapi,
Indahnya BULAN RAMADHAN sukar dicari ganti.
Semoga amalan di bulan yang mulia ini mendapat keredhaan
dari Illahi.




Tuesday, August 10, 2010

Khasiat Kacang Buncis


Ujian makmal telah menunjukkan
kacang buncis mengandungi serat dan enzim
yang boleh membantu menurunkan berat badan


Friday, August 6, 2010

Kedatanganmu di Nanti

alhamdulillah ...
peluang datang lagi
SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN


Sunday, April 18, 2010

Foot Detox Patch - GOOD NEWS free pos express

OFFER OFFER

Trial Pack 10 pcs only RM15.00

Pos Express PERCUMA


Harga Biasa : RM1.70/pcs

jauh lebih murah berbanding jenama terkenal

Kos Pos Express

RM3.50 ( utk 1 -9 pcs)


*disyorkan pakai Foot Detox Patch 5 malam berturut2 kemudian rehat 2 hari dan sambung balik penggunaan 5 malam berturut2 sehingga warna Foot Detox Patch bertukar kewarna yang lebih cerah. (hitam ke kelabu)




FOOT DETOX PATCH offer Pos Express PERCUMA


Tahukah anda kandungan toksin yang merbahaya di badan anda sekarang?

Tahukah anda dengan pencemaran, permakanan dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksin yang merbahaya telah meningkat di dalam badan anda.

Rawatan traditional di Asia sering mengaitkan bahawa kebanyakan bahagian di tapak kaki adalah berkaitan terus dengan organ-organ penting di dalam badan.

Tahukah anda koyok kaki membuang toksin badan telah lama di gunakan di Asia dan telah mula popular di Eropah dan Negara-negara timur tengah. Ramai telah menggunakannya dan telah berpuas hati dengan hasilnya.

Cara menggunakan Foot Detox Patch:

Anda hanya perlu menampal koyok tersebut selama 5 hingga 8 jam semasa anda tidur untuk membuang toksin dan hasilnya koyok tersebut akan menjadi hitam kesan daripada pengeluaran toksin daripada badan. Adalah disyorkan untuk digunakan setiap hari.

1) Buka pelekat.
2) Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.
3) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda.
4) Anda perlu memakai koyok ini 5 hingga 8 jam.
Tampalkan pada kaki sebelum tidur utk proses menyahtoksid dan

baik pulih badan menjadi lancar

Ektrak wood & bamboo vinegar -menyingkirkan toksin
Tourmaline - merangsangkan titik refleks pada tapak kaki,seterusnya memberikan kesan yg sama seperti urutan refleksologi.

Disyorkan utk :-
*Menyingkirkan toksin
*sakit kepala,sengal2 badan
*sakit tulang,lutut & buku lali
*masalah tidur
*kesembapan kaki & mata
*masalah senggugut


*Wanita mengandung & menyusu, Pesakit jantung dilarang memakai foot detox patch.
*Pesakit darah tinggi & kencing manis kronik pun tidak digalakan menggunakan foot detox patch.

Bahan Utama utk Foot detox :
Bamboo vinegar extract,wood vinegar extract,vitamin c,loquat leaf,chitosan,tourmalin,cornstrach

Faedah dan Manfaat Menggunakan Foot Detox Patch :-
Dengan menggunakan Foot Detok Patch ini, anda dapat membuang toksin dalam badan tanpa mengambil sebarang ubat untuk di makan dan hasilnya anda akan :

- Badan menjadi lebih segar dan bertenaga
- Mengurangkan alergik
- Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
- Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi
- Mengurangkan sakit sendi
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Meningkatkan kualiti tidur
- Boleh mengurangkan berat badan
- Mengurangkan bau kaki

- Merawat Resdong
- Mengurangkan masalah sembelit

Harga Biasa : RM1.70/pcs
jauh lebih murah berbanding jenama terkenal
Kos Pos Express
RM3.50 ( utk 1 -9 pcs)

OFFER OFFER
Trial Pack 10 pcs only RM15.00
Pos Express PERCUMA

* disyorkan pakai foot detoc patch 5 malam berturut2 kemudian rehat 2 hari dan sambung balik penggunaan 5 malam berturut2 sehingga warna foot detox patch betukar kewarna yang lebih cerah (hitam ke kelabu)


Sunday, March 7, 2010

Training Futsal

hari nie ...
pi training futsal, aduhhh best giller
enjoy beb ... wa chakap luuuu ....
habih keluaq peluh ...
muka pun merahhhh ....
balik wokay jer,
alhamdulillah tak ade pulak sakit sana sini
masih leh gi lawat n jelajah blog kekawan lagik.
balik training singgah tesco sat
pi beli dunkin donuts
beli buat anak2 di qumah
esok keja ..... ishhh malasnyer
report yg bawak balik qumah pun belum siapkan lagik,
ingat pas update blog nie nak habiskan ....
selamat berblogging :)




Saturday, March 6, 2010

Fusal oh Futsal


hahaha ..... jangan terkejut kalau eza kata,
eza join team sales department untuk perlawanan futsal
antara department tuk office eza kali nie.
masa eza beritahu anak2 yg eza nak main futsal ...
soalan yg mula2 terkeluar dari mulut depa ...
"pandai ke umi main ?" tanda soalan besaq punya ....
pandai tu edaklah...
tapi kalu setakat tendang bola tu rasenyer bukan nyer susah sangattt........
rasanya lama gak eza tak join suka2 cam nie.
dah betoi dah ayat tu join suka2 bukan join sukan .....
eza kalu bab sukan nie memang ader M besar dlm diri,
bila dah join nak kena gi training .....
pas tu bila balik mulalah sakit sana sakit sini,
ialah setahun sekali,
lagipun eza nie bukan nyer remaja sangat dah .......
tapi .......
apa sal lak tempil gambar kasut lak ????
ha .... nie yg nak bagi tau nie,
esok jam 4 ptg. eza ade training
di ampang sport planet.
kasut sukan nie baru pi beli kat kedai bata di care4
nie rega yg paling murah .....
nasib baik ade yg murah ...
alah ...rega pas dia beri diskaun 50%
kasut sukan yg cam kasut sekolah tu adelah
tapi pandai pulak anak eza yg laki tu coment,
kata tak sesuailah kasut umi tu nak buat main futsal.
maka .... belilah kasut baru untuk perlawanan futsal pada 13 mac 2010 antara jabatan.
yg best nyer .........
pasukan yg menang akan dapat tiket firefly.
berbalik pada training esok .......
isshhh ..... esok punya cerita,
esoklah teman pikior

Wednesday, March 3, 2010

Celita Gumbila ....

mali2 .... rapat2 ....
mau degar ka ???
ale baik punye celita ...
dengar sini maa ....
sikalang .... for month of march
ezashopper offer Cocoa Collagen Power Plus
1 set only RM49.90(SM) RM57.90(SS)
pos domestik PERCUMA
*nie pos biasak je tau*
sape lambat tak dapat loooo ....

Sunday, February 28, 2010

My New Blog - BUSINESS via INTERNET

ha ... ha ... ha ...

entah aper yg dah merasuk, eza pun tak tau,

tiba2 timbul lak minat nak berniaga,

nak jadik business women ..... insyallah

dolu2 tak lak terfikir nak business2 nie.

nie semua terbit bila terlibat ngan product cocoa collagen,

mula2 coba ambil stok dan coba jual kat kawan2 rapat jerr

jual pada harga yg patut

1 set RM49.90 wokaylah tu ... kan ?

kalu tak berhasilpun eza lah buat stok tuk diri eza sendiri,

bukan nyer CCPP tu leh busuk.

kalu dah banyak ..... bukan 1 sachet sehari,

mau eza tibai bersachet2 sehari .... hehehe

pas tu eza buat blog n cuba business on line

alhamdulillah .....

walaupun tak seberapa tapi ....

eza seronok ngan ape yg eza buat sekarang nie ...

jadik .....

sudi2 kan lah diri jengok

di



ini permulaan eza utk cuba Business via Internet

eza akan cuba pelbagaikan product.

************************
dapatkan pelbagai jenis sabun ....

di

http://ezasoap.blogspot.com/
THANKZ for support me



Monday, February 22, 2010

masak ape hari nie ???

isnin hari yg paling sibuk setiap minggu,
tapiii disebabkan minggu lepas cuti cny
so ... kepala n mata nie taklah berpinau sgt sebab figure yg nak complie kureng sikit
bukan ape senang sikit, nak trace kat mana yg silap. bila dah banyak sgt tengok no tu
kadang2 ... mata tengok no 42xxxx tapi .. tangan taip 24xxxx
tu yg buat figure tak tally
hari nie, ingat nak ot until jam 6.30 jer
tapi sedar2 15 minit lg dah nak kol 7. mmm ..... continue je lah sampai jam 7
sampai qumah hampir kol 7.45
tot tek tot tek ..... masuk dapur kat kol 8.30
ape lg masak main campak2 jer lah
kang nanti lambat lak makan.
nie pun dah lambat tuk makan malam ...



sambil anak2 n hb meghayati hidangan makan malam
eza pulak melayari internet sambil menikmiti cocoa collogen ....
i'm on diet ......:)

dinner for tonight
he ... he ...he
sayur sawi n sup ayam
-sayur sawi lagik
tapi sayur nie je yg nampak cantik berbanding ngan sayur2 yg lain





Sunday, February 21, 2010

Hari Ahad Yg Simple ....

okay hari nie hari ahad.
cam biasa bila hari cuti,
mengemas, membasuh n memasak
tapi semua tu eza tak buat sorang2
alhamdulillah anak2 dah besaq2 so bolehlah membantu
time buat keja qumah nie.
masing2 ader tugas masing2
yg sulong .... ambil bab basuh-membasuh kain baju n menyidai n bersihkan bilik ayeq (bilik air) tapi baju keja eza n hb, ezalah yg basuh ....
yg no 2 ... yg nie eza akan suruh mengemas,
klu eza mengemas, dia akan ambil part mengemas bilik belakang jer tapi klu eza n hb keluaq dialah yg akan ambil alih mengemas seluruh qumah.
yg kecik ... anak eza yg pompuan nie, koncer bahagian dapuq, semua pinggan mangkuk dialah yg kena cuci, termasuklah cuci kipas angin, peti ais. ape2lah yg nak kena cuci dlm qumah eza serah kat dia.
******************
nie menu tuk tengah hari
hari nie,
utk tengah hari, buntu eza dok fikir nak masak aper,
semalam eza ade kata kat anak2 ... "lama umi tak buat bubuq nasi".
dlm dok binggung kat dapuq ngan anak pompuan eza,
eza tanya "hari nie nak masak ape deq yah ?"
dia kata, "semalam umi kata nak buat bubuq nasik"
jadik ... tuk makan tengah ari nie eza masak bubuq nasik jer n goreng ikan masin,
lagi senang keja eza ...
pehhh ....
sodap gak bila bubuq nasik pekena ngan ikan masin.
ha... ha... ha... masuk bakul angkat naik lif.
bubuq nasik tu eza masak satu periuk pun anak2 eza kata tak cukup.
yg eza suka tentang anak2 eza nie ...
masaklah ape2 pun, walaupun kekadang tu eza masak main campak2 jer ...
insyallah semuanya habis, alhamdullilah ....
**********
nie pulak menu tuk dinner
ha... ha... ha.. dinner gitu

utk makan malam pulak,
hb mintak eza masak, ayam masak kicap.
so eza masak ayam masak kicap n goreng sayur sawi je tuk makan malam.
eza tak makan, walaupun anak yg no2 tu goda suruh join same,
eza diet, tu yg jarang makan malam,
tapi kadang2 tu ..... belasah jugak ...
diet tetap diet tapi klu rasa nak makan eza makan aje ...
bagi eza, eza tak taulah cam ne org lain pulak kan ...
klu eza - diet jgn sampai menyeksa diri sendiri..
klu rasa nak makan, makan aje, tapi ambil dlm kuantiti yg sikit
belasah aje .....

Saturday, February 20, 2010

Business via Internet

salam semua ....

today cuti,

pas siap keja qumah

eza sibuk bungkus cocoa collogen utk dikirmkan wat customer n kekawan yg dah orde.

alhamdulillah permintaan menggalakkan utk diri eza yg baru nak cuba ngan

business via internet nie.

terima kasih juga pada kekawan yg sudi link kan blog eza




pd sape2 yg sudi2 singgah n yg sudi menjengok pun

terima kasih jugak ....

kalu tak keberatan link kan jugak blog eza K .... hehehe







wokay.... semuanyer siap utk di hantar