Thursday, May 28, 2009

28 mei 2009

okay..... cuti sekolah untuk semester pertama start dari 30 mei ini. 2 minggu tuu......
eza apply cuti dari 1 hingga 5 mei, bos dah pun approved. legaaaaa........cadang nak balik kampung biasalah cuti sekolah anak2 dah bising sebab dah lama tak balik,.
so ingat cuti sekolah ni, sambil balik kampung nak bawak anak2 jalan2 makan angin, ingat nak bawa anak2 pi panjat bukit larut. tapiii...... pagi tadi anak sulung eza beritahu minggu pertama cuti sekolah ada kelas tambahan. tahun ni anak eza ambil pmr, eza yang risau lebih, eza tengok dia releks aje cam tak ada apa2 pun. aduhhh... keciwa betullllll. ini mesti kes baru teringat dan baru nak inform eza, takan cikgu baru nak beritahu tak !!!!! kan! kan! kan!
kalu inform awal2 boleh eza dan husband apply cuti pada minggu kedua cuti sekolah. eza boleh kalu nak tukar cuti, tapi...... husband eza.... confirm tak boleh.
tapi yang pasti memang tak boleh balik kampung sebab...............

buku lali anak eza retak sebab jatuh kat sekolah.
alhamdulillah tak kena semen kaki tu, cuma doktor nasihatkan kaki tu jangan digunakan untuk memijak jadi.... untuk bergerak kenalah pakai tongkat.
macan nak luruh jantung eza bila husband eza call dari hospital.
itulah selalu sangat tengok citer superman, spiderman, ultraman, cicakman dan entah ape2 lagi super herolah.
lagipun pada 3 jun nanti ada appointment dengan doktor
so......
cuti sekolah kita cuti di qumah ajelah.......
selamat bercuti

Wednesday, May 20, 2009

semalam......

okay hari ni ada free sikit so.. eza nak citer pasal semalam. ( hari ni tak ade citer menarik lagi)semalam hari jam sedunia.
jeng...jeng..jeng...
semalam..... nak tau pukul berapa eza sampai office !!!! pukul 9 , nak jalan2 lagi so ... eza muncul kat office jam 9.20 (nasib baik bos tak mai lagi). eza keluaq qumah pukul 7.20 -(ada dlm kete sedang panaskan engine sambil touch-up sikit2 apa yg kureng)
singgah petrol pump sat isi minyak. petrol pump pun jam gugak, apasal qamai sangat yg nak isi minyak hari ni.... sok tak leh ke !!!
sepanjang jalan nak ke tempatk keje jam tahap gaban ( tak payah tekan minyak, biar kete jalan sendiri aje... -kete automatik bolehlah kalu kete manual mau nak tercabut kaki....) qupa2nya ada accident...alah.. kes kete kiss butut kete aje, tapi qamai yg perihatin tu yg jam tu.... itu waktu pergi waktu balik pun sama jugak, jam giller, nasib eza okay. okaylah tu!
waktu balik pun kes accident jugak tapi kali ni lori dengan penunggang motosikal pulak (eza nampak mayat dah ditutup dgn plastik hitam ada bawah lori, lori pulak dah melintang jalan).
lepas aje kawasan accident.... fullamak lenggang giller
bila office dah jauh ni, banyak kebarangkalian yg blh terjadi.
sampai kawasan qumah dah pun masuk waktu maghrib, singgah pasar malam sat beli nasi kerabu utk husband dan anak2. tak larat dah rasanya nak masuk dapur masak, ingat nak releks2 sambil nonton tv.
hari ni 3 jam duduk dalam kete, kalu balik taiping pun dah hampir nak sampai.........



lorong bertentangan okay aje..


beginilah keadaan kalu jam...... sesak nafas rasa


Friday, May 15, 2009

Taugeh


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda,
tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.


Thursday, May 14, 2009

Leaning...

Keep On Learning.
There is no
knowledge that is
not power

Tuesday, May 12, 2009

feninglahhh......


releks sekelap.......... otak dah jem sebab...... figure tak tally2... 2 . 3 X calculate pun masih tak tally2 lagi. aduhhhh... banyak feninglah kepala. kat mana yang silap pun tak dapat nak cari. esok ajelah continue, otak tak boleh dah nak fikir lagi dah ...... tepat jam 5.30 kita cabutttt............

Saturday, May 9, 2009

Happy Mother's Day

SELAMAT HARI IBU
kepada semua ibu2
hargailah mereka selagi mereka masih ada
sempena hari ibu esok
eza ucapkan
selamat hari ibu
kepada
ibu tersayang
ibuku rabeah bt abd jalil
dan
ibu mertuaku zaharah bt hj ishak
terimakasih ibu ......

bunga pemberian anak eza

Thursday, May 7, 2009

penat beb.....

hai !!!! semalam eza kata nak attached gambar tempat di mana eza parking.
pagi tadi ingat nak dowmload pic kat office, cepat sikit tapi... handset tertinggallah... pulak

ini... bila keluar aje dari bangunan






inilah bangunan yg eza parking kereta
(parking kat bangunan office tu limited...so... utk bos2 ajelah)


yang ni... palace of the golden horses

ada ? (lupalah pulah nak kira) anak tangga utk sampai kat P1 (tingkat 2)
ground floor & tingkat 1 tak blh parking
tiap2 hari turun naik tangga ..... ini pun salah satu exercise jugak kan.......


gambar ni eza ambil dr P1
dah tercungap-cungap naik tangga.. kadang2 tu tak perasan
cantik jugak bila tengok dln gambar

ni highway nak pi selatan


nampak tak bot tu....

okay ni tempat parking ....
eza parking kat hujung sana tu ....

ini pun tempat parking jugak........ tapi openlah...


tol nak ke selatan (saja je snap..)


okay.... dah sampai pun
jom balik qumah


harap2 jalan tak jam


Wednesday, May 6, 2009

hilangkan tension.....

selamat pagi......
apa kata kita releks sekejap ..... bukan tak ada keja tapi.. buat2 cam tak ada keja (bos ada meeting dgn ceo)
pagi ini kita nikmati permandangan dan suasana aman yg blh melepaskan tension sepanjang perjalanan ke tempat kerja.
suasa begini eza rasai sejak office eza berpindah sebulan yg lalu kat MINES waterfront Business Park, jauh memanglah jauh sikit office dari qumah berbanding semasa office bertapak di tempat lama (kalu dulu pi office 20 minit aje tapi... sekarang ...kalu buat jem tahap gaban mau dekat 1 jam.... tapi selalunya eza sampai kat tempat parking kereta lebih kurang pukul 8)
dari tempat parking (tempat parking kereta kat bangunan terbengkalai - nanti eza ambil gambar tempat parking pulak) ambil masa 10 ke 15 minit masa berjalan (bergantung cam mana kita berjalan, selalu eza ambil masa 15 minit utk sampai ke office dari tempat parking)
tiap2 hari begini..... mmmmm... ni kira exercise jugaklah kan !
betul tak ???
betul! betul! betul !

dari tempat parking




nampak tak bola golf yg besar tu....






office eza kat blok yang bumbung hijau tu....

kat tasik ni orang kata ada ikan.......
lupa pulak nanti eza tanyak balik

ok... releks dan sedap mata memandangkan....

Sunday, May 3, 2009

Lunch

hari ini adik eza jemput makan tengahari kat qumah dia,
so... rezeki jangan di tolak.......
legaaa..... tak payah fening-fening kepala nak fikir apa nak masak....


sepanjang perjalanan















okay kita dah sampai .....




hidangan pun dah tersedia, apalagi jemputlah makan

sebelum
&

selepas