Monday, February 16, 2009

Ulangtahun

2day ulangtahun anak eza ...


SELAMAT ULANGTAHUN

KE11 TAHUN

NUR MIRZATUL ATHIRAH

SEMOGA PANJANG UMUR

DAN MENJADI ANAK YANG SOLEHAH

AMIN .......

Thursday, February 12, 2009

Kehilangan KELABU -part 2

petang semalam bila eza sampai qumah, tiba2 aje eza rasa sedih.
apatah lagi bila terpandang tempat husband eza tanam kelabu.
setiap hari waktu2 petang ni, bila eza balik dari kerja, parking aje kereta, eza pasti nampak kelabu lepak2 atas meja di luar qumah ataupun landing kat tempat eza parking kereta.
kalu hon pun dia buat do no aje... sambil jilit bulu dia,
anak eza yang akan ambil dan ubah kelabu ketepi.
semalam sampai aje qumah, anak eza tanya
" umi ada nampak kelabu tak ? ,
dia tak ikut masuk qumah pun ?"
apa lagi eza yang sedih ni pun tersedulah cerita pada anak2 eza yang kelabu dah mati.
eza sekeluarga begitu terasa kerana setiap pagi
atau setiap kali nak keluar pergi kerja atau anak2 nak ke sekolah
pasti kelabu akan mengikut dari belakang sehingga kita marah,
baru dia berhenti mengejar kereta eza ataupun motor suami
ataupun mengekori anak2 eza.
kini .....

Wednesday, February 11, 2009

Kehilangan KELABU....

macamana eza nak mulakan cerita......
hari ini eza rasa sedih sangat......
masa eza menulis ni pun eza masih tak dapat tahan rasa sedih eza......
eza sedih sebab kucing kesayangan eza, husband dan anak2 eza mati. yang sedih sangat tu .... eza yang terlanggar kelabu masa eza nak undur kereta nak ke pejabat.
masa eza tengah lap kereta eza tengok kelabu lepak2 depan rumah jiran sebelah sedang asyik menjilat bulu. masa eza masuk dalam kereta, eza tengok kelabu tak dah tak ada depan rumah jiran.
bila masa pula dia datang ????
kenapa dia datang balik ????
kenapa eza tak nampak ????
anak2 semuanya belum tahu yang kelabu dah mati sebab semuanya bersekolah. tengahari nanti mesti mereka tercari2 kelabu sebab nak beri dia makan.
hari ini pergi kerja mata dah merah dan bengkak sikit sebab sepanjang perjalanan nak ke pejabat asyik menangis aje, tak dapat nak tahan. masa menaip ni pun air mata masih lagi bergenang.
tiga hari cuti ni eza tengok kelabu terlebih manja dengan eza, husband dan anak2.
apakah ini tanda pagi ini kelabu akan tinggalkan kami semua ?????