Wednesday, December 31, 2008

New Year 2009

SELAMAT TINGGAL 2008


SELAMAT TAHUN BARU 2009


HIDUP LEBIH SIHAT DAN CERIA


DENGAN HERBALIFE


Sunday, December 28, 2008

Tuesday, December 23, 2008

Lunch

waktu lunch selalunya eza beli/tapau kat kawasan2 yang sewaktu dengan tempat kerja eza aje. tapi hari ni eza pi jauh sikit, taklah jauh sangat naik kereta tak sampai lima minit pun, pi makan ikan bakar. hari ni ada ibu mengandung yang teringin nak makan ikan bakar so... ibu yang tak mengandung pun ambil peluang tumpang dua kaki ikut sama. sesekali aje ada kesempatan cam ni. ikan bakar tu biasa aje tapi dia punya air asam perrhhh ..... cuci tangan dengan sabun pun masih melekat bau. rasa2nya berapa kilo tauke kedai tu guna belacan.....???
lu fikirlah sendiri......

Sunday, December 14, 2008

AMIR 12

today birthaday anak eza no 2

SELAMAT ULANGTAHUN
KEPADA AMIR SYAZWAN
SEMOGA PANJANG UMUR
DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH
amin......

Friday, December 12, 2008

Sorang lagii...

hari ni keja sorang2 lagi... kawan eza dua2 orang mc tak sihat... ialah kl ni tengahari panas ( tak berapa panas jugak) petang aje hujan so.... meragamlah. bos minggu depan baru masuk kerja. tinggallah eza terkontang kanteng sorang2 . aduhh.... boring tak ada kawan nak bercerita-ceriti....... eemmmm sambil buat keja dengaq radio ajelah..... nasib baik hari jumaat balik awal, (tak awal manapun 1/2 jam awal aje dari hari2 biasa....)

Thursday, December 11, 2008

Jalan2

today.... selangor cuti so eza pun cutilah ....
hari ni eza pi warisan borong (kedai perabut jadi - boleh layari web http://www.warisanborong.com/ - lupa pulak nak tangkap gambaq). eza pi sorang2 aje (pas hantaq eza husband pi keja) sebab nak tukaq set kerusi kat qumah tu, jangan tak percaya kalu eza kata eza pi tukaq furniture tu pada harga yang sama cuma tolak duit transport aje. cadang nak tukaq set sedan ke set jaring blok (cam gambaq kat bawah tu). tapiii.... tak jadi lagi sebab pekerja dia kata 15 hb nanti ada perabut baru nak sampai (bila pulak nak pi ni !!)... so kita tengok dulu furniture baru tu kot2 ada yang terbekenan.
tengahari pulak lunch date dengan husband,(eemmmm dah lupa pula bila kali terakhir lunch date dengan husband) pas tu suruh husband hantaq eza pi mydin, tak beli apa pun saja je lawat2 kawasan. kat mydin tu punyalah qamai orang...
habis lawat kawasan nak balik sendiri malaslah pulak lagipun hari hujan sementara nak sampai kat stesen putra tu boleh basahlah jugak.
so... kenalah tunggu husband habis keja ..... sebab nak balik sama.(ini kes M besarlah ni - Malas)
sepanjang jalan nak balik qumah, jalan punyalah jam. kl ni pantang hujan je jalan mesti sesak giller.....fening...fening...




set jaring blok

Wednesday, December 10, 2008

emmmm

hari ni keja... baru semua hadir kecuali my bos coz dia still on leave. mulanya dia nak cuti isnin n selasa aje tapi eza cadangkan dia cuti hingga jumaat sebab esok cuti lagi bagi negeri selangor (birthday of sultan selangor - semoga panjang umur .. amin..) pandai suruh orang cuti, sendiri tak cuti sebab cuti eza tinggal tak seberapa hari aje, tu yang kena control tu kalu tak eza pun nak cuti qaya haji jugak...., nanti nak cuti pi shopping barang keperluan sekolah anak2. depatment eza bukannya qamai sangat 4 kerat aje termasuk bos. semalam sorang2 aje tak berapa meriah, sonyap sunyi ..... radio aje yang berbunyi, makan pun sorang2 juga tu yang tak berapa selera nak makan tapi .... mee kari tu eza bedal juga sampai menjilat jari walaupun makan sorang2 (kalu jilat jari pun orang tak nampak sebab eza tapau bawa balik makan kat office). hari ni ada geng nak pi makan, nak makan apa tengahari ni............. emmmm... fikir2 nanti jam satu kita terus rembat aje.

Monday, December 8, 2008

Tautan Kasih Keluarga Hj Rais

emmmm......
esok 9 Dis 2008 ada perhimpunan tautan kasih keluarga hj rais di dewan mpt kamunting (dekat qumah mak eza aje, jalan kaki pun sampai...) tapi eza tak dapat hadir, wakil adik adik na dan adik mie ajelah..... tentu seronok dapat berkumpul beramai2 ( rasanya hingga gen ke 6). bila lagi nak dapat berjumpa semua ahli keluarga seperti ini , bila lagi nak kenal tok saudara, bapak saudara, mak saudara dan sepupu sepapat yang ada. semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan yang sedia ada ... amin...

Saturday, December 6, 2008

Selamat Aidil Adha

selamat bercuti dan selemat menyambut adil adha
emmm tak balik kampung ke ?
gambar ayahanda bonda dan mak uda sebelum berangkat ke tanah suci mekah
semoga selamat menunaikan haji dan selamat pulang
amin...