Monday, November 24, 2008

emmmm..... renung2kanlah..

hari ini apa kata kita kongsi tip yang eza baca
6 TIP KENAPA WANITA PERLU MEMASAK UNTUK SUAMI(yg belum bersuami tu rajin2 masuk dapur tolong mak K -belajar2)
1. Tanjungjawab
2. Ambil Berat
3. Pengikat Kasih Sayang
4. Kekal Sihat
5. Air Tangan Isteri Lebih Lazat emmmm....... ada yg makan hingga menjilat jari6. Bukti Kehebatan (walaupun berkerjaya macam superwomen gitu)

Friday, November 21, 2008

Releks ....

Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah, aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..
Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku.
Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A.
Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk?
Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi

Friday, November 14, 2008

Cuti

hari ni last day sekolah, bukan anak2 aje yg suka bab cuti sekolah ni eza pun suka jugak.
legaaa..... coz bila cuti sekolah aje jalan kat kl ni kurang sikit jam.... lehlah sampai tempat keja awal sikit taklah sampai on the dot aje.... hee...hee... (punch card tak merah pun).
dua tiga hari ni eza tak dapat bersiaran (bersiaran ke..... !!!!.... ape2 ajelah K).
balik kampung ........ ahhhhh lega dapat bercuti.
selamat bercuti kekawan.

Thursday, November 13, 2008

Releks jap....

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!
Posmen: "Betul jugak yer!???"

sekarang ni siapa yg pening...... aduh pening ! pening !

Wednesday, November 12, 2008

Smileeee.......

ini eza terima dari seorang kawan .....
saja je.... senyum2 di pagi hari, jgn tension2 beb....
Badak dan Monyet
Badak dan monyet (sape lagi bijak dan kejam??!)
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet.
Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib.
Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seekor jin.
Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2
"Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malayanihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling....Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah""
Moral: Jangan kawan dengan monyet

Tuesday, November 11, 2008

singgah jap

salam kekawan..
aduhhh.... dah 2 minggu la tak update. minta maaf bebanyak le..
sejak tukaq department ni, cuma sempat jenguk dan lalu aje tak sempat nak merapu.
blog kekawan pun sama jugak sempat singgah gitu2 aje.. ishh... sedihnya...
keja tu macam biasa, tapi tak tau la sebab apa tak sempat nak lepak kat sini. mungkin... keja tu baru jadi...... dia lambatlah sikit (dah sebulan dahpun). isnin hingga rabu, bos tak dak, dia pi penang. (ishh.... jangan kata tak ada keja). ada keja.... dok menaip agreement ni, macam biasalah menaip banyak error loooo.....