Monday, September 15, 2008

Kena TAG lah pulak...

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.* The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.


1. eza bila mengemas blh sampai lupa nak makan.
itu dulu.... la ni cukup time mesti soruuuu... punya. mana blh miss, nanti lapaq.. bkn blh makan ikut suka hati.
2. eza suka membebelll....bila anak2 asyik dok qalit tengok tv & tak buat keja qumah.terutama pd hujung minggu. (sampai kasut sekolah pun nak kena suruh basuh, baru terhegeh2 nak basuh).
3. eza tak suka kalu time nonton tv, ada yg suka2 tukaq channel. pantang iklan aje tukaq pi channel lain, aduh.. bikin fening kepala la...
4. eza rasa eza suka semua jenis muzik. rock, slow rock, pop, sentimental ape2 aje janji sedap didengar.
5. kalu org yg tak kenal eza, kata eza ni serious/sombong. tapi.... kalu dah kenal.... susah nak stop citer.
6. eza rasa semua org suka yg ni... jeng.. jeng..jeng.. window shopping.
7. eemmmm laksa utara. yg ini kalu dapat eza tak lepaskan peluang. dua tiga pinggan pun boleh mengadap, itu dululah...sekarang sepinggan aje tau. apatah lagi kalu kena yg memang sodap hingga menjilat sudu. tiap2 hari pi beli pun tak pa. sampai member pejabat blh julinglah tengok menu yg sama 3 hari berturut2.
8. hujung minggu kalu ada kelapangan, eza tak kan lepaskan peluang utk zzzZZZ.
9. dari mula mampu pakai h/set hingga kini line Celcom & TM jadi pilihan coz pay peruse.. wakakaa
10. ramai yg dah teguq wajah kesayangan hamba ni iras2 .............. segan nak tulis nanti kata perasanlah pulak... ialah sampai chinese boy kedai h/set pun cakap perkara yg sama.
11. eza ada lesen B2 & D. jangan tak caya eza pun pandai mencelah dlm jam2 tu tau. itu dulu.... sekarang tak lagi.
12. bab masak memasak ni yg paling eza kureng sikit, sebab setiap kali nak masak kena pikir.... fening lo.... mau pikir apa nak masak ma... tapi masak tetap masak.
13. masa sekolah dulu eza ada geng (geng kayuh basikal). paling suka bila turun bukit (tak tinggi mana pun) tengok basikal sape yg paling laju.
14. eza pernah bersekolah di srk seri permai bayan lepas pp, sr (p) treacher methodist taiping perak, srk tanjung aru kota kinabalu sabah, sek men maktab sabah kota kinabalu sabah, sek men st patrick tawau sabah, sek men (p) treacher methodist taiping perak & institut taiping.
15. kalu nak tahu masa sekolah ezalah pelajar yg paling tinggi dlm kelas eza. cayalah...

Menu - 13 ramadhan

alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlalu.
hari ini baru berkesempatan bawa anak2 berbuka di luar, tapi tak le pi makan kat kedai tu... cuma pergi berbuka di rumah adik yg baru kahwin tu aje (sibuk aje eza, husband and anak2 ni ) .
pada awalnya sabtu & ahad cadang nak balik qumah mak mertua di tapah utk berbuka tapi..... husband eza kena goutlah pulak.... lagipun anak eza si amir tu deman (demam pas habis exam).
bila demam apa lgi melepek lah dia....... saja mengada tu...
Nasi
Kari daging
Ikan cencaru belah belakang
Ikan sambal
Sotong goreng
Sup tulang
Sayur kacang panjang goreng
Mertabak
Kuih lopez
Air tembikai

(juadah berbuka dari pandangan atas)



mmmm..... air tembikai le ...


bila dah demam ini ajelah yg blh buat .........

siri upin & ipin bukan anak2 eza saja yg suka tengok, eza pun suka tengok jugak.layan ..... sebelum masuk waktu berbuka.

ni... semua sedang dok layan siri upin & ipin

Petua Kurangkan Lapar Dan Dahaga

Marilah kita kongsi bersama

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa
amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga .
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam .
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul .
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal .
Baca lagi, makan lagi.
Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji .
Sebelum makan, Bacakan selawat 1 kali dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali.
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita .
Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

tak update

Selamat pagi kekawan...

aduh ..... dua hari cuti keja, dua harilah blog tak update.
terima kasihlah pada yg sudi berkunjung .........
eza buat keja dulu nanti kite sambung K. insyallah

Friday, September 12, 2008

letih bangat

okay kite sambung citer anak eza si muhammad amir syazwan tu ...
semalam kan last exam UPSR, balik pun lambat, jadi husband eza yg jemput dia dari sekolah.
sepanjang hari tu.. dia tiduq aje. letih bangat agaknya mengalahkan orang pikul balak. penat perah otaklah tu...kononnya...
walaupun kl tak dilandar banjar, pas je isyak di dah selamat hanyut dibawa arus.... zzzzZZZZ
hari ni kan..... kan.... sshhh..... dia ^____^

Thursday, September 11, 2008

UPSR

Hari ini, hari akhir exam UPSR.
Ahh... lega rasanya rasa hati eza, si Amir tu.. tak payah nak cakap lagilah dia suka.
Mudah2 anak2 yg menduduki exam UPSR berjaya semuanya...AMIN..
Sama2lah kita semua berdoa..

Wednesday, September 10, 2008

Cuti

YAHOOOOO.........
Cuti raya dah approved
balik kampung......ooooo balik kampung.....
eza start cuti dari
29/9/08 hingga 3/10/08

Tuesday, September 9, 2008

9 sept 2008

today 9 sept

Hari ini anak eza Muhammad Amir Syazwan menduduki peperiksaan UPSR.
semoga anak2 kita yg sedang menempuh peperiksaan UPSR,
berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.....AMIN
kepada deq na SELAMAT ULANGTAHUN

Friday, September 5, 2008

Jalan2

Salam pagi jumaat (penghulu segala hari) pd kekawan yg sudi intai2 d sini...


hari ni lunch lama sikit, 1 jam aje..... jadik.....
lehlah gi jln2 cari makan.. eh! eh! silap. jln2 cari makan, waktu petang nanti kat bazar ramadhan gi tengok apa yg blh dibawak balik utk berbuka posa nanti. tengahari ni kita gi jln2 kat 'the store' gi tengok apa yg blh dirembat. alah... 'the store' tu bknnya jauh sgt.. kat office eza saja, tiap2 hari waktu lunch memang selalu gi melawat, kira2 dah banyak dan melabur kat situ, sikit lg aje nak jadi share holder. nak pi tengok baju anak dulu. tengok aje.. beli belum tentu lg. emmm.... baju eza .....? belum beli lg...
apa kata tahun ni kita semua pakat beli baju kebaya. tak kisahlah baju kebaya nyonya ke baju kebaya labuh ke .... sbb inci dah kurang dah kan!

Tuesday, September 2, 2008

Siapa yang kena........ eh!! eh!! tu.. kitelah...

Photo pengantin & keluarga

Waktu bekerja

hari ini... 1st day koje dlm blm puasa
jadik... sepanjang bln ramadhan ni, waktu bekerja dah di tukaq dr jam
8.00 am - 4.30pm isnin hingga jumaat (legaaa.... dpt balik awal)
tapii...kan.... waktu lunch dah dipendekkan dr 1 jam ke 1/2 jam, jumaat aje waktu lunch spt biasa 1.00 - 2.00 ptg . jadik.... hari jumaat ajelah kalu nak gi shopping dan tengok2 apa2 yg patut, hari2 lain kita.... tengok blog kekawan ajelah....

Monday, September 1, 2008

1st day PUASA

SELAMAT BERPUASA

ini ticker berat utk 1 sept/1st day puasa
berapa agaknya blh turun & naik hingga akhir puasa nanti ....