Wednesday, November 14, 2012

Cuti Time


Salam sayang buat semua blogger.
Hari ini masih dalam mood cuti, sambung cuti Deepavali dan cuti Maal Hijrah.
Selamat menyambut 'Maal Hijrah'.
Lega rasanya bila dapat 'memalas' dan 'memanjakan' diri.
Tak adalah sampai nak ke spa untuk memanjakan diri. Manjakan diri cara 'eza-eza saja'.
Bukan senang nak nak dapat cam nie tau!
Kebetulan cuti sekolah pulak tu so .... jadi 'mandor' lah untuk tiga hari cuti nie. Biasalah jawatan mandor kan arah dan lihat saja jadikkkk . . . apalagi dengan kuasa yang ada eza suruhlah anak-anak eza yang buat semua kerja rumah.
Ialah kan, dari dok melangut depan tv layan rancangan yang entah berapa kali asyik dok ulantangan tu baik tolong eza buat 'house keeping'.
Bagilah pulak 'chan' kat umi nie layan program tv 'pèberet' dia.
Best ape baring2 atas sofa sambil nonton tv dengan remote yang sentiasa dalam gengaman. Kalau remote tu boleh menjerit rasanya dah lama dia jerit, mana tahan kalu asyik dok tukar channel jer.
Nak layan pokok bunga, petang jer hujan,
Memandangkan sekarang nie musim hujan pada waktu petang maka banyaklah aktiviti yang tergendala.
Pokok kelapa yang dibawa balik dari kampung tu dah dekat sebulan dok kat penjuru tu, entah bila anak eza nak tanam pun entahlah.
Mau pokok kelapa tu tumbuh kat penjuru rumah pulak.
Baik hujan mahu pun panas, ia adalah rahmat Allah untuk kita.


No comments:

Post a Comment