Wednesday, February 29, 2012

29-2-2012



Hari ini eza paksakan diri untuk update blog.
WOW! ayat yang nampak drastik lagi gitu-gitu.
Tak ada apa-apa acara atau peristiwa yg istimewa pun yg berkaitan dengan tarikh hari ini cuma .....
Cuma nak kejarkan tanggal 29hb Febuari itu aje. lalalala .....
Ialah jika dipanjangkan umur 4 tahun lagi baru lah boleh bersua dengan 29 Febuari tak gitu cik jah ooiiiii ....
Lagi pun bos tak ada, dia outstation hingga hari Khamis.
Kerja pun dah beres . . .
Pagi tadi, masa dok iron baju sambil nonton TV3 apabila Ally n Fitri bersama tiga tetamu jemputan yang berkongsi tarikh lahir hari ini, bertanya tentang bila ketiga-tiga mereka sambut hari lahir pada tahun yg tak ada tarikh 29hb Februari, ada yg sambut 28hb Feb n 1hb Mac
Secara tiba-tiba .....
tetiba jer teringat cikgu fizik eza semasa di tingkatan 4 dan 5 ketika belajar di Treacher Methodist Taiping dulu.
Hari ini juga hari lahir beliau, sebab masa disekolah dulu selalu jugak gosip2 pasal cikgu nie,
Tak gosip apa-apa pun cuma selalu dok kata kesian cikgu 4 tahun sekali baru boleh sambut hari jadi.
Mana cikgu rahim sekarang ?
Masih sihat kah beliau?
Terima kasih cikgu dan halalkan segala ilmu yang telah cikgu ajarkan.


No comments:

Post a Comment