Tuesday, June 28, 2011

Tip untuk Mendisiplinkan Anak Degil

Anda mungkin selalu menghadapi situasi ini, anak anda enggan makan malam bersama bila diajak. Dia berdiam diri apabila diminta mengemas barang mainannya. Membuat bising apabila adik tidur dan lari ketika disuruh mandi. Dia degil, tetapi mengapa dia degil?

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Tanda dia sudah membina identitinya sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Kalau anda ingin tahu, berdegil adalah cara untuknya menunjukkan ketegasannya. Jadi apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu anda, “saya tidak sukakan peraturan mama.” Jadi apa yang boleh anda buat?

Cuba memahaminya.
Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, paksaan hanya akan membuatkan dia menangis. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika dia sibuk bermain, datang kepadanya, dakap dia dan beritahu dia mengapa perlu makan. Ini untuk memberitahunya secara psikologi, anda sebenarnya mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan marah dia tetapi pastikan juga dia makan apa yang sepatutnya.

Tetapkan hadnya.
Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua itu ada hadnya. Beritahu dia, anda menyayanginya dan apa yang anda lakukan untuk kebaikannya. Jika dia ada masalah mematuhinya (selalunya memang begitu) fikirkan cara terbaik menyelesaikan keadaan itu. Contohnya, jika dia tidak mahu tidur dalam gelap, beri dia lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram.

Tunjukkan sikap yang baik.Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal dan degil, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.

Jika Kita Sendiri Bersikap Buruk Bagaimana Dia Membesar Dengan Mengamalkan Sikap Yang Baik?
Contohnya jika bergaduh suami isteri di hadapan anak dengan suara tinggi dan sepak terajang, bukankah logik anak akan membesar dengan sikap yang sama? Anda tentu malu sendiri kalau dia berkata, mengapa abang tidak boleh cakap menjerit-jerit tetapi mama boleh menjerit-jerit pada ayah?

- Ingat juga mendisiplinkan anak bukan bermaksud mengawalnya. Sebaliknya, ia bermaksud mengajar dia untuk mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin akan membuat dia lebih berdisiplin tetapi jika hukuman itu tidak ‘menakutkan’ anak. Dia akan berasa lebih selesa berbuat baik atas kesedarannya sendiri bukan kerana takut dirotan ibu bapa.

- Jika kedegilannya benar-benar mencabar, cuba bertenang dan buat dia selesa. Jika rasa marah anda membuak, jauh diri darinya. Bila anda rasa tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut.

- Beri dia peluang untuk membuat pilihan. Mulakan dengan benda yang mudah, beri dia pilihan memilih pakai¬an sendiri. Satu lagi cara membuat dia rasa dia punyai hak mengawal dirinya beritahu dia apa yang dia boleh buat. Jika dia bermain badminton di dalam rumah, daripada berkata ‘jangan bermain badminton dalam rumah’, ajak dia bermain di luar. Jika dia mahukan ais krim pada waktu malam, alihkan perhatiannya dengan memberinya pilihan, kakak hendak makan buah apple atau hendak makan anggur?

- Jauhkan situasi yang mungkin membuatkan anda malu dengan kedegilannya. Misalnya jika berjalan-jalan di kompleks membeli belah, dan anda tahu dia sukakan ais krim tetapi anda tidak mahu membelinya, jauhkan dia dari kedai yang menjual ais krim.

- Hormati dunia unik anak anda. Mungkin dia sedang leka bermain waktu anda hendak keluar. Dia tidak punya masa untuk memakai kasut dan anda sudah berada dalam kereta. Dia tentu akan membuat perangai kerana takut anda meninggalkannya. Jadi, beritahu dia lima minit sebelum keluar, ‘mama hendak keluar, kalau abang nak ikut, cepat pakai kasut’

Memang semua ini bukan jaminan untuk dia tidak lagi berdegil atau merungut, tetapi dengan kesabaran anda, dia sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
Sumber Maklumat: Berita Minggu


Khasiat Memeluk Isteri Dan Pelukan Suami Untuk Isteri



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Mengatasi Masalah Anak Yang Degil


untuk dikongsi bersama

Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.

Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.

· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.

· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat
sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.


Wednesday, June 22, 2011

LaNGkaH taRIaN PocO-POCo




1.Bergerak ke kanan dua langkah..
2.Bergerak semula ke kiri dua langkah
3.Bergerak ke belakang dua langkah
4.Bergerak ke hadapan dua langkah
5.Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..




Tuesday, June 21, 2011

AnaK-aNAk ...

pic along n amir masa kecil

mana lebih SEnAnG
jaga anak-anak masa kecil2 dulu @ anak-anak yang meningkat remaja ???
? besar dan bonus gitu.
ada ketika,
bila berjumpa ngan kekawan yang anak-anaknya masih kecil,
ayat keramat nie yang selalu terpacul dari mulut mereka
" ishhh ... ishhh ... dah besaq panjang dah anak-anak hang "
" senanglah nooo ..."
sikit punya panjang muncung tu ..
senangkah bila anak-anak dah besar ???
satu lagik ? besar yang berligar-ligar di kepala.




Saturday, June 18, 2011

sTYlE 60an

mmmmm .....
citer tentang tema 60's
ape kata eza n hb dress up seperti gambar dibawah ???





buNgA aDEnIuM

Pokok bunga nie eza beli di Nilai Landscape
alahhhh .....
singgah masa balik dari kenduri kahwin dulu tuuuu ...
sekarang pokok tu dah bERbUNgA
masa beli, adik nursery tu kata bunga warna merah putih
hehehe sukenyer ;)
tapi tak 100% kembang lagik
kalu cam nie ingat nak beli lagiklah
kita cari warna laen pulak
mmmmm ...
minggu depan kan ada family day @ PD
sooooo ....
masa balik bolehlah eza singgah di Nilai Landscape
harap-harap cik abang tak keberatan
(harga bunga nie lebih murah dari harga di Sungai Buluh)








mEn iN 60's









































Friday, June 17, 2011

FamiLY DAys

minggu depan ...
sabtu office hb ada family day @ PD
hb kumpulan hijau
makaaa ...
kenalah cari baju warna hijau untuk anak2 bagi meriahkan sukaneka nanti.
pasangan dah disediakan, katanyer baju n topi lagik gituu ...
untuk makan malam...... tema 60's
fening nak fikirkan baju apa nak pakai nanti ?????
nak dress up
gaya pop yehyeh
atauuuuu
gaya a-g0-g0 yang pakai seluar kembang tu ????
atauuuuu
igno jer tema makan malam tu !!!!
go dinner with simple dress and enjoy the night
hb kata ada banyak acara
tapiii .....
tak best lah pulak kalu tak ikut tema malam tuuu
lagik pun bila lagi nak melarammmm
apa-apa pun eza cuba dulu
i try my best
cuba carik kat tenet kot-kot ada ilham yang boleh digyakan nanti ....
kalu dah buntu bangat kita redah je lah malam tu dengan gaya tersendiri
janjiii ....
kita EnJOy



Wednesday, June 8, 2011

Tip Mahir Bahasa Inggeris

( untuk dikongsi bersama)

* Tahu 300 patah perkataan
Anda perlu tahu sekurang-kurangnya 300 patah perkataan bahasa inggeris. Anda bukan sahaja perlu tahu perkataan tersebut tetapi juga menggunakannya dalam struktur ayat.

* Jatuh cinta dengan kamus
Jadikan kamus sebagai sahabat akrab. Setiap kali menemui perkataan baru yang tidak diketahui maksudnya atau diragui tentang cara penggunaannya, segeralah membaca kamus dan cari makna perkataan tersebut.

* Tulis perkataan
Selepas mencari perkataan yg anda tdk tahu dlm kamus, ambil sebuah buku dan pen. Kemudian catatlah perkataan tersebut dlm buku itu bersama maknanya sekali. Setiap kali mencari makna sesuatu perkataan dlm kamus, senaraikan kemnbali dlm buku catatan itu. Justeru, anda akan lebih mengingati perkataan tersebut malah ia memudahkan rujukan anda pd masa depan.

* Anggap senang
Jgn sesekali menyemai tanggapan dlm diri bahawa subjek bahasa inggeris itu sukar. Secara psikologi, itu akan membuatkan fikiran anda menolak utk menyukai subjek tersebut seterusnya membuatkan anda terus lwmah dlm penguasaannya.

* Rajin membaca
Anda perlu rajin membaca buku2 dlm bahasa inggeris, nove,l majalah, risalah dan jurnal bahasa inggeris. Daripada situ, anda boleh memahirkan diri dalam bahasa tersebut.

* Rancangan Inggeris
Menonton rancangan Inggeris di tv jg blh menjadikan anda mahir dlm bahasa itu. Bagi anda yg selalu menonton filem2 atau program animasi, anda digalakkan utk menonton filem atau program animinasi yg menggunakan bahasa inggeris. Anda jg digalakkan menonton filem2 luarnegara yg menggunakan sari kata dlm bahasa inggeris. Ia dpt menambah perbendeaharaan kata seterusnya berupaya membina tatabahasa.

*Jangan malu
Jgn malu bercakap dlam bahasa inggeris biarpun penggunaan ayatnya tidal betul atau bertutur dalam bahasa 'rojak'. Tingkatkan keyakinan diri utk bercakap dgn org yg mahir dlm bahasa tersebut. Secara tdk langsung, anda blh belajar drpd rakan yg mahir cara bertutur dgn betul. Jgn malu jika ditegur apabila membuat salah. Anggap teguran tersebut sebagai penguat semangat utk anda memperbaiki diri.



Monday, June 6, 2011

Hormat Orang Tua

(untuk dikongsi bersama)

Berikut panduan berguna kepada ibu bapa dan anak dalam membentuk akhlak yang mulia:

* Salam dan cium tangan ibu bapa pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur atau pada waktu lain yang munasabah.

* Doakan keampunan bagi mereka seperti doa: "Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku sejak kecil dulu."

* Tidak masuk ke kamar ibu bapa sebelum mendapat keizinan mereka.

* Meminta izin daripada ibu bapa apabila hendak keluar rumah.

* Tidak melunjurkan kaki ketika duduk di hadapan ibu bapa.

* Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu bapa duduk melainkan mendapat izin mereka.

* Tidak memotong percakapan ibu bapa terutama ketika kedua-duanya berbual mengenai sesuatu perkara sama ada secara serius atau sebaliknya.

* Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi sedangkan ibu bapa duduk di bawah.

* Tidak lalu atau melintas di hadapan orang tua kecuali meminta keizinan.

* Menjawab panggilan ibu bapa dengan segera walaupun anda melakukan amalan sunat.

* Segera melakukan suruhan dan patuh meninggalkan larangan.

* Jangan mengejutkan ibu bapa dengan tujuan mengusik atau bergurau kerana cara sedemikian dianggap agak keterlaluan.

* Tidak berjalan mendahului mereka pada siang hari, tetapi boleh pada waktu malam.

* Tidak menjamah hidangan makanan sebelum ibu bapa mendahuluinya dan tidak memanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan mereka.

* Berbincang segala masalah tanpa mengetepikan ibu bapa dalam urusan hidup.

* Bercakap dengan lemah-lembut, beradab dan merendahkan suara di hadapan mereka.



Jemputan Kahwin 4hb Jun 2011


Hari nie ....
ada jemputan kenduri kahwin kawan hb di Semenyih.
alaaaa ... yang minggu lepas eza pi sebelah pengantin perempuan di Bangsar tuuu ...
minggu nie ghumah pengantin lelaki pulak,
dah dijemput dan atas jemputan, eza anak beranak menghadirkan diri
jadikkkkk ......
kita layan gambar dibawah.
gambar dari h/set jer ..)
Masa eza sekeluarga menjamu selera pengantin belum sampai lagi,
sooo ... kita tunggu aje pengantin tiba di kereta,
kena bertimbang rasalah
takan nak lepak-lepak kat meja tu lagi kan!
cian pada yang ingin mejamu selera,


selamat menjamu selera

kyusyuk menjamu selera nampak

anak sulong eza- dzul (along)

anak no 2 - amir

anak perempuan eza -deq yah



Wednesday, June 1, 2011

Petua Memilih Makanan Semasa Berada Di Restaurant

(untuk dikongsi bersama)


•sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.

•Minta salad tanpa dresing

•minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba

•pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar

•jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan

•jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong

•pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

•minta buah-buahan sebagai pencuci mulut

•minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol


Tip BERSOLEK

(untuk dikongsi bersama)

INFO 1
Wanita hari ini mahu lari dari teknik solekan yang biasa dan lama. Bermotifkan solekan cantik tetapi mahu dilihat semula jadi atau dikenali sebagai warna pastel. Namun anda mungkin tidak tahu cara yang terbaik untuk menata wajah. Tidak mengapa, disini dipaparkan beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan wajah asli, semula jadi dan segar.

Yang Perlu Anda Tahu :
1. Warna Alas Bedak (Foundation) harus sama dengan warna kulit supaya tidak kelihatan seperti ada ΄garis batas΄ pada kulit atau membuatkan anda kelihatan seperti memakai masker atau topeng.

2. Warna Penyamar Noda (Concealer) sebaik-baiknya 2 tingkat lebih muda dari warna alas bedak.

3. Melakar Kening sebaik-baiknya dengan pensil warna coklat supaya tampak semula jadi.

4. Warna Pembayang Pipi pula perlu disesuaikan dengan bentuk wajah, sapukan nipis supaya tampak lebih alami.

5. Warna Gincu Bibir pula sesuikan dengan bentuk bibir. Bibir yang ΄penuh΄ sebaiknya warna-warna muda sahaja kerana warna tua hanya akan membuatkan bibir anda kelihatan semakin besar dan menonjol.



INFO 2
Kebanyakan wanita sering kali merungut kerana gincu bibir hanya bertahan sekejap sahaja. Sebenarnya, ada tips khusus supaya gincu dapat melekap lebih lama.

1. Gariskan bibir anda terlebih dahulu dengan ΄lip pensil΄ yang warnanya lebih tua dari warna gincu yang dipakai. Tujuannya supaya sapuan dapat dilihat lebih rapi dan tidak melebihi sempadan.

2. Guna Bedak Two-Way (yg mengandungi pelembap) dan sapukan pada bibir dengan span pelembap. Jgn takut untuk melapasi garis bibir yang sudah dibuat sebelumnya agar lebih samar.

3. Seterusnya sapukan gincu menggunakan berus ke seluruh bibir. Penggunaan berus lebih digalakkan supaya warnanya lebih menyerlah dan sapuan lebih rapi.

4. Sekali lagi, berikan sentuhan bedak dengan span lembap secara menekan.

5. Dan yg terakhir, sapukan sekali lagi gincu.Untuk tampil lebih anggun, jangan lupa sapukan ΄lip gloss΄.



INFO 3
Pening memikirkan bedak yang harus ada dalam tas tangan anda?teliti info berikut:

1. Loose Powder (bedak tabur) biasanya digunakan pada sapuan terakhir kerana teksturnya yang ringan dan mudha disapu, sesuai untuk kulit berminyak.

2. Pressed Powder (bedak padat) isinya yang padat hanya sesuai untuk sentuhan berulang (touch up) bagi wajah normal atau berminyak.

3. Shimmer Powder (bedak berkilau)digunakan untuk ΄highlight΄ wajah dan memberikan kesan berkilat pada wajah.

4. Two Way Cake (bedak dwiguna) ini adalah penggabungan bedak padat dan bedak asas, sesuai untuk penampilan lebih anggun.

5. Cream Powder (bedak krim) sangat baik untuk kaedah ΄shading΄ seperti ditulang hidung dan tulang rahang. Pilihlah warna sedikit gelap dari warna kulit.

6. Bronzing Powder memberikan gaya sedikit gelap atau ΄bronze΄ supaya tampil seksi dan eksklusif.


Kurus Badan Cara SIHAT


• Amalkan makan malam sebelum jam tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

•Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis, badan tetap juga naik.

•Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di Pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.

•Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.

•Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke jim berdekatan. Senaman membentuk otot yang sihat dan dapat membakar lemak.

•Positifkan diri. Buatlah target penurunan badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

•Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.

•Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sedap. Jangan risau… Sesekali Tidak Mengapa


Tarif Elekrik Naikkk ...


Hari nie .... maka bermulalah kenaikan tarif baru elektrik rumah2 kite .....
Naik 7.12% lagik, ini baru sebahagian dari pengurangan subsidi yang dibuat oleh kerajaan kepada rakyat,
nak kata aper ??? dah tak ade pilihan lain maka redha ajelah .... kita cuma ada pilihan berjimat atauuu .... terpaksalah bayar kos elektrik yang telah kita guna tuuu ...
Bagi yang guna kurang RM20 pelepasan akan berakhir Disember ini, jadikk ... tahun depan kenalah masuk bil elektrik dalam belanjawan bulanan.
Yang guna kurang RM77 pun tidak akan terasa kenaikan tersebut. Sekarang nie semua benda main tekan suis jer, ghumah eza tu ... kat dapur tu bukan nak cakap, tapi citer jugaklah, siang2 buta pun bukak lampu .... dah malap kat situ walaupun luar cuaca terang benderang, tak bukak cam ne nak buat keja kat dapur tu! kan! kan! nati terhiris pulak jari jemari yang runcing nie :
Perasan le pulak .... saper lagi nak puji kalau tak diri sendiri ......
Apa2 pun kita tengok bil elektric kita bulan nie, Jangan sampai berpinou mate udelah ....