Monday, June 6, 2011

Hormat Orang Tua

(untuk dikongsi bersama)

Berikut panduan berguna kepada ibu bapa dan anak dalam membentuk akhlak yang mulia:

* Salam dan cium tangan ibu bapa pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur atau pada waktu lain yang munasabah.

* Doakan keampunan bagi mereka seperti doa: "Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku sejak kecil dulu."

* Tidak masuk ke kamar ibu bapa sebelum mendapat keizinan mereka.

* Meminta izin daripada ibu bapa apabila hendak keluar rumah.

* Tidak melunjurkan kaki ketika duduk di hadapan ibu bapa.

* Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu bapa duduk melainkan mendapat izin mereka.

* Tidak memotong percakapan ibu bapa terutama ketika kedua-duanya berbual mengenai sesuatu perkara sama ada secara serius atau sebaliknya.

* Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi sedangkan ibu bapa duduk di bawah.

* Tidak lalu atau melintas di hadapan orang tua kecuali meminta keizinan.

* Menjawab panggilan ibu bapa dengan segera walaupun anda melakukan amalan sunat.

* Segera melakukan suruhan dan patuh meninggalkan larangan.

* Jangan mengejutkan ibu bapa dengan tujuan mengusik atau bergurau kerana cara sedemikian dianggap agak keterlaluan.

* Tidak berjalan mendahului mereka pada siang hari, tetapi boleh pada waktu malam.

* Tidak menjamah hidangan makanan sebelum ibu bapa mendahuluinya dan tidak memanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan mereka.

* Berbincang segala masalah tanpa mengetepikan ibu bapa dalam urusan hidup.

* Bercakap dengan lemah-lembut, beradab dan merendahkan suara di hadapan mereka.



No comments:

Post a Comment