Monday, May 16, 2011

Tips Penanaman Bunga Gantung

eza cut n paste - utk berkongsi bersama


gambar sekadar hiasan
1. Tanaman pokok dalam pasu gantung menggunakan campuran medium tanah yang agak ringan iaitu campuran untuk pokok berpasu dicampur dengan serat sabut kelapa bertujuan memastikan tanaman sentiasa lembap. Campuran medium ini ringan dan sangat sesuai untuk tanaman yang perlu digantung.

2. Tali yang digunakan untuk menggantung pasu perlu diperbuat daripada bahan tahan lama dan tidak mudah reput seperti dawai besi. Lebih baik jika membeli pasu yang siap dengan talinya. Sentiasa pastikan keadaan tali untuk mengelakkan ia putus.

3. Sentiasa ubah posisi gantungan supaya pertumbuhan pokok menjadi seimbang. Jika tidak pokok akan tumbuh sehala atau kurang seimbang iaitu membesar di satu bahagian sementara bahagian lain kurang pertumbuhan.

4. Bagi pokok yang berbunga seperti petunia, jika bunganya layu perlu dibuang kerana ia akan merosakkan bunga segar yang lain.

5. Air yang berlebihan akan menyebabkan batang mudanya reput dalam tempoh yang singkat. Dalam tempoh untuk membiakkan pokok ini, penggunaan air semburan halus terus ke daun digalakkan tetapi perlu berhati-hati kerana bunganya lembut.

6. Siraman berjadual dan proses pembajaan berkala menggunakan baja sebatian cair sama ada dari jenis semburan ke daun atau terus ke tanah.

7. Mengubah pasu boleh dilakukan pada musim bunga apabila akarnya memenuhi ruang pasu. Pasu yang disyorkan ialah jenis plastik kerana ringan.

8. Beberapa masalah seperti daunnya mudah layu dan berubah kekuningan selepas mendapat bekalan air berlebihan akan menyebabkan kematian. Cara mengatasinya dengan mencabut pokok itu daripada pasu asal dan ditanam semula.

9. Pokok hiasan jenis ini memerlukan sumber cahaya terang dan udara kering untuk membantu pertumbuhan daun tetapi dedahan terus kepada matahari boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut. Suhu yang stabil diperlukan dan penanaman pokok di tempat tertutup mesti dielakkan.




No comments:

Post a Comment