Thursday, May 2, 2013

Penyebab Utama Jeragat




KECANTIKAN merupakan sesuatu yang sering kali didambakan oleh setiap wanita. Apabila kulit wajah cantik dan bersih, ia akan menambahkan lagi keyakinan apabila berhadapan dengan orang lain.
Kulit yang kusam, berjerawat, berparut dan berjeragat sangat merunsingkan dan menurunkan keyakinan seseorang bila berhadapan di khalayak ramai.

Menurut sumber, jeragat ialah tompok2 hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua dan ada juga yang berwarna hitam yang terkumpul dimuka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau di dagu. Jeragat boleh dipudarkan dan dikurangkan tetapi ia tidak boleh dipulihkan sama sekali.


Penyebab Utama Masalah Jeragat:

1. Disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan lebihan pigmentasi

2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau monopous.

3. Gelisah dan tidak cukup tidur

4. Menggunakan make-up yang tidak berkualiti.

5. Disebabkan oleh masalah hati (limpa).

Tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan dan memerangi jeragat:

1. Lindungi kulit daripada pancaran matahari dengan menggunakan sun block yang sesuai dan kulit anda, tidur yang mencukupi dan jauhi dari kegelisahan.

2. Pastikan barangan make-up yang digunakan bermutu tinggi dan lakukan urutan muka yang boleh merangsankan peredaran darah bagi mempercepatkan pemulihan.

3. Jeragat dapat dipulihkan dengan amalan skin supplement dan bukannya skincare. Kebiasaannya jeragat terjadi pada kulit yang kering, maka gunakan mosituriser yang bersesuaian dengan kulit anda.

4. Elakkan dari menggunakan skincare yang mengandungi hdrokinon dan produk yang boleh mengelupaskan kulit kerana ia akan menghakiskan kulit dan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sensitif.

5. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.






No comments:

Post a Comment